Sunday, May 1, 2011

KECIL tapi "besar"

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

sedikit perkongsian dari insan biasa..

Suatu hari (jeng..jeng..jeng..), di antara kulimin (kuliah lima minit) kami yang terakhir di KMJ, beberapa orang sahabat mengeluarkan beberapa tips-tips untuk menghadapi peperiksaan.. maklumlah, nervous nak exam..

"ada di anatara sahabat yang nak bagi pendapat lagi?",tanya pengacara majlis..(lebih kurang la)

seorang dari kami mengangkat tangan seadanya..

"ana nak beri pendapat tentang kebiasaan kita ketika exam.. begini, kita kadang-kadang terlalu khusyuk jawab exam.. idea mencurah-curah ke ladang gandum.. kebetulan, semua tajuk yang di baca, alhamdulillah, keluar dalam exam.. tapi masalahnya, idea tu datang waktu masa menjawab tiba ke penghujungnya.. pengawas peperiksaan dah suruh berhenti.. letakkan pen di sebelah.. tapi kita masih menjawab.. final touch orang kata.. sampaikan pengawas tu dah berdehem sebelah kita, baru kita berhenti menulis.. tersenyum-senyum.. time tu la nak ikat kertas.. time tu la nak baca doa, puh sana, puh sini..(ni ayat sendiri sebenarnya..maaf sahabat)",kata sahabat itu..

"kita tak boleh nak ambil mudah.. walaupun dengan hanya seminit masa yang kita 'curi', pasti dikira juga oleh pemeriksa.. andai dengan satu minit tu 1 markah yang kita perolehi, bagaimana agaknya natijah yang menunggu kita kelak? dengan markah 'haram' tu, kita berjaya mendapat keputusan yang baik.. kita berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. mendapat pekerjaan yang elok..
berkahwin dan seterusnya mendirikan rumah tangga.. nah,dengan hanya satu minit, effectnya sampai ke hari tua..",sambung sahabat itu lagi..


Pada pendapat saya sendiri, bukan sahaja markah yang menjadi persoalan.. tapi juga keberkatan dari ketua pengawas dan juga pengawas yang mengutip kertas peperiksaan kita..
apa agaknya yang beliau rasa bila dirinya di lengah-lengahkan.. sepatutnya,kita memudahkan mereka, bukan menyusahkan mereka..

Biarlah markah kita sedikit (sebelum tu kena usaha study dulu..baru tawakal), tapi berkat.. tiada masa 'curi' dan markah 'haram' yang kita terima.. walaupun ada yang kata, "jawapan yang aku buat tu confirm salah..tak pe la.." sekurang-kurangnya kita elak..mana tahu betul.. pemeriksa baik hati.. itu semua kerja Allah.. inilah yang KECIL tapi sebenarnya besar..

Perkongsian kedua..

Saya pernah keluar berjalan-jalan dengan seorang kakak ni.. al-maklumlah, tinggal beberapa hari sahaja lagi di matrikulasi sebelum menamatkan status pelajar, mestilah nak cipta kenangan dengan sahabat-sahabat seperjuangan..

Di tengah-tengah perbualan, melewati sebuah kereta, apalagi, betulkan tudung yang dah sedia betul.. mungkin bukan saya je, tapi ramai lagi buat benda yang sama..
pantang jumpa cermin.. tak kira la,lelaki mahupun perempuan..

tiba-tiba akak ni bersuara.."Dik, tak baik.. kereta tu milik orang.. kita tumpang cermin dia tanpa kebenaran..".

Saya terkesima.. ya Allah.. betul jugak tu.. kereta ni milik orang..

walaupun nampak KECIL, cuma tumpang untuk betulkan tudung, tapi besar kesannya.. 
maafkan saya pemilik kereta..

semoga perkongsian ni boleh menjadi iktibar untuk kita dalam menjalani rutin seharian sebagai khalifah di muka bumi ini.. kita selalu menganggap sesuatu perkara itu remeh, tapi hakikatnya, bakal mempengaruhi kehidupan kita akan datang..

maaf andai perkataan-perkataan yang digunakan tidak sesuai.. tujuan untuk lebih santai dan relax..

yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu juga dari Allah, tetapi disandarkan atas kekurangan dan kelemahan diri saya sendiri..

wassalam..

p/s: nota ni di tulis time cuti habis matrik dulu.. pernah post dalam facebook.. disebabkan sekarang ni minggu-minggu  meja penuh dengan buku, highlighter, pen dan pensil berterabur, makan pun dah tak berapa nak lalu, mandi pun 5 minit je, senang citer, minggu exam,  jadi, AQ pn ambik kesempatan ni untuk kopi dan pasta dalam blog.. hehe






first time makan nasi tak habis.. Allah.. membazir.. T_T

No comments:

Post a Comment