Friday, May 6, 2011

Sekolah Alam Berbicara..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

"Bicara bukanlah untuk didengar..
tetapi untuk dirasa..
dihayati..
oleh hati yang mahu mengerti.."


ni gambar masa pergi hutan kerangas kat Taman Negara Rompin-Endau..
tersangatlah banyaknya pokok Periuk Kera ni..
dan..
pokok Cina Maki..
sangat cantik..
:)

nak kongsi la sikit..
tadi, duk baca novel Rooftop Rant by Hlovate..
(memang tengah hadam novel ni.. orang dah habis exam la katakan..)
then, terbaca tentang kecantikan pantai..
emm..
baru perasan dah lama sangat tak pergi pantai..
last pergi.. err..
entah..
tak ingat..
pastu, berkira-kira la nak ala-ala backpacking pergi mana-mana pantai yang TERdekat..
(dah confirm la kat tengah-tengah serdang ni takde pantai kan..)
tengah fikir-fikir..
tetiba..

heyya Asma Qhadeeja..
nak perhatikan ciptaan Allah, bukan pantai je..
lagi berapa hari nak pergi bertapa dalam hutan..
cuba la ambik iktibar dari situ..

kesedaran melanda..
hehe..

disebabkan AQ ni budak forestry..
rasa bertuah sangat sebab dapat nak dekatkan diri dengan hutan..
dengan ciptaan Allah yang.. err..
SANGAT TERBAIK!
memang la kan..
pokok yang sebesar 2-3 pemeluk tu mana ada tumbuh dalam masa sekelip mata..
daun yang berlekuk-lekuk tu pun bukannya kita yang lukis, yang potong..
Allah dah ciptakan ikut significant yang tertentu..
hmm..
honestly..
kalau AQ tak ambik forestry science ni..
mesti la sampai sekarang AQ tau, hutan tu pokok..
pokok tu daunnya hijau..
just that..
tapi, hutan ni bukan setakat tu je..
kat sini la baru kita generate otak untuk berfikir..

kenapa kadang-kadang kita tengok kanopi pokok kat hutan tu colourful?
(nampak je hijau, tapi tengok betul-betul ada je warna kuning, hijau cair, coklat..)
kenapa ada pokok sangat-sangat tinggi?
dan kenapa ada pokok yang melata kat bumi je?
kenapa ada pokok besar 3 pemeluk, tadi daun kecik cam daun teh?
kenapa?
dan KENAPA?


sebenarnya..
alam ni dah bersedia untuk jadi sekolah untuk kita..
untuk kita kaji..
as laboratory pun ye gak..
macam-macam benda kita boleh jumpa..
ni baru cerita pasal hutan..
belum lagi pasal pantai..
pasal kolam..
pasal tanah..
dan banyak lagi yang boleh kita gelar dia as ALAM..
alam yang Allah cipta untuk kita-kita guna..
untuk kita-kita manfaatkan..
untuk kita-kita tadbir dengan baik..
sebab kita-kita ni Allah cipta as khalifah di atas muka bumi ni..


gambar ni pulak masa kat Taman Herba, Gopeng, Perak..


ha.. ni gambar paling special..
mungkin anda-anda dah biasa tengok..
tapi, untuk seorang Asma Qhadeeja..
benda ni pelik, ok..
biasa tengok pokok-pokok pisang yang mak tanam kat tepi rumah..
jantung dan buah pisang mesti ke bawah..
yang ni pulak..
jantung straight ke atas..
subhanallah..
ciptaan Allah memang hebat..
see..
bila alam berbicara..

lagi..
pokok-pokok ni, terutamanya herba, bagus untuk kesihatan..
tak payah la nak senaraikan segala Legundi, Terung Pipit or Panah Arjuna sekalipun..
(ni nama herba tau.. bukan tajuk filem..)
yang simple-simple macam Tongkat Ali dan Kacip Fatimah tu pun dah memang terbukti berkesan dalam dunia perubatan..
kan?

"For Men of Understanding. In the heavens and the earth there are certainly signs for the believers. And in your creation and all the creatures. He has scattered about there are signs for people with certainly." (Al-Jasiyah: 3-4)

wallahua'lam..
wassalam..






kita da'ie..
walaupun dalam hutan..
tq to k.Fazirah sebab ingatkan.. 
:)

No comments:

Post a Comment