Sunday, November 6, 2011

the ABANG LONG..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ABANG LONG..
yang best..
ahak!

seseorang yang AQ tau caring giler..
tapi xnak tunjuk..
or xreti tunjuk..
or memang xsuka menunjuk..
or belum nak tunjuk..
err..
bape banyak tunjuk daa..

cerita bermula bilaa..

"abang long, insyaAllah petang ni kita gerak balik. err.. naik motor tau!"

"balik la.. suka hati.. hati-hati bawak motor tu.."

bukannya saja-saja dia bagi AQ bawak motor..
bukan dia xrisau..
tapi..
reason di sebalik adalah..
dia tau AQ suka naik motor..
dan dia tau AQ suka benda-benda mencabar ni..
jadi..
dia pun bagi kebenaran AQ balik naik motor..
best kan abang long??

sampai kat rumah..
qimy bukak pintu..
tapi samapi kat depan pintu,
abang long yang hulurkan tangan untuk AQ salam dulu..
wah..
tacingnya.. tacingnya!
best kan abang long?

sampai kat dalam rumah,
lepas menguruskan diri (nampak no tak terurus time tu.)..
pegi makan..
tau abang long buat apa?
dia goreng mee siput yang sikit tu..


tadaa!!

sebab AQ suka sangat makan mee ni..
(oke, bab ni AQ perasan.. entah2 abang long masak untuk dia.. tapi, wonder jugak la.. kenapa tak awal-awal lagi dia masak.. nape mesti time AQ baru sampai? hehe..)
makan pulak dengan sambal tumis made by abang long..
haa..
korang-korang..
abang long saya pandai (TERER!!!) masak..
AQ memang awal-awal lagi dah kalah tak kira kat abad mana sekalipun..
huhu..

teringat satu ketika tu..
kak long beli sayur bendi..
AQ pulak time tu teruja..

"wa! dah lama tak makan.. kat U susah nak cari.. dah la peveret.."

dan beberapa hari lepas tu,
abang long yang beli lauk..
tengok-tengok ada sayur bendi tu..
terharu.. terharu..
best kan abang long??

ni baru sebahagian kecik..
belum lagi cerita yang dia sanggup ambik AQ kat stesen bas Batu Pahat pukul 10.30 malam..
(abang long selalu tidur awal sebab dia kena start masak kat kedai dia pukul 3 pagi and perjalanan dari rumah ke bt. pahat 40 minit..)
belum lagi cerita pasal dia sanggup hantar AQ pegi stesen bas yang sama pukul 7.40 petang dalam keadaan AQ baru je balik dr program seminggu kat jengka tak sampai 30 minit sebelumya..
(haa, ce fikir.. hoho..)
belum lagi cerita pasal dia sanggup hantar AQ pegi stesen bas Muar bila dia hantar AQ kat stesen bas Bt.Pahat and time tu tiket dah ILEK!
(muar-batu pahat jauh oke..)

orang ketiga selepas Mak dan Abah yang AQ rasa AQ banyak hutang budi adalah abang long..
yang sekarang,
dalam setiap surat, borang, dan apa saja yang kena isi nama waris, penjaga atau yang sewaktu dengannya..
akan AQ isi dengan OSMARA BIN SALLEH..

kalau tak AQ, sape lagi nak puji abang sendiri..
tak gitu?
mak pun selalu puji abang long..

"mak, adik pun rasa yang sama.."

:)

sekali lagi..
terima kasih ya Allah atas nikmat yang telah Engkau berikan ini..
terima kasih atas abang long yang best ni..
 semoga dia sentiasa berada dalam rahmatMu..
murahkan rezekinya..
rahmati hidupnya serta keluarganya..
kurniakanlah kami hidayahMu yang berterusan..

wassalam..

kampung oh kampung!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

cuti pertengahan semester yang seminggu tu..
dah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kePALAPESan..
tak dapat nak balik kampung..
dan..
cuti raya haji yang 3 hari je ni..
tak AQ lepaskn peluang untuk pulang..
hoho..
pulang..

sekadar gambar hiasan..
mana ada AQ duk kat bendang..

setelah menempuh perjalanan..
start dr kul 2 sampai kul 8..
fuh..
sakit pinggang den..
dah ala-ala perjalanan dari KL ke terengganu dah..
adat la kan..
anak muda pulang ke desa..
cam anak bujang pun ada gak..(eyh, AQ memang bujang pn.. belum kawin kan?)
merempit naik motor..

 sepanjang perjalanan, teruja beb..
kebanyakan motor yang motong..
plat JLJ, JMN, JNB, JND, dan segala jenis J lg la..
wah!
rasa cam konvoi ramai-ramai plak..
tapi tak kurang jgak yang pandang belakang semula..
pelik ke apa tengok perempuan balik kampung bawak motor..
hmm...

back to story..
bila dh kat kampung..
AQ rasa cam tanak balik U dah..
kenapa?

pertama:
jumpa sanak sedara..
hoho..
sape sedaranya?
abang long, kak long, lili, qimy, adik..
ok la kan?
hehe..


kedua:
aman, tenang, dan bahagia..
kat sini mana ada fikir nak pergi meeting sampai pukul 1 pagi..
mana ada nak fikir nak pilih pegi training silat gayong, silat SQ, silat sukan atau hoki.. (ceh, macam banyak je AQ masuk..)
mana ada fikir nak gosok baju kaler apa untuk pegi kelas..
mana ada fikir assignment (padahal berlambak kat bilik) 2..
mana ada fikir nak cari orang untuk pegi mana-mana program ad hoc..
mana ada..
mana ada..
tak ke bahagia macam tu??

ketiga:
alhamdulillah banyak2!
sebab apa??
AQ boleh makan puas-puas, banyak-banyak secara FREE!!
lalalalalala~




keempat:
adoi la.. balik je dah 6 jam..
balik ke U nanti mesti 6 jam lagi..
masyaAllah..
malas..

hoho..
kira rasa bersyukur sangat la kan sebab masih ada kampung yang..
err..
boleh la nak panggil kampung dengan erti kata yang sebenar-benarnya..
oye!

banyak pic gumbira je dalam post kali ni..
harus laa kan..
terima kasih ya Allah atas nikmat yang telah Engkau berikan..

wassalam..

Friday, November 4, 2011

ahli baru..

 dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

elaun baru masuk..
hasil usaha dan titik peluh sendiri..
jadi..
memuaskan nafsu..
hahahahahahaahhahahahahahahaha...
(err..)



tak reti guna pn.. =_="


disebabkan yang lama habis kena gigit dengan en.tikus..
terpaksa la beli baru.. hoho..
terpaksa la sangat..


yang ni dah agak lama..
tapi xkira!
nak cite jugak..

:)

"Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak bersyukur dengan yang banyak."

ni??
lebih daripada banyak..
terima kasih ya Allah..

wassalam..

Say NO to GAGAL!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

selalu je kita di bayangi dengan kegagalan..
buat ni silap, buat ni salah..
dan yang terkeluar dari mulut..

"cannot go.."

"apa yang aku dah buat ni!!!"

"alamak eyh.. tak de harapan sudaa.."

kegagalan ni kan ujian..
ujian nak uji sejauh mana kuatnya iman kita dalam kesusahan..
tapi tak lupa juga ujian kejayaan..
nak uji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah dh beri..

kegagalan bukan bermakna pengakhiran sebuah kehidupan..

"Kegagalan sebenar adalah apabila kita gagal memiliki syurga. Oleh itu, usahlah berasa lemah dengan kegagalan-kegagalan kecil di dunia ini dalam usaha kita untuk mencapai syurga."
(jumpa kat fb)

dari kegagalan ni la kita kena usaha bangkit..
"Kejayaan di ukur bukanlah dengan berapa kali kita jatuh, tapi dengan berapa kali kita mampu bangun kembali."

jadi.. 
marilah kita UP kan semula moral yang lip lap lip lap alarm merah ni..

ketahuilah..

"Kegagalan itu adalah kejayaan yang ditangguhkan."


jom bersangka baik dengan Allah..
peringatan terutamanya buat diri sendiri..
yelaa.. 
spesis je klw nk di ikutkan..
moral down sentiasa..
terima kasih buat dia..
kalau dia tak cerita, mungkin AQ pun lupa..
:)

wassalam..

Thursday, November 3, 2011

matlamat dan tujuan..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa tujuan hidup kita?
jadi insan berguna?
cemerlang dalam exam?
dapat kerja bagus?

capai langit?

ok..
tapii..
bila dah dapat semua tu..
kita nak buat apa?
just follow the flow?

teringat kata-kata pengerusi KRISMA sesi 2009/2010 dulu..
dia kata..

"hidup ni umpama pelayaran. dan dalam pelayaran menuju ke destinasi yang satu ni banyak perhentian.. perhentian waktu di sekolah, di matrik, di universiti, di alam pekerjaan dan lain-lain.. adat dalam pelayaran, bila kita singgah di mana-mana perhentian, kita pasti akan cuba dapatkan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan. dan hakikat destinasi pelayaran kita adalah redha Allah."


tu la matlamat hidup kita sebenarnya..
apa pun..
tak boleh jugak nak abaikan persinggahan-persinggahan yang ada..
itu bekal untuk perjalanan..
bayangkan kita berjalan tanpa ilmu..
berlayar kat lautan luas tanpa makanan ataupun kompas..
tak ke haru?

oleh yang demikian..
jom la kita ubah persepsi..
AQ pun 2 kali 5 jugak..
kadang-kadang fikir cukup sampai AQ nak ada ijazah..
sedangkan sebenarnya matlamat hidup kita lebih besar dari tu..

"Tidak dijadikan oleh Allah jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya."

wassalam..


the 3rd November..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


besar punya hadiah..
untuk siapa?

buat insan yang telah melahirkan diri ini..

Hjh. Asma binti Abdul Rahman..
semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat..
dan kuburmu adalah salah satu dari taman-taman syurga dan dijauhkan dari menjadi bilik-bilik dari api neraka..

n_n

wassalam..

Wednesday, November 2, 2011

bila emo di kepala..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

teruja AQ bila berada dalam satu situasi..

Salmi (bukan nama sebenar) pernah bercouple dengan Alif (pun bukan nama sebenar)..
di takdirkan percouplean mereka tak panjang..
dalam beberapa bulan je la..
dan AQ rasa,
dyorang putus ni pun dalam situasi yang si Salmi ni masih suka kat Alif..
(jangan sesekali tanya kenapa dyorang putus.. AQ tak tau..)

dan setelah 8 bulan berlalu..
Salmi telah di letakkan di bawah satu kumpulan dengan Alif..
AQ rasa la..
kalau kumpulan tu untuk satu sem je tak pe..
ni untuk 2 tahun..
Salmi ni cam tak rela nak melepaskan Alif..
tengok muka Alif pun rasa sayu je..
bila berada dalam kumpulan tu,
Salmi akan jadi someone yang.. err.. pendiam..
pasif..
AQ pelik gak..
bila tanya kenapa, dia jawab..

"sebab ada dia.."

tiba-tiba..
nak dijadikan cerita..
ada satu program selama seminggu..
dan kami (AQ pn satu kumpulan ngan Salmi n Alif ni..) telah diagih2kan kerja mengikut kumpulan..
dan entah macam mana..
Salmi datang jumpa AQ and cakap..

"deeja, dia dah ada pengganti.."

mesti dia duk usha Alif je sampaikan dia tahu..
tak ke??

hailaa..
dan start dari tu..
dia duk cerita bukan kat AQ je..
tapi kat kawan2 yang lain..

bila ada kawan2 yang bergurau, saje nak kenakan dia..
dia..
teka la dia buat apa..
di lari sambil menangis dan tinggalkan kumpulan tu balik bilik..
??

tau tak sebab apa kawan2 kenakan dia..
sebab meluat..
ni bukan AQ kata..
tapi dak2 ni yang kata..
AQ??
mesti ada sebab benda ni jadi macam ni..

solusinya..

NEVER ASSUME. ASK!

jom pi jumpa dia..
:)

wassalam..

AQ mampu..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

pulangnya dari Kem Motivasi Guru Tadika Pasti Comel..
dan latihan berterusan PALAPES UPM..
memang terbaik..
macam-macam yang AQ dapat sama ada secara officially ataupun tak sengaja..

teori 2 hari AQ rasa sangat-sangat tak mencukupi kalau nak compare dengan praktikal 6 hari seterusnya..
tapi, apa boleh buat..
semua orang boleh je cakap tak layak..
cakap tak mampu..
tapi nak tunggu layak, nak tunggu mampu tu..
hmm..
memang tak la kan nak cakap..

"saya volunteer untuk di uji!"


tapi..
bila kita ingat semula perjanjian kita dengan Allah..
dalam kalimah syahadah tu..
dakwah tu still kena pikul..
NO MATTER WHAT!
 
Islam bukan untuk diri sendiri..
tapi untuk semua..
 
ujian tu walau pun perit untuk di telan..
tapi alhamdulillah..
telah berjaya di hadapi..
walaupun dipenuhi dengan air mata..
mungkin tidak menghasilkan keputusan yang terbaik..
tapi AQ dah cuba yang terbaik..

usaha dakwah ni..
bukannya kita nak mengharapkan orang berubah on the spot..
tapi..
usaha kita yang tak putus asa untuk mengajak mereka ke arah kebaikan..

"siapa kata nak bagi orang faham tu senang? nak menembak tepat ke target perlukan strategi, nak tangkap keli mesti cuba ulang-ulang kali.."

wassalam..

Thursday, October 20, 2011

post pertama..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

blog berwajah baru..
dengan nama baru..
ya Allah..
banyak benda nak kena edit..
(rajin sangat la AQ nak mengedit.. hasilnya, TAK EDIT!)

setelah meneliti..
memuhasabah diri..
memotivasikan minda..
menilai menggunakan piawai akal..
ni la yang dapat AQ ubah..
tagline baru..

"Living here for hereafter."

"Born to die."

guna masa hidup dengan sebaiknya..
dan..
pengakhiran kita, di tentukan oleh permulaan..
atau sinonimnya..

..innama a'malu binniat..

wassalam..

Friday, October 14, 2011

sem ni..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

the WORST sem i ever had!


dari dulu-dulu lagi..
err..
ok..
start nak mula sem baru sebagai student second year..
AQ dah berazam nak berubah..
nak study betul-betul..
tanak tidur dalam kelas dah!
nak siapkan semua assignment and report..
dan yang lebih penting terpenting dan tersangat la pentingnya..
AQ nak ambik kesah atas semua yang berkaitan dengan study AQ..

mana tak nya..
sebelum ni,
orang tanya bila test pun AQ xtau..
orang tanya kelas lepas ni pukul berapa,
AQ pun start la mesej akhi,

"weh, kelas kat mana jap lagi?"

hoho..
AQ memang terbaik la bab-bab malas nak ambik tau ni..
dan..
sense of urgenity AQ di tahap lagi rendah dari kosong..
fuh!

hmm..
dan sem ni..
nampaknya semua tu bertukar jadi semakin teruk, teruk dan teruk..
attandance AQ memang banyak kosong la..
kalau terisi pun..
inche akhi yang tolong sign kn..

ya Allah..
apa nak jadi dengan AQ ni..
dan YES!
AQ tak mintak benda ni jadi macam ni..

tapi..
bila fikirkan semula..
ni semua salah satu tarbiah Allah nak bagi kat AQ..
macam mana dalam keadaan penat..
dalam keadaan sibuk jalankan amanah lain..
AQ still tak boleh abaikan study AQ..
perkara pertama dan tujuan sebenar AQ masuk U is, BELAJAR..
yang lain-lain tolak tepi dulu..
maksud AQ,
jangan kacau time study la..
habis period subject tu,
nak taram call semua orang buat la..

pape pun..
ujian yang Allah bagi kali ni..
menguji mental dan fizikal..

nak kongsi petikan yang AQ terbaca kat web islamik kat fb..

seorang lelaki bertanya kepada Imam Al-Shafi'i..

"Apa yang lebih baik bagi manusia: akan ditimpa atau mempunyai kuasa?"
Imam Al-Shafi'i menjawab, "Dia tidak akan diberikan kuasa sehingga dia telah ditimpa; Allāh menimpa Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad (kepada mereka semua) dan apabila mereka sabar, kuasa Allāh yang dikurniakan kepada mereka. Tiada siapa yang harus berfikir bahawa dia boleh mengelakkan sakit selama-lamanya."


"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya." (al-Baqarah : 286)

emm..
oke!
AQ pasang azam baru..

we never terlambat untuk berubah kan?

sem ni pun baru tiba di pertengahan..
belum tiba ke penghujungnya lagi pun..

ya Allah, permudahkanlah..

wassalam..





Baitul Muslim (lagi)

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

nak kata AQ officially mengadakan deklarasi couple..
memang tak la..
tapi..
uhh!
geng-geng syaitan bersekutu memang takkan pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti menggoda anak Adam..
idea mereka-mereka ni sentiasa generate dari satu ke satu..
dan..
bila tibanya waktu-waktu iman dah ala-ala kaler merah lip-lap tanda amaran tu..
tergoda gak la kadang-kadang kan?

jadi..





benda ni seharusnya terjadi..
nak ke tak nak..
kena NAK jugak..

sebab apa?

bila kita ni dah berangan sangat nak dapat suami yang super perfect..
tak nak suami yang pernah couple.. (perghhh!)
tak nak suami yang hisap rokok..
tak nak suami yang selalu mesej dengan perempuan.. (jeles oke!)
nak suami yang baik..
soleh lagi tinggi tahap ustaznya..
nak itu.. nak ini..
demand la sangat kan..

tapi di pihak kita sendiri..
semua tu xterjaga pun..
kita sendiri bebas mesej dengan lelaki entah sape yang takde sebab pun nak mesej citer pasal kerja..
couple bertukar ganti cam tukar beg tangan nak pergi kuliah..
owh my..
sayangku..
ingat awak sorang je yang demand?
bakal suami awak tu robot ke tak de kemahuan or pilihan..
dia berhak memilih oke!
tambahan lagi..
lelaki kat dunia ni 1:37 perempuan tau..
dia ok je kalau nak pilih calon terbaik untuk diri dia..
senang citer,
demanding dia terhadap CALON ISTERI dia lagi tinggi..

so..
kalau kita setakat berangan nak yang perfect,
tanpa kita sendiri ubah diri untuk jadi perfect jugak..
boleh jalan la..
(hadooii.. memang kena sebijik pukulan padu ke muka..)

jadi..
kita berubah untuk dapatkan yang terbaik..
dan..
bila dah berjaya berubah..
kena la ingatkn diri dia dan diri kita..
tentang..


tak lupa juga tentang ni..
|
|
v




hoho..

dengan cara yang macam mana?


owrite..
"Well done is better than well said."
change for good is not a crime..
susah memnag susah..
tapi tak mustahil..
kan?

wassalam..

Jawatan..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

malu rasanya nak tulis..
yang..
AQ sibuk!!!
waa!!!!


haha..
lama dah tak update blog..
banyak cerita yang AQ simpan untuk ditulis..
tapi..
memang dah xde makna la nak tulis..
sebab,
AQ dah hilang ayat..
dah hilang feel..

malam ni pulak..
entah mimpi apa..
bangun-bangun dari katil..

"ok, AQ nak update blog.."
nak cerita apa?


bukan mudah menjadi yang terbaik..
kan?
memegang taklifan dan amanah yang banyak,
kadang-kadang menyebabkan tekanan jiwa dan perasaan..
huhu..
tu yang sampai ada segelintir yang dah start memaki hamun..
(walaupun sebelum ni AQ tengok dia cam spesis Asyraf Muslim.. of course yang dh change for good la..)
segelintir yang start terbitnya panas baran..
(walaupun sebelum ni AQ tengok dy cool je..)
dan yang lagi best..

"ak rasa cam nak makan orang!"

haha..
tu AQ la..
mental dah mencecah tahap GIGA, TERA..

tapi..
bila fikir-fikir balik..
semua tu satu kerugian..
rugi sebab apa?
yela..
Allah nak uji sama ada kita ni tahan dengan ujian,
tapi kita tak sedar and jawab soalan tu dengan kegagalan..
ha la..
 GAGAL..
Rasulullah saw sendiri dah pesan supaya jangan marah..
tapi kita.?
 sedap je nak bom orang..
;p

muhasabah buat diri sendiri la ni..
taklifan yang banyak bertimbun berderet kat bahu tu..
akan di tanya kelak di akhirat..

dan, InsyaAllah,
sabtu ni akan ada rombakan board MT..
peluang untuk AQ turun takhta semakin cerah..
huhu..

"Jawatan tu amanah, bukan hadiah.."

so, mai la kita doakan yang terbaik untuk kita semua..
owh ye..
trip ke Kuala Terengganu..
meeting PERSADA Kebangsaan..
doakan keselamatan AQ k..
ada masa, ada rezeki, di izin Allah, kita jumpa lagi..

wassalam..

Tuesday, September 27, 2011

cukup la kan?

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


cuma ni je la gambaran mood AQ buat masa ni..
sejak jejakkan kaki ke UPM..
sejak tu la AQ xd update blog..
banyak program and aktiviti yang AQ join..
banyak gak la cerita yang nak di ceritakan..
tapi..
banyak gak la masa di curi dan menyebabkan AQ xd masa dah nak menarikan jari atas keyboard ni..

err..
idea xde..
mungkin Allah hold dulu ilham tu sebab xnak AQ menulis dalam keadaan macam ni..
keadaan macam mana?
hehe..
keadaan kepala otak dah duk fikir katil je..
nak qada' tidur!
keadaan diri diselubungi dengan emosi..
sebab berdepan dengan benda-benda ad hoc..
uhuhu..
tamau fikir..

ya Allah, permudahkanlah urusanku..

tu jela kot untuk kali ni..
insyaAllah,
esok-esok AQ tulis lagi..

wassalam..





its better kot if AQ dah tak pegang lagi..
MUO pn ok apa..
:)

Wednesday, September 7, 2011

Never Give Up

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

timbul satu idea..
alhamdulillah..
ilham dari Dia..

"Selalu terfikir, dia hebat berkata-kata, dia bijak melontar idea, dia pandai mengolah bicara.. Sedangkan kita bukan siapa-siapa.."

Kenapa mesti terus-terusan memandang mereka? 
Kita juga ada kelebihan.. 
Mereka juga ada kekurangan..


cerita tentang dia..
huhu..
bersyukur dengan apa yang ada..
jangan terlalu merendah diri..
cuba bangkit..
sampai bila kita nak jadi "aku yang sentiasa lemah"?

Don't be disappointed if the world refuses to help you. Remember the word of Einstein : "I am thankful to all those who said NO to me.. Its because of them, I did it myself."


September 7.. 2010

wassalam..






 ilham ikut mood..

Monday, September 5, 2011

Sahabat Selamanya

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ha!
khas buat sahabatku..

kita Sahabat Selamanya tau!
insyaAllah..

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama 
Menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa€¦ Selamanya setia

Tak ada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk di selami

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa€¦ Selama-lamanyaa€¦ setiaa€¦



ulasan ringkas..
uhuhu..
AQ suka lagu ni sebab 2 perkara..

pertama:
daripada hadis Rasulullah saw..

"Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya." (Hadis riwayat Abu Daud)

jadi,
AQ nak bagitahu pada sahabat2..
AQ sayang kamu!
(err.. sayangphobic di situ..)
hoho

kedua:
lagu ni lagu tema Ipin Upin!!


hoho..

sekian,
wassalam..






 
lagu untuk kamu..
ye, kamu la..
:)

Hari Kemenangan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualikum wbt..

rasanya,
dah tersangat lama tak update blog..
2 post sebelum ni pun yang lama punya..
AQ peram sebab tak habis tulis lagi..
sebab tahun ni, 
alhamdulillah, 
dapat beraya kat kampung..
wah!
ayat cam AQ duk jauh di perantauan je kan..
dan,
di sebabkan AQ kat kampung tu la AQ xdapat nak mengonlinekan diri..
xde line..



orang dh balik semula ke bandar dari kampung, AQ baru nak tunjuk gambar selamat balik kampung ni..
pape je..

AQ teringin la jugak nak mengulas pasal RAYA..
yela..
buat masa ni,
bukak blog kawan-kawan..
sume dok tulis pasal raya..
aidilfitri..
1 syawal..

ha..
AQ ada dapat satu mesej ni..
dari akhi..

"Tiada sambutan raya bagi mereka yang gagal menjadi hamba Allah sepanjang Ramadhan. Tiada kegembiraan bagi dirinya dan tiada apa yang ingin di raikan akibat kegagalan tersebut. Aidilfitri hanya untuk mereka yang berTAQWA."

(dia kata dia ambik dari ucapan ahli err.. biarlah rahsia..(sebenarnya xingat))

bila baca mesej ni..
terasa ada something yang menyentap pangkal hati..

pernah tak kita rasa cam raya kita kosong?
walaupun langsir dah tukar baru,
dah beli sofa baru,
kuih raya buat sendiri dengan tambahan perisa keringat dan titik peluh,
baju raya lip lap lip lap,
kasut raya hok tinggi 2 inci.. (mak ai)
dan segala-galanya serba baru lagi meriah la..
tapi,
hati kita rasa cam ada yang tak kena..


kadang-kadang rasa,
buat apa sambut raya?
sebab dah habis puasa?
lepas ni dah boleh nak baham segala makanan?
sebab family kumpul dan jap lagi boleh beraya umah kawan-kawan dengan kawan-kawan?
nope!

sebenarnya,
macam yang tertulis kat atas tu la..
kemenangan tu di raikan hanya oleh orang yang bertaqwa..
yang betul-betul jadi hamba Allah sepanjang bulan Ramadhan tu..
yang bila tibanya syawal,
rasa sebak dan sedih tu lagi terasa..


pengisian Ramadhan yang sangat-sangat bermakna..
terawih tak tinggal kecuali yang memang time-time tak boleh buat..
(klw dh dalam bas nak balik kampung, mana nak terawih kan?)
tadarus al-Quran tak tinggal..
qiam al-lail..
bersedekah..
memaafkan orang lain..
subhanallah..
memang terasa la syahdunya bila bulan yang bebas dari syaitan ni dah berakhir..
bulan yang menawarkan gandaan pahala yang bukan sikit jumlahnya..
dan bulan yang menawarkan satu malam yang ibarat 1001 bulan..
hm..

dan bila yang sebaliknya berlaku..
tu pasal la jadi kosong..
tak tau raya ni tiba nak raikan apa..
sebaliknya adalah satu kerugian sebab mensia-siakan kelebihan Ramadhan..

peringatan bermakna buat diri ini dan semua..
semoga syawal kita adalah hari meraikan kemenangan..
taqabbalallahu minna waminkum..
asif 'ala kulli hal..

wassalam..






habis sudah cuti raya..

Surat Ungu Untuk Nuha

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

cuti-cuti Malaysia..
di habiskan dengan menghadam novel..
alhamdulillah sebab di berikan nikmat rezeki yang melimpah ruah..
dapat kumpul novel,
ada ruang waktu yang senggang untuk baca novel..
dan semoga kesyukuran ini dapat dizahirkan dalam bentuk amal..
insyaAllah..

novel seterusnya..
hoho..
duta MPH dh x sabar nak tolong promote bagi semua novel kat situ sold out..


ini dia..

Surat Ungu Untuk Nuha..

daripada penulis novel Jaja dan Din..
dan juga penulis novel Panggil Aku Dahlia..
dan sekali lagi..
aww~
memang terbaik la cerita ni..

cerita tentang Nuha yang..
change for good..
dan di bantu oleh Alang Rebus tak Empuk..
hoho..
AQ suka nama pelik-pelik ni..

banyak konflik..
tak sampai tengah lagi,
dapat tau yang Alang %)@#$*..
nak tau apa?
baca la..


nak komen banyak2..
tapi..
dah agak lupa dengan isi dy..
sebabnya, 
novel ni dah lama sangat AQ hadam..
dan sekarang ni pulak tengah tepu ngan cerita lain..
xnak la tersalah info..

pape pun..
cerita ni memang best..
huhu..

"andai esok aku menjadi tanah
sudikah engkau menjadi bunga"

jiwang gitu..
tapi..
biarlah jiwang yang mengikut acuan Islam..
bukan jiwang karat tak bertempat..
(",)

"Ya Allah, 
kurniakan kepadaku kecintaan kepada-Mu,
kecintaan kepada orang yang mencintai-Mu,
dan kecintaan apa sahaja yang mendekatkan diriku pada kecintaan-Mu,
jadikanlah zat-Mu lebih aku cintai daripada air yang dingin."

wassalam..





bukan sekadar, CINTA BIASA..

Peristiwa di Chow Kit

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

post kali ni pendek je..
nak cerita pengalaman AQ masa jenjalan kat Chow Kit..
jalan waktu siang ok lagi kot..
bayangkan kalau berjalan pukul 2 pagi..
yeah!
tak tido la tu maknanya..


kejakunan melanda..
tu yang sampai ambik gambar nama jalan..
awal-awal cam tak percaya gak AQ dah jejakkan kaki kat kawasan hitam ni..


jalan-jalan ngan geng PERSADA..
carikan baju melayu untuk azam..
yela..
baru je lepas dapat gaji masa Kursus Induksi PERSADA 2011/2012 kat UPM..
belum lagi masuk elaun (claim pergi balik)..
memang sume shopping la kan..


sedang sibuk memilih baju..
tetiba AQ pun terpandang babak orang sibuk mencuba baju kebaya..
dan tetiba jugak AQ rasa cam nak snap pic mereka..
dan tetiba jugak la AQ perasan kerja-kerja spy AQ ni diperhatikan..
dan tetiba AQ rasa..
err..

"Aku nak ambik gambar ni buat kenangan kat chow Kit.. Boleh masuk blog. Ko jangan salah paham."

cover!

dan, bila balik je dari bersahur kat sebuah restoran.. (bayar confirm bukan guna duit sendiri)
AQ tersedar..
apa agaknya pandangan orang pada AQ lepas ni..
jalan kat tempat macam tu pagi-pagi buta..
jalan pulak membabitkan makhluk bernama lelaki..
dan lebih tepat lagi lelaki ajnabi..
gelak-gelak..
suka-suka..
padahal time tu sepatutnya qiam sebab tahajud atau buat perkara-perkara sunat lainnya..
baca al-Quran ke..
nak-nak pulak bulan puasa..

dan esoknya..
ada yang menyampaikan..
salah seorang dari mereka yang join aktiviti di chow kit tu komen..

"Tak sangka, dia tu sosial jugak ek."


hancur luluh hati nan sekeping ini..

mungkin sebab bertudung..
pakai handsock, pakai sarung kaki..
tak semena-mena jadi public figure..

ternyata..
niat tak menghalalkan cara..
AQ pergi pun sebab nak temankan kawan-kawan..
tak nak jadi kera sumbang..
tapi..
ini yang terjadi..
dan ternyata..
kita tak nak buat perkara fitnah..
tapi, bila berada dalam lingkungan yang boleh mendatangkan fitnah. itu dah cukup bahaya..

moral of the story..
.........................................................................

kita mampu mengubahnya..
insyaAllah..
wassalam..





syukur Allah masih sayang..

Wednesday, August 24, 2011

Panggil Aku Dahlia

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ok..
please dont call me DAHLIA..

setelah AQ memikirkan (entah bila entah),
AQ ingat nak buat satu label khas untuk pempromosian buku-buku..
hal ini adalah hasil cetusan idea dari "adik manis" alia..
yang sedap medap je panggil AQ duta MPH..

buku kedua dan untuk sekelian kalinya..


(sejak kebelakangan ni, pic yang AQ snap sumenya vibrate.. haishh..)

novel dari penulis Jaja dan Din..
dan kali ni mengisahkan Dahlia dan Wadi..
best!
dan still lagi mengekalkan unsur-unsur islamiknya..
dan tak di lupa..
CINTA.. haha!


ok la..
secara rumusannya..
cerita ni mengisahkan pasal perebutan dan kegaduhan yang berasal dari zaman nenek moyang lagi..
(cikgu BM AQ baca ni, memang nak kena la.. tatabahasa macam hape!)
pasal kebun teh kat Cameron Highlands..
dan nak dijadikan kisahnya,
cik Puteri dan si peminum sarbat berudu tu musuh dari dua keluarga dan ditakdirkan untuk bercinta..
macam mana tu??

cerita ni walaubagaimanapun tak lari dari unsur-unsur kekeluargaan..
tentang nay..
tentang ayah..
tentang mama..
tentang abah..
tentang sepupu sepapat serta tentang adik yang belasan tahun tak diketahui kewujudannya..

apa pun..
buku ni mengingatkan dan menyedarkan..
zaman silam tak terlalu penting selagi hari ini dan esok dipasakkan dengan azam mahu berubah..
ya..
berubah..
berubah fillah..

teringat satu kata-kata dari seorang sahabat fb..

"Tiada orang beriman yang tak mempunyai masa lalu dan tiada orang berdosa yang tidak mempunyai masa depan."

dan lagi..
agak mengujakan bila AQ bukak helaian baru dan tertulis..

"Sebelas tahun kemudian.."

padahal..
setau AQ, belum ada dia cerita pasal dahlia dan wadi berkahwin..
takkan cerita tu habis macam tu je..
siap ada nama watak lain yang dalam pemikiran AQ adalah watak anak kecil..
anak-anak..
err..
anak siapa?

unsur suspen di situ..
ha, jom la cari dan baca buku ni..
sama-sama kita ambik iktibar dan amalkan..
sekali la kita kupas pengakhiran cerita ni macam mana..


"kalau sepuluh cupcakes mewakili 10 letters termasuk space, semestinya : I LOVE YOU.

of course, I love you too!"


wassalam..






skip tolong masak.. 
nak jadi apa ni??