Monday, May 2, 2011

sakit itu indah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa khabar hari ni?

"alhamdulillah, saya sakit."


erk?
ada tak orang jawab macam ni?
tak ke rasa macam BUANG TABIAT penjawab tersebut?
sakit tapi cakap alhamdulillah..

eh, ingat nikmat tu datang dalam bentuk sihat je ke?
nikmat sakit pun ada jugak la..

sebab dengan sakit la tanda Allah sayang kat kita..
sebab Allah masih peduli kat kita..
nak kita sedar, yang sihat tu tak selamanya..
dan Allah Maha Berkuasa nak uji kita dengan macam-macam bentuk dan rupa..
dan ujian sakit tu salah satu daripadanya..

"Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan berkata : "Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" (Al-Ankabut: 2)

best tau bila sakit!
sebab?
sebab.. sebab bila sakit ada orang boleh tolong masakkan bubur untuk kita..
tak pun, belikan makanan untuk kita.. (sihat pun selalu je suruh orang belikan.. hehe)
boleh rehat atas katil..
dapat mc..

ha. ha. ha.
banyak la hang punya best!
sakit tau tak?
perit!

relax la..
baru sakit 2-3 hari dah nak kecoh satu U..
time sihat sepanjang 19 tahun 2 bulan 3 hari (dah tolak beberapa hari yang sakit) tu tak nak pulak canang satu dunia..
haih..
macam ni la manusia..
(AQ pun manusia.. T_T)
bila ada kesusahan, bising, mengeluh..
tapi, bila diberi kesenangan, lupa.. lalai.. leka.. alpa.. dan yang sewaktu dengannya..
tak bersyukur atas nikmat yang TEEERRRRsangat banyak kalau nak compare dengan ujian yang Allah bagi..

kata orang, "Nikmat sihat itu ibarat mahkota yang dipakai di atas kepala manusia yang sihat. Namun, hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit sahaja."
(petik dari novel TERASING by Hilal Asyraf. mai pakat baca ramai-ramai.. memang bagus novel ni.)

kita kongsi cerita Rabiatul Adawiyah ni..

Suatu hari, beliau melihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil mengharap
simpati dari orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, beliau bertanya,

"Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sedemikian rupa?"
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?"
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
"Berapa usiamu sekarang?"
"Sudah 30 tahun." 
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?"
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja."
"Apakah kamu memasang balutan di kepalamu sebagai tanda bahawa kamu sihat selama ini?" tanya beliau lagi.
"Tidak." Jawab orang itu ragu- ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah memberi kesihatan padamu, tetapi kamu kamu tidak berfikir  untuk memberi tanda bahawa kamu sihat? untuk menunjukkan tanda bersyukurmu kepada Allah? Jika  sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu mengapa kamu sangat gembira. Dan bila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas beliau.

"Tapi apa yang kamu buat sekarang, kamu membalut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini untuk  menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai. Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung beliau lagi. 
Orang yang terbalut kepalanya itu hanya diam membisu dan tertunduk  malu dengan kelakuannya. Kemudian dia pun meninggalkan Rabiatul Adawiyah dengan perasaan menyesal dan insaf.

jom MUHASABAH DIRI!

nak tambah lagi..
bila kita sakit la, kita lagi rapat dengan Allah..
time ni la baru nak mengadu..
bila pusing sikit, "ya Allah, sakitnya."
bila tercubit sikit, "ya Allah, bisanya."
"ya Allah.."
"ya Allah.."
"subhanallah."
ha, waktu macam ni la kita berzikir..
tak ke seronok macam tu?
(seronok memang seronok, tapi takkan time sakit je baru nak ingat Allah?)

ha, nak tambah lagi..
(baru lepas baca semula risalah SQ)

"Bagi seorang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan Allah menghapuskan dosa hambaNya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam." (petikan artikel)

dan..

"Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

kan best macam tu..
sakit memang indah..
dan, Allah Maha Baik!
subhanallah..
:D
"Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali." mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah : 155-157)


bila dah sakit tu, kena la berusaha untuk sembuh..
kan?

Rasulullah SAW bersabda, "Berubatlah kamu wahai hamba Allah. Sesungguhnya Dia tidak menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan ubatnya." (Riwayat Ashabus Sunan)

"ya Allah, kurniakanlah kami kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMu. Andai sakit itu mendatangkan keredhaanMu, kurniakanlah ianya kepada kami. Dan hiasilah peribadi kami dengan sifat selalu bersyukur atas segala nikmatMu."

amenn..

rebutlah lima sebelum lima..
ha, apa dia??
muda sebelum tua..
sihat sebelum sakit..
kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sibuk..
dan,
hidup sebelum mati..
(Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)

wassalam..




 

jangan asingkan dirimu dariku sahabat..

No comments:

Post a Comment