Wednesday, May 4, 2011

Bukan kopi 3 dalam 1

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

kenapa tajuk bukan kopi 3 dalam 1?
sebab entry kali ni ada 3 cerita..
dan cerita ni memang confirm bukan cerita pasal kopi..
sebab AQ bukan la penggemar kopi.. (of course!)


bila dah tak jadi facebooker tegar ni..
AQ selalu la merayau kat blog orang lain..
yela..
nak tau la jugak cerita-cerita, isu-isu semasa..
dan, nak cari berita yang kita tak jumpa.. (tak la jumpa sangat pun..)
masa fb dulu, semuanya muncul depan mata.. 
kejap-kejap orang ni tag.. 
kejap-kejap ada notification..

pernah tertengok satu buku ni masa kat pameran buku hari tu..
"Facebook membawa kita ke syurga atau neraka."
(lebih kurang.. maaf, AQ short-term memory..)

ha, ni la yang nak jadi ceritanya..
facebook bawak kita ke neraka?
apsal pulak?
ok..
contoh, kita duk tunjuk gambaq kita tak tutup aurat..
sehelai rambut di lihat lelaki ajnabi dah kira satu dosa..
kalau kepala kita ada 15 helai rambut?
tu baru 15..
kalau 15 ribu?
satu mata ajnabi yang melihat dah jadi dosa gak..
kalau dua mata?
kalau friend lelaki dalam friend list kita tu ada 15 orang?
tu dalam friend list..
kalau friend kepada friend dalam list yang belum jadi list?
banyak dah dosa tu..

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mampu menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ni baru cerita pasal aurat..
pasal mengumpat?
pasal duk kutuk-kutuk orang?
duk caci-maki orang?
nak tambah berapa banyak lagi dosa tu?

"..Dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.." (Al-Hujurat: 12)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan).." (Al-Hujurat: 11)

"..Janganlah kamu saling mencela satu sama lain.." (Al-Hujurat: 11)
ha, lagi..
belum cerita pasal ikhtilat..
Allah..
cabaran paling hebat rasanya ni..
baru je online seminit, PAP!
chat box naik..
"salam.. :) "
"hai.."
yang baik sikit..
"Assalamualaikum.."
tak reply, cakap kita sombong..
kalau reply.. (jawab sendiri la ye..)

kata la kita offline kan bahagian chat..
1 notification..
"3&%#@ post on your wall."
haish..

facebook boleh bawak kita masuk syurga?
boleh..
macam mana?
jadikan fb kita fb yang bermanfaat untuk orang ramai..
status-status yang boleh memberi nasihat..
nota-nota yang baik..
share link yang berguna..

bukan la sampai tahap setiap hari nak buat status tafsir al-Quran.. 
(ok je kalau nak! sekurang-kurangnya boleh tambah pengetahuan kita..)
kalau status "alhamdulillah, hari ni dapat makan nasi dengan daging masak kerabu.. syukur nikmat Allah.." pun dah kira terbaik..
tak pun..
"hari ni secara tak sengaja terjumpa lelaki handsome.. astaghfirullah, apa ni?!" 
(ingatkan diri untuk sentiasa jaga mata dan hati!)
hehe..
ni out of topic ye..

mudah je sebenarnya..
sama ada kita nak, ataupun tak..
tepuk dada, tanya IMAN..
bukanlah kita kena jadi ustaz or ustazah..
takpun, kena pakai kopiah or tudung labuh baru boleh post benda-benda macam ni..
kita manusia, tujuan hidup nak capai mardhatillah (redha Allah)..
nak hidup bahagia kat akhirat nanti..
ni la salah satu saham kita..
kan?

dan sekarang ni..
walaupun rasa free sangat-sangat sebab dah tak payah fikir pasal fb..
tapi..
still ada kekosongan dalam hati ni..
sebab dah tak boleh nak berkongsi..
lepas tu, rasa macam lost contact dengan sahabat-sahabat dan kawan-kawan..
rasa cam terasing pun ada gak..
yela, fb ni kan dah canggih..
sampaikan meeting pun dalam group..
dan, AQ selalu ketinggalan untuk bab yang satu ni..
tau-tau je, program dah jalan..
:D


ha..
lupa pulak..
nak story la kan..
please jangan anggap yang AQ ni.. err..
baik sangat tau..
AQ cuma berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik..
saling ingat-memperingati..
dan kadang-kadang, AQ pun buat salah jugak..

biarlah kita lihat seseorang tu, dari sudut iman..
selagi kita berpegang pada kepercayaan yang satu, terimalah..
sebab iman ni ada turun naiknya..
dan bila bersahabat kerana iman,
bila dia ditahap tertinggi, kita tak mudah berbangga dengan dia,
dan bila di tahap terendah, kita tak goyah dan gadaikan persahabatan dengan mudah..
(melekat lagi rupanya cerita Sinergi by Hilal Asyraf dalam diri.. alhamdulillah..)

"Ukhwah itu indah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah."

atas dasar satu aqidah, AQ mencintaimu fillah..
:D

DAN!
(bila nak habis ni!!!!)
hehe..
nak ucapkan ribuan terima kasih pada sorang sahabat yang bagi pinjam gambar berniqab dia as profil picture blog AQ ni..


la.. pinjam ke?
yup!
(dah gambar dia dalam hanphone AQ, apa lagi.. hehe)
dan, dia pun berniqab sebab nak ambik feel..
dia pakai time pergi pameran buku kat PWTC (yang ramai orang sangat-sangat tu)..
dan hasilnya..
"subhanallah"
tu je yang dia kata.. 
sebab yang lain-lain, speechless.. huhu


gambar ni saje je ye..
nak tunjuk cerita pasal niqab..
dan ayat yang tertulis tu.. best!
wallahua'lam..
:)
wassalam..





Cinta Ikut Nabi Taatkan Allah..
tu la maksud CINTA yang sebenar..
Allah bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya, tapi cinta kita kepadaNya..
jadi, pulihkan cinta kita kepadaNya demi cinta kita kepadanya..
ok.. n_n

No comments:

Post a Comment