Wednesday, August 24, 2011

Panggil Aku Dahlia

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ok..
please dont call me DAHLIA..

setelah AQ memikirkan (entah bila entah),
AQ ingat nak buat satu label khas untuk pempromosian buku-buku..
hal ini adalah hasil cetusan idea dari "adik manis" alia..
yang sedap medap je panggil AQ duta MPH..

buku kedua dan untuk sekelian kalinya..


(sejak kebelakangan ni, pic yang AQ snap sumenya vibrate.. haishh..)

novel dari penulis Jaja dan Din..
dan kali ni mengisahkan Dahlia dan Wadi..
best!
dan still lagi mengekalkan unsur-unsur islamiknya..
dan tak di lupa..
CINTA.. haha!


ok la..
secara rumusannya..
cerita ni mengisahkan pasal perebutan dan kegaduhan yang berasal dari zaman nenek moyang lagi..
(cikgu BM AQ baca ni, memang nak kena la.. tatabahasa macam hape!)
pasal kebun teh kat Cameron Highlands..
dan nak dijadikan kisahnya,
cik Puteri dan si peminum sarbat berudu tu musuh dari dua keluarga dan ditakdirkan untuk bercinta..
macam mana tu??

cerita ni walaubagaimanapun tak lari dari unsur-unsur kekeluargaan..
tentang nay..
tentang ayah..
tentang mama..
tentang abah..
tentang sepupu sepapat serta tentang adik yang belasan tahun tak diketahui kewujudannya..

apa pun..
buku ni mengingatkan dan menyedarkan..
zaman silam tak terlalu penting selagi hari ini dan esok dipasakkan dengan azam mahu berubah..
ya..
berubah..
berubah fillah..

teringat satu kata-kata dari seorang sahabat fb..

"Tiada orang beriman yang tak mempunyai masa lalu dan tiada orang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

dan lagi..
agak mengujakan bila AQ bukak helaian baru dan tertulis..

"Sebelas tahun kemudian.."

padahal..
setau AQ, belum ada dia cerita pasal dahlia dan wadi berkahwin..
takkan cerita tu habis macam tu je..
siap ada nama watak lain yang dalam pemikiran AQ adalah watak anak kecil..
anak-anak..
err..
anak siapa?

unsur suspen di situ..
ha, jom la cari dan baca buku ni..
sama-sama kita ambik iktibar dan amalkan..
sekali la kita kupas pengakhiran cerita ni macam mana..


"kalau sepuluh cupcakes mewakili 10 letters termasuk space, semestinya : I LOVE YOU.

of course, I love you too!"


wassalam..






skip tolong masak.. 
nak jadi apa ni??

Tuesday, August 23, 2011

Tipu-Dosa-Cemas

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


subhanallah..
cantik kan?
(gambar ni secara jujurnya langsung tade kena mengena ngan entry kali ni..)

tipah tertipu.. aww~
(pun tade kena mengena..)

to be honest..
AQ tengah seram, ketakutan, kegelisahan dan yang sama waktu dengannya..
sebab apa?
sebab buat kerja luar alam..
AQ duk melepak+online dengan jayanya dan kejap lagi insyaAllah akan tidur kat..
err..
surau al-Raudhah Kolej Tun Perak, UPM..
yang jelas-jelas kat surau ni dan sekali la kolej ni dah tak berapa nak ada orang sangat..
dan yang lagi best..


terpampang ni ha kat dinding surau yang indah permai ni.. (aircond dy memang terbaik.. AQ dah rasa ala-ala kat alaska dah..)
asal dengar je bunyi motor kat luar tu,
tak pun, bunyi orang berjalan,
AQ memang waspada habis la..
sentri trough and trough..
risau sebab tak pasal-pasal kena tangkap..
bukannya tak pernah buat..
tapi tu pun kat kolej sendiri..
boleh je nak kautim ngan sesapa..
kalau kat sini..
ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini..
tak sanggup den nak bayangkan..


lari pn dah tade guna lagi dah..

betul la, 
kata orang, menipu ni bukan best pun..
tak bawak rasa bahagia..
sebaliknya bawa ketakutan pada diri sendiri..

senang cerita,
bukan setakat menipu je..
rasuah, riba', maksiat, bunuh orang..
semuanya ada effect masing-masing..
gembira pun sementara je..
sebab katakutan (dosa) tu still memburu..

Rasulullah saw bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar?" Kami menjawab, "Ya tentu mahu ya Rasulullah." Rasulullah saw menjelaskan: "Menyengutukan Allah, derhaka terhadap kedua ibu bapa. Oh ya, (ada lagi) iaitu perkataan dusta." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

dan lagi..
dari segi saintifiknya..
otak kita ni ada gelombangnya yang tersendiri..


dan dari hasil kajian menggunakan EEG (elektroensefalogram)..
(wah!)
kelajuan gelombang otak kita-kita manusia ni ada 4 dan mempengaruhi keadaan jiwa seseorang..
Beta ( 14-100 Hz)
dalam frekuensi ni, seseorang tu berada dalam keadaan yang sedar penuh dan didominasi oleh logik. time ni, otak kiri sedang aktif digunakan untuk berfikir, tumpuan dan sebagainya. sehingga gelombangnya meninggi. gelombang yang tinggi ini akan merangsang otak mengeluarkan hormon kortisol dan norepinefrin yang menyebabkan cemas, khawatir, marah dan stress.

http://mengenal-otak.blogspot.com/2010/05/mengenal-gelombang-otak-kita.html

ha.. 
yang kaler purple tu la main pointnya..
kalau kita menipu,
tak ke otak kita kena pulun cari alasan itu dan ini..
dan disebabkan keaktifan yang melampau, maka otak pun merembeskan hormon-hormon seperti yang telah dinyatakan di atas dengan banyaknya.. 
bila dah banyak, 
maka berlakulah tindakan-tindakan seperti cemas, cemas, dan cemas..


dan..
hasil dari segala kecemasan yang telah berlaku..
AQ pun kemas-kemas..
dan sekarang..
AQ dah berada di kolej terchenta..

:)

alhamdulillah..

"Jangan tipu-tipu ea.. "

sekian..
wassalam..




aku mahu pulang..

Saturday, August 20, 2011

Enough Said..


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.."

buat kesekalian kalinya, AQ setuju dengan ayat ni..
sama ada kita sedar atau sengaja butakan mata,
pekakkan telinga..
apa pun..

"kita merancang, Allah juga merancang, tapi sebaik-baik perancangan tu datangnya dari Allah jugak.."

bila diduga dan diduga dengan ujian-ujian yang berat..
ujian yang memang tak disangka-sangka..
tapi kena yakin..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah : 286)

setiap yang hilang,
Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..
mungkin bagi kita ianya tidak sama dengan apa yang telah pergi..
tapi,
pasti di suatu hari nanti akan munculnya kebaikan dari arah yang tidak disangka-sangka..
sebab..

"yang baik selalunya mendahului yang terbaik.."

tarbiah selama 3 hari di UPM..
Kursus Induksi PERSADA 2011/2012..
mengajar AQ sesuatu..
sesuatu yang tak mungkin mampu dihurai di muka buku..

alhamdulillah..
enough said..

wassalam..





insyaAllah, esok ptg ia kembali.. :)

Wednesday, August 17, 2011

Raya Tiba Bila..

denagn nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

hmm..

ramadhan dah tiba pada fasa kedua..
melebihi hari ke 15 sudaa..
waktu ni, dah boleh dah nak cerita pasal raya..
dan,
tipikal rakyat Malaysia kata raya dah tiba bila..

1. bila bazar-bazar yang sebelum ni jual juadah berbuka dah tambah gerai yang jual segala baju, kain pasang, langsir, songkok, kuih raya dan macam-macam lagi..
pesta membeli belah dah bermula..
hahaha

pili, pilih, jangan tak pilih..
ha, rapat! rapat! 
dua singgit, dua singgit, dua singgiiitt...


sesak daa..

2. bila rumah dah cantik berganti cat, perabot, langsir dan yang sewaktu dengannya..


3. dan hasil dari dua "raya" di atas..
masjid dan surau makin kurang bilangan jemaah yang datang untuk terawih..

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." (Al-Qadr : 1-5)

dan seperti yang sering diperkatakan..
lailatulqadar tu pada sepuluh malam yang terakhir..
tapi,
sepuluh malam yang terakhir tu la jemaah dah makin kurang compare dengan awal-awal puasa dulu..

REALITI bukan f.a.n.t.a.s.i..

4. bila semua dah sibuk pasang pelita..
malam tujuh likur..
ha..
bab ni banyak pendapat..
dan ikut niat..
ada tu kata untuk sambut lailatulqadar..
takut malaikat turun tak nampak jalan..
hmm..
boleh taip malam tujuh likur and search sendiri..
:D


5. raya tiba bila kadar accident makin tinggi..
kan?
perasan tak?
asal musim perayaan je, mesti banyak kemalangan..
macam dah jadi trend..
mula la polisjalankan segala jenis Opps..
Ops sikap, Ops raya, Ops pocot..
haihh..

6. ha..
yang ni, AQ baru terperasan..
anak sedara member main bunga api..
and asap menerjah ke hidung..

"hmm.. bau raya.."

huhu..
raya tiba bila munculnya segala jenis bunga api, mercun dan meriam..
bunga api ada yang hok bintang, colorful..
mercun pulak ada mercun gasing, mercun bola, mercun lebah (anak sedara pernah kena kejar ngan "lebah" tu masuk dalam umah..)
meriam pulak, ada meriam buluh, meriam besi, meriam katak, meriam the mariam je xde..
tp xtau la kalau mariam main meriam..

gedabak di situ

the patrick starfire.. err, fireflower??

dan.. yang ke 7..
yang ni, memang memang akan ada la..
raya tiba dan lagi terasa bila yang ke 7 ni ada..
apa dia?


lagu raya!
mesti kita takkan rasa raya dah nak tiba kalau tak pasang lagu raya..
tak ke?

ni la realitinya..
mindset kita dah setting macam ni sejak dari dulu lg..
sekian,
wassalam..






220 km jd lone ranger with ya'afur..

Tuesday, August 16, 2011

say TIDAK to couple!!!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

ya Allah..
apa AQ nak buat?
apa AQ kena buat?
uh!!
lemahnya..
 ya Allah..

"..saling menasihati untuk kebenaran dan saling nasihat menasihati untuk kesabaran." (Al-'Asr : 3)


Monday, August 15, 2011

Cintaouple..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..





woha! (ramai dh org guna word ni.. cam best je..)
ok..
kali ni AQ nak bukak cerita cinta..
jadi, bagi sesiapa yang memang dah naik muak lagi jelak dengan cerita-cerita sedemikian rupa, anda diingatkan untuk skip dari terus membacanya..
harap maklum..
(kena warning awal-awal sebab ramai yang dah tamau ambik port bab cinta.. asyik-asyik cinta..)
in my opinion..
cinta ni fitrah..

"Sesungguhnya Allah memilliki seratus rahmat dan menurunkan satu rahmat kepada manusia, jin, haiwan ternak dan binatang buas. Dengan satu rahmat itu mereka saling menyayangi dan berkasih sayang. Dengan satu rahmat itu juga seekor binatang buas menyayangi anaknya. Adapun yang 99 lagi, Allah tunda turunnya untuk merahmati para hambaNya di akhirat nanti." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

rahmat ----> kasih sayang
kasih sayang ----> cinta

tapi, kita (termasuk AQ gk suatu masa yang lalu) selalu fikir yang cinta ni semata-mata untuk buayafriend or gelifriend..
no la..
sape kata?
kan cinta tu luas..


cinta pada mak ayah.. pada keluarga.. kawan-kawan..
ha.. cinta pada kucing dan haiwan peliharaan..
cinta pada cerita korea.. (haishh..)
dan cinta yang paling hakiki..
cinta pada Illahi, Rasulullah saw dan cinta pada Islam..
punya la besar ruang lingkup cinta ni sebenarnya..

dan.. 
AQ tak dapat nak sangkal, 
imam, ustaz, ustazah, budak sekolah agama, budak sekolah Henry Gurney, penjaga zoo, tukang kayu, perompak jatuh cinta..
sebab apa?
 sebab dah fitrah..
Rasulullah saw sendiri bercinta..
dengan isteri baginda..
jadi,
bila korang dah start rasa dup dap dup dap bila pandang si dia..
jangan malu nak mengakui, "Aku jatuh chenta!"



tapi..
bukan macam mana boleh jatuh cinta yang jadi persoalan..
sebaliknya,
macam mana kita handle cinta kita tu mengikut garis acuan Islam..
jaga pandangan..
kalau dah asyik teringat je.. 
banyakkan istighfar..



cukup pasal cinta..
eyh, habis dah??
YUP!

nak bukak ceita relationship plak..
bagi AQ, 
relationship yang sebenar-benarnya untuk 2 orang yang bukan mahram adalah PERKAHWINAN..
just that..
bukan couple,
bukan skandal..
bukan teman tapi mesra..
bukan adik beradik angkat..
apatah lagi couple Islamik..


berdasarkan pengalaman,
aktiviti bercouple ni lebih macam trend..
budak-budak sekolah la selalu berjangkit wabak couple ni..
tapi AQ tak la sangkal kat U or dah kerja pun masih ada virus ni..
cumanya,
zaman sekolah ni lagi meriah..


love is in the air
 (lomah den nak cari pic love2 ni..)


antara sebab couple ni berlaku..
hmm..
sbb kawan-kawan semua dah couple..
bila keluar, berdua..
bukan sorang-sorang lagi dah..
jadi, teringin la nak try..
selain tu,
couple sebab ada orang yang nk pujuk kita time sedih..
ada orang yang nak kita mesej or akan call kita..
boleh kongsi macam-macam..
dan..
antara sebab yang lain..


"Aku suka/sayang/cinta kat dia.. jadi aku tak nak dia terlepas ke tangan orang lain.."


wah!
haha..

la ni, bila dah faham..
AQ rasa benda ni mindset je..
boleh je kalau bosan-bosan tu, mesej ngan kawan perempuan..
tu pun kalau dah tahap giga punya kesunyian la..
kalau tak pun sibukkan diri dengan program-program..
berkumpul dengan orang-orang yang boleh buat kita ingat Allah lebih..


kalau dah susah sangat, kahwin la..
kata cinta dan sayang..
kalau betul, kita mesti tak nak bawak orang yang kita sayang ke neraka kan?
macam mana?
dengan buat perkara-perkara maksiat tu..
tak ke dah tempah tiket ke neraka..
mindset orang sekarang..
rela couple walaupun dah tau dosa semata-mata nak cari keserasian supaya time kahwin nanti dah xde lagi penceraian.. (sedangkan penceraian tu tak la satu dosa..)

kalau rasa tak mampu lagi nak kahwin..
solusinya..



haha..
tacing gitu..

pape pun, pelan-pelan kayuh..
kena study betul-betul..
kenapa kita kena putus..
apa sebenarnya hukum couple ni..
belajar dan mintak pendapat orang yang lebih tahu..
tapi jangan la tanya orang yang salah..
sebab mereka mesti usaha putar belit supaya nampak apa yang kita buat ni betul..
AQ just tolong bukak minda dengan apa yang AQ tahu..
tapi korang kena usaha sendiri untuk cari..
sakit memang sakit..
tapi, 

"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."

AQ syorkan baca entri-entri dari blog Dr.Cinta punya Belog..
memang terbaik..

ketahuilah..
kalau kita demand xnak bakal suami yang pernah couple,
apa kata kita ni elak dari couple dulu..
sebab..
jodoh kita dah tertulis..
tapi akhlaknya ditentulan oleh akhlak kita..

sebagai kesimpulan..
sekadar pendapat AQ la..
apa yang AQ faham dan apa yang AQ pegang..
maaf kalau ada terguriskan hati kat mana-mana..


wassalam..









kedai.. kedai..

Thursday, August 11, 2011

Jaja dan Din


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..


cuti ni, hadam la kan semua novel yang ada..
novel je?
buku-buku DPF bila nak study?
err..

ok..
dan semalam, lepas maghrib..
habis hadam Jaja & Din by Noor Suraya..
ni gambar kulit depan dy..


temgok ilustrasi kulit buku tu je pun..
dah bleh tengok..
ada gambar lelaki and perempuan..
dan kalau diperincikan lagi..

lelaki pakai kopiah..
perempuan pegang bunga without tudung..

tak ke rasa pelik di situ??

cerita ni mengisahkan jaja dan din..(memang la.. tengok tajuk pun dah tau..)
dalam cerita ni ada bab pinang meminang..
adakah din meminang jaja?
semestinya TIDAK!
jaja la pinang din..
ha?
perempuan pinang lelaki??
boleh ke?
sape kata tak boleh?
Saidatina Khadijah pun pinang Rasulullah saw apa..
tapi bukan la macam cerita Ahmad Albab tu..
bapak perempuan datang rumah lelaki..
mesti la ada caranya..

apa lagi ek yang ada..
macam-macam la..
takkan AQ nak cerita semua kot..
baik salin je satu novel dalam ni..
kesian la kat penulis sebab tak de orang nak beli novel dia dah..
duk baca via blog je..
ish3..

senang kata..
try test la baca novel ni..
bukan sekadar cinta..
tapi, penuh dengan CINTA..
cinta yang macam mana?? 
baca dulu ye..


kata Alia, AQ ni duta MPH..
sebab duk promote novel n buku kat orang..
tak kesah laa..
apa salahnya kita kongsi apa yang kita tau, apa yang kita ada dengan orang lain kan?
ni pun, ada orang tu yang rekemen..

to Alia:
kat mana AQ nak carikan ko ustaz tukang kayu ek?
wireman ok gk kan?
hehe..

to yang tukang baca:
jadikan iktibar ek..

sekian dulu..
wassalam..





mata sembab, sebak time gosok gigi..
tak ke haru?

Pokok

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..

cerita tentang pokok..
tapi bukan pokok ni..


Pokok by Meet Uncle Hussein feat Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap di duga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah
 Namun tak susah 
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


(sepatutnya kat sini ada video.. T_T)


in my opinion..
sebenawnya, takku faham maksud sebenar lagu ni..
jadi..
AQ pn buat spekulasi AQ sendiri..
dan..
berdasarkan pandangan AQ tu..
lagu ni bagi semangat tau..
tak caye?

"Terbang burung terbang
Patah sayap di duga
Seandainya rebah
Kau masih ada"
'K' dengan huruf besar..
dah betul la tu..
dalam perjalanan hidup kita ni, selalu je di duga dengan ujian-ujian, dugaan, mehnah dan tribulasi..
selalu la jugak kita akan rasa down yang teramat..
tapinya..
bila kita dah putus asa, hilang semangat.. 

"Kau masih ada.."

"..Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (al-Baqarah : 214)

dengan lirik-lirik yang lain..
ada pengajaran tersendiri..
dan lagi..
AQ tak kesah sape pun penyanyi dia..
selagi liriknya membantu..
AQ suka!

semua orang ada pandangan diorang masing-masing kan?
so..
ni yang AQ pandang la..
korang macam mana plak?

:D
wassalam..



travel balik kampung..

Hitam Putih Kehidupan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

08.08.2011

tarikh yang tak la terlalu berharga tapi still bawak makna..
hari ni 2 kejadian besar dah berlaku..
yang pertamanya..
JNB dah keluar..
setelah hampir 2 minggu menanti..
lagi sikit AQ nak ajak abang AQ saman kedai tu..
boleh dapat bonus raya..
sebab ikut perjanjian 3 hari dah keluar..
yela..
kalau baca surat khabar semenjak 2'3 menjak ni, kan ramai yang dapat duit dengan cara yang sangat mudah..
lagi mudah dari Skim Cepat Kaya or MLM..
macam mana?
saman orang..
haha..

dan..
JENAB Ya'afur the motor sampai rumah dengan jayanya..
AQ bagi nama Ya'afur sebab nama 2 adalah nama kuda kesayangan Rasulullah saw..
kuda kan digunakan untuk berperang..

rentetan dari peristiwa abg long teman ambik motor tu..
kejadian kedua pulak berlaku..


kedai tempat mencari rezeki terbakar..
patut la 2 bijik lori bomba berdesum lalu depan kedai motor nuu..
dalam hati AQ dok fikir..

"Rumah sape la terbakar bulan puasa ni.."

yang sadisnya..
bomba datang time api dah xde lagi..
syukur la..
sebab takde kemalangan jiwa yang di laporkan..


nampak tak tu?
kuey teaw bakar..



tu pulak sawi..
dah siap cincang dah..
tinggal masak je..
takpe la..
xde rezeki orang nak beli hari ni..

dah balik rumah..
abang long kata..

"Pembersihan segala kekotoran.."

boleh jadi terbakar ni..
sebab abang masak barli..
pastu wayar gas tu tercabut n sambar kawasan berhampiran..
yang mana sempat ngap tu, api ngap la..
radio, 2 bijik blander (satu baru beli sbb lagi satu dah bawak balik rumah sbb kat rumah punya blander dah lama rosak..)
dan beberapa barang lain la..
biasanya, abang long meniaga dalam 8-10 tong air yang pelabagai rasa..
tapi hari tu meniaga 5 tong je..
alhamdulillah..
ada lagi yang sempat diselamatkan daripada langsung takde..


tarbiah untuk seisi keluarga..
kesenangan tu sementara sebab kesusahan tu takkan pernah sepi menjenguk kita..

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.." (al-Baqarah : 214)






lega..

Friday, August 5, 2011

Anda Diminta mengulas ^^

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


bila dengar berita pasal kes buli kat sekolah tahfiz..
mesti ramai yang start nak blame..
harap je sekolah agama, tapi membuli..
baik tak payah sekolah agama camtu..
ni kan pulak sekolah tahfiz..
hafal al-Quran lagi..

ni cerita pasal student sekolah agama..
belum lagi bukak cerita pasal artis nasyid..
muslimah pakai tudung (tak kira la bidang 45 ke, 60 ke)..
ustaz dan ustazah..
kan?
tak banyak pun mesti ada la jgk terlintas dalam hati..
jadi??
 
ok..
entry yang lepas, pasal DOMINO EFFECT tu lebih kepada tanggungjawab diri sendiri la kan..
individu masing-masing punya effort nak amalkan Islam tu menyeluruh or nak ambik part-part je..
tapi sekarang ni,
melibatkan orang lain..
setakat sekumpulan dari mereka-mereka ni buat silap..
habis semua orang-orang agama di salahkan..
tak betul tu..
kita dan mereka sama-sama manusia biasa..
ada je tahapnya bila iman naik..
dan bila naik, semuanya betul je pada pandangan kita..
tapi..
waktunya iman menurun..
semua jadi tak kena..
tipikal masyarakat kita..
kan?


"Semua orang mengaku Islam, dapat pendidikan Islam, tapi seramai mana yang menghayatinya? Bila dah hayati, ramai mana pulak yang beramal dengan ilmu tu? Ramai mana pulak yang dah beramal, ikhlas dengan amalan-amalan tu semua?"
jadi..
andai betul la kan orang tu salah..
mungkin on that time dia buat salah tu, dia kena tangkap..
mungkin jugak..
orang tu terpaksa or whatever..
kalau segala kemungkinan ni dah tak boleh guna..
PLEASE..
jangan nak babitkan orang lain..
cukup kalau pesalah tu je yang disalahkan..
hmm..
rasa lain macam la pulak dengan entry kali ni..
please lg sekali..
sape-sape yang ada nak bahas, nak ulas, nak diskus..
silakan la berbuat yang demikian..
demi kebaikan kita bersama..
me?
out of focus..

wassalam..






status : blur..

Thursday, August 4, 2011

Domino Effect

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


DOMINO..
bukan Pizza Dominos k..
hmm..
tengah menghadam novel VIRSUS by Hlovate untuk kali yang ke..
entah..
dan,
rasa nak berkongsi tentang isi novel ni yang sangat..
menyentuh hati..
bukan tacing sebab sedih or romantik..
tapi sebab..
sebab effect dia dalam kehidupan..

ramai yang beranggapan (mungkin termasuk AQ tanpa disedari),
bahawa Islam hanya dizahirkan dalam bentuk solat..
puasa..
pakai tudung..
just that and that..
hmm..
zaman sekular yang makin menular ni..
tambah pulak dengan mentaliti masyarakat yang cukup nak assume orang tu baik dengan sekadar cukup solatnya,
pakai tudung or pakai kopiah bela janggut..
padahal..
word BAIK tu sebenarnya masih jauh lagi nak dicapai apatah lagi digenggam andai kata benda-benda tu je yang jadi kayu pengukurnya..

ada je kan,
orang yang cukup solat tu masih lagi tak menutup aurat..
sebab fikir dengan solat tu dah kira baik..
ada jugak..
yang tutup aurat,
tapi masih lagi buat kerja-kerja cam orang yang tak tutup aurat tu buat..
bercouple, pergi club, pegang sana pegang sini..
sebab rasa kita Islam, kita kena pakai tudung..
yang lain-lain, tolak tepi..
tambah lagi,
rasa pakai tudung tu dah betul sangat-sangat la..
walaupun baju masih lagi lengan pendek,
ketat-metat..
jarang sampai nampak apa yang patut di tutup..
tudung pulak cam hidup segan mati tak mahu..
mana taknya,
masih lagi nampak rambut n tengkuk..


"Pakai tudung tak wajib pun.. yang wajibnya tutup aurat. tak kesah la nak guna selimut ke, tudung saji ke.. kan?"

jadi,
apa sebenarnya tanda or bukti yang nak kata kita ni sebenarnya "BAIK"?

ok..
kembali kepada tajuk awal..
Domino Effect..
tau kan permainan ni?
susun banyak-banyak..
pastu tolak yang depan sekali..
dan yang belakang-belakang akan ikut jatuh gak..
camtu la jugak dalam kehidupan kita ni..

let say..


(huduhnya la hai lukisan ni..)
kita susun something (contohnya pemadam) macam ni..
straigh ke belakang..
pastu, tandakan..

no 1. Solat dan Ibadah

no 2. Hidup bersyariah

no 3. Aurat

no 4. Ikhtilat

tolak dari depan..

benda ni sebenarnya analogi..
sepatutnya..
bila kita ni dah settle bab solat dan ibadah,
seharusnya kita kena teruskan dengan hidup bersyariah dan jaga aurat..
bila dah jaga aurat tu, tak rasa ke cam kita ni dah perlunya settlekan bab ikhtilat?
jaga batas-batas pergaulan..
dengan cara yang macam mana?
yakin Allah ada..
hadirkan rasa takut nak buat salah..
ha..
ce try la konon-kononya nak tinggal solat..
pastu fikir..

"macam mana kalau kejap lagi Allah nak tarik nyawa aku.. ada lagi ke peluang untuk aku solat?"

"sempat ke nak taubat?"

dan lagi..
(bab ni AQ pernah fail.. tapi, gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kan?)
bila kita ni dah yakin tutup aurat..
WAIT!!
macam mana kita nak try test yang pakaian kita tu dah betul-betul tutup aurat?
mudah..
try gunakan untuk solat..
ha? 
bawak solat?
yup!
Allah wajibkan kita tutup aurat untuk solat..
tapi tak wajibkan kita pakai telekung..
kan?
jadi..
kalau rasa masih ada yang kurang,
masih was-was nak solat,
ada la tu yang tak kena kat mana-mana dengan pakaian kita..


sambung balik..
bila kita dah yakin kita ni tutup aurat..
pastu try la ajak muslimin/lelaki bukan mahram dating..
try la tengok..
huhu..
tak ke rasa cam malu dengan pakaian kita?
tak ke rasa malu dengan tudung kita?
tak ke rasa malu, kita ni dah jaga solat, dah beribadat..
tapi masih lagi nak buat maksiat..
tak ke?

tiap kali kita solat..
kita berikrar dalam doa Iftitah..

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya maka kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk dalam golongan orang Islam."

siap ikrar amar makruf nahi mungkar lagi..

konklusinya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.." (Al-Baqarah : 208)

sekadar berkongsi apa yang ada..
sama-sama la kita ubah..
sebab sekarang ni kita terlalu mengikut pandangan masyarakat..
bukannya pandangan Allah..
lagi pulak..
nak berubah ni memang susah..
durian nak masak pun bukannya dalam sekelip mata..
ambik masa..
bak kata alia..
pelan-pelan kayuh..



"Kesempurnaan tu memang mustahil.. tapi usaha nak jadi muslim yang baik tu yang paling penting."

sama-sama kita cuba untuk berubah ek..
bulan baik ni..
tak salah kalau kita cuba buat sesuatu..
yang penting, niat semata-mata, FILLAH..

mungkin sape yang dah baca novel VERSUS tu akan rasa isi dan pengolahan ayat ni sama..
ketahuilah..
AQ pinjam idea dia yang asalnya datang dari Dia..
jazakumullahu khairan khatir pada Hlovate..
may Allah bless him (or her), and us..

sekian..
wassalam..








bila hidayah Allah datang mengetuk pintu hati, takkan nak biar je hingga ia berlalu pergi..

Tuesday, August 2, 2011

Transformasi Ramadhan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
assalamualaikum wbt..
alhamdulillah..
di beri nikmat hidup, nikmat iman dan Islam sampai hari ni..
dan..
nikmat boleh on9 kat bilik sendiri..
:)


tengok (tapi tak baca) entry orang lain semuanya guna tema PUASA..
RAMADHAN..
memang patut la pun kan..
dah nama pun orang sume dah gembira nak sambut puasa..
excited tu memang la..
cumanya..
lepas menghadam novel Contengan Jalanan by Hlovate xlama dulu..
baru AQ perasan..
adakah puasa kita,
or lebih best lagi, Ramadhan kita di isi dan disambut dengan erti kata yang sebenar?
mungkin apa yang akan AQ coret lepas ni,
buat kita semua tepuk dahi..
BUT..
macam yang AQ tulis,
KITA..
bermaksud, AQ pn ada share sama..
jadi?
jom lakukan transformasi..
hehe..
TRANSFORMASI RAMADHAN..

1. tahan lapar dan kenyang lepas buka..
ha, dah betul la tu..
lepas seharian berpuasa, memang la kena buka kn?
sape kata salah?
yang salahnya kalau kita buka tu, meja penuh tahap nak isi satu lagi pinggan pun dah tak muat..
haishh..
nak jadi apa tu?
ingat bulan puasa boleh kurangkan berat badan..
tapi..
err..
sendiri mau ingat la kan..
hehe..

Rasulullah saw bersabda, maksudnya : "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


 2.time bulan puasa ni la kita akan jumpa Bazar Ramadhan.
kan?
ada ke kita jumpa bazar Syawal?
tak pun, bazar Safar, Zulkaedah, Muharam apatah lagi Rejab..
awal-awal puasa, banyak gerai makanan..
dah tengah-tengah dekat nak raya..
gerai baju n kuih muih la pulak..
hmm..
fikir balik..
kita ni betul ke puasa sebab nak kejar berkat?
atau saje nak kejar berkat (tapau) dari bazar nu?

3. time ni la nak tukar cat rumah!
yeah!
seluar AQ pun dah ala-ala seniman-jalanan je gayanya..
belum tengok tudung ngan baju lagi..
sebab apa?
sebab tahun ni nak tukar kaler cat rumah..
see, AQ pun ada share sama..
tapi, rumah ni dah makan tahun gak la tak bercat baru..
spesis dengan rumah kat kampung nu..
kira berbaloi gak la..
tapi,
kalau kes setiap tahun bantai kerja nak tukar cat je,
tak ke haru?
kalau setakat setong cat tu harga lima ringgit tiga puluh lima sen tu tak nape la jgak..
ni harga cecah puluh..
fuhh.. 
xlarat den..

4. main mercun ala-ala perang kat Palestin..
tu baru mercun..
belum lagi meriam buluh, meriam katak dan segala yang spesis dengannya..
dah jadi macam tradisi kan?
asal tiba bulan puasa, mesti dah dum dam sana sini..
anak sedara AQ yang perempuan tu pun dah beli mercun bawang..
kira orait la..
nak beli mercun hok guna api tu, xberani..
huhu..
ni kes my anak sedara..
kes yang kat luar tu?
sampai putus jari, terbakar rumah..
hmm..
tipikal orang melayu sambut puasa n raya..
kan?

5. asal puasa, dah ready nak beli baju raya..
kasut raya..
langsir raya..
sofa raya..
uhh!
termasuk la dengan AQ sekali..
dan sebenarnya..
adakah hal ini merupakan keperluan atau sekadar kehendak?
ce citer?

6. ha..
part ni, AQ memang tepuk dahi sendiri la..
memang sangat-sangat di akui bahawa AQ terror bab ni..
bab apa?
bab raya duk layan TV tengok cter best..
hoho..
sepatutnya raya ambik kesempatan ziarah rumah sedara-mara,
jiran tetangga..
tapi kita, ziarah siaran mana yang best..
time raya ni la segala cerita nak tayang..
nak pulak AQ ni bukan kaki wayang or kaki beli CD or DVD apatah lagi kaki download..
haiyaa..
ni nak salahkan pihak stesen TV ke, nak salahkan diri sendiri?
speechless..

7. duit raya!
hooyeah! 
sape xnak duit raya?
AQ yang dah sebesar alam ni pun nak je kalau orang hulur duit raya..
hmm..
tapi,
sedih gak la tengok budak-budak zaman sekarang..
sanggup beraya beribu batu (mak ai) semata-mata nak kumpul duit..
xdapat, tarik muncung..
alamak eh..

mungkin banyak lagi la kot benda-benda yang kita rasa biasa..
tapi sebenarnya, TAK PERLU!
tak buat pun takpe,
dah disebabkan mentaliti masyarakat..
dan dah berjaya pun mempengaruhi mentaliti kita..
tu yang sampai tahap PUASA = BERBELANJA..
bersederhanalah..
hmm..
ingatan lebih-lebih lagi buat diri sendiri..

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Allah berfirman : "Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untukkKu dan Aku yang memberi ganjarannya."" (Riwayat Bukhari dan Muslim.)


sekian..
wassalam..




rindunya berpuasa di zaman matrik dulu..