Tuesday, May 3, 2011

ini yang TERBAIK

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa agaknya perasaan kita bila ada orang cakap :

"blog ko tak cantik!"
"bosan la!"
"apa yang ko mengarut dalam blog tu?!"




2 mood sekali AQ letak..
serius.. memang ni la yang AQ rasa sekarang..

hati retak..
lepas tu, kena potong-potong guna chain saw..
lepas tu, hempas pulak kat lantai yang penuh dengan paku tekan..
pastu, kena gelek pulak dengan lori angkat pasu bunga UPM..
lepas tu, siram dengan minyak tanah..
lepas tu, KITA BAKOR JE!!

sakitnya!

wahai orang-orang di luar sana..
yang jadi tukang baca..
tukang bayang.. (sebab selalu tulis perkataan "bayangkan")
tukang kutuk..
ketahuilah..
AQ dah usaha buat yang terbaik!
terbaik bagi pihak diri AQ sendiri..
mungkin la, anda-anda semua kreatif tahap petala langit ke tujuh..
mungkin la, anda-anda memang hebat menulis dan punyai idea penulisan terbaik seantero dunia..
itu kelebihan yang Allah bagi untuk anda..
untuk AQ, mungkin kelebihan dari segi yang lain..
tak la hebat di dunia penulisan, apatah lagi dunia kekreativitian menghasilkan blog yang penuh lip lap bagai..
TAK!

jadi, terima la seadanya..
semuanya terpulang..
AQ tak paksa anda-anda baca..
tak paksa pun anda-anda datang melawat blog ni..
(mungkin ada suruh orang datang.. SURUH! bukan merayu melutut semata-mata nak baca blog..)
bila AQ tulis macam ni, 
seluruh hati AQ mengingatkan bahawa orang lain pun ada berfikiran macam ni..
jadi, AQ pun kena berlapang dada untuk terima kelebihan dan kekurangan semua orang..

apa kata, kita sama-sama ubah mentaliti ni..
kritik dan kritik..
sayang..
cuba letak diri kita yang tak seberapa ni kat tempat dia..
dengan keadaan dia..
persekitaran dia..
cara pemikiran dia..
tak semua orang berfikir yang biru tu cantik..
tak semua orang fikir yang citarasa kita best..
tak semua orang fikir macam kita fikir..
jadi, terima la pemikiran orang tu as cara dan identiti dia..

dan buat anda-anda yang terima nasib yang lebih kurang macam AQ..
kita pun tak boleh la nak salahkan pengkritik tak bertauliah ni..
kalau takde mereka-mereka ni, mesti kita masih di tampuk lama..
tak sedar kesilapan diri..
mungkin kita boleh ubah something yang sepatutnya di ubah..
jangan kerja nak touching je..
(ehem!)
betul tak?

dan, yang lagi penting..
tak ke rasa ni pun salah satu tarbiyah dari Allah untuk kita?
nak kita sedar yang kita ni tak la hebat mana..
ada orang yang lebih hebat dari kita..
DAN!
kita ni tak la buruk mana..
mungkin ada orang yang lagi buruk dari kita.. 
kena la yakin..
setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..
kan?

"..Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.." (Al-Hujurat : 13)


nak tunggu orang tu sampai jadi pereka blog terunggul baru boleh bagi peringatan, memang kirim salam!
tunggu la dia habis khatam 2-3 kelas buat blog dulu..

jadi, AQ nak menyeru pada diri sendiri dan semua..
kita ambik yang baik dari blog-blog yang kita baca..
tak payah la nak fikir sangat blog ni cantik or tak..
memang la benda tu sebagai salah satu daya penarik..
habis, kalau dah orang tu memang buta IT, buta kreativiti, nak buat macam mana?
kalau orang tu tulis punya la bosan sampaikan baru perenggan pertama je pun dah menguap 8 kali?
husnuzon..
mungkin, dia baru lagi dalam bidang penulisan ni..
(macam AQ la..)
pape pun..
first thing, (try) baca dan ambik pengajaran..

sekian, wassalam..
p/s: maaf sangat-sangat kalau ayat dalam entry kali ni cam pedas.. err.. maaf.. :(





terima kasih sebab buat AQ down sangat-sangat sebentar tadi..
sekarang?
tak lagi!
self-motivation yang tinggi (alhamdulillah) menyebabkan AQ nak tolong motivated orang lain..
insyaAllah.. :D

No comments:

Post a Comment