Sunday, July 31, 2011

Seloka Intake 32

Assalamualaikum pembuka bicara,
Di sini Intake 32 ingin kongsi cerita,
Ini semua rekaan semata-mata,
Jadi, janganlah ada yang nak terasa.

Katanya masa harus ditepati,
Lambat sikit je side roll seratus kali,
Itulah dia jurulatih kami,
Encik Hamidon kacak macam Datuk Rahim Razali.




Wajah seiras pelakon hindustan,
Mungkin warna kulit yang selalu di kaitkan,
Azah dan Atie berebut-rebutkan,
Tu la dia Apis yang suka perasan.

Duha dan Alin bahagia sentiasa,
merancang ke Paris bersama-sama,
Menggunakan duit yuran Intake 32,
Membawa Aimi sebagai orang gaji mereka.

Makram dan Shukri sangatlah kacak,
Diperhatikan Auni setiap hari,
Cikin memandang dengan mata terbeliak,
Namun mereka bukanlah pilihan kami.

Berkain tuala mandi di sungai,
Kehadiran si pacat sungguh misteri,
Senyap-senyap Jabal mengintai,
Adakah Shahrul pilihan hati.


Sudah lama Abu diperhatikan,
Idola Cumai sepanjang zaman,
Menjadikan fitik sebagai alasan,
Di situlah pertemuan dua insan..

True or dare menjadi titik permulaan,
Shukri Daud dah buat pengakuan,
Quia pula bahagia meniti alam kebahagiaan,
Faizul kecewa bila Dayah dah ada yang berkenan.

Cinta Zai banyak halangan duri,
Hati merana Jalud ditinggalkan,
Memilih Andrew sebagai pengganti,
Namun adakah si dia menjadi pilihan?

Sayang Minul tidak terhingga,
Kasih Dijah tidak terkira,
Untungnya si Nikon mendapat mereka,
Gembiranya Radiah bila ada orang nak tangkap gambar dia.

Tumbangnya Linda menjadi persoalan,
Change parade menjadi punca kejadian,
Mungkinkah fitik di jadikan alasan,
Atau kehebatan roll-call yang dijalankan?


Status mereka sangatlah misteri,
Nak kata kacak jauh sekali,
Mereka adalah Shahril, Alfan dan Fitri,
Melepas sudah Mai yang memuja mereka setiap hari.

Kagostap nama di beri,
Kak Mun pula panggilan kami,
Memilih Farez menjdai buddy,
Di pilih Farez sebagai kuli.

Wan Suryana selalu sahaja pengsan,
Shazwan memandangnya dengan penuh perasaan,
Namun begitu Syer yang perasan,
Akhirnya Ridwan yang menjadi pilihan.

Fitik kat mess Baling menolak,
Sama jugak dengan Isnaini,
Hafizah dan Qiqah bertolak-tolak,
Akhirnya Fiza dan Mina yang pergi.

Ketinggian mereka adalah baka,
Coin dan Shukri ada chemistry,
Faiq berbangga bersama mereka,
Sebab dia yang paling tinggi.

Chot dan Ezzaq budak seni bina,
Menuang roll-call senyap-senyap je,
Izzudin dan Nasruddin pun sama sahaja,
Sibuk sangatkah mereka?

Selera sungguh Che Pah makan,
Nasi dikebas Izzah kelaparan,
Menggigit jari si Shafiq bin Noran,
Melihat mee dimakan kawan.

Berkaca mata hitam di padang kawad,
Bergaya sungguh Amira Mahadan,
Dilamar Asri tetapi sudah terlewat,
Sebab Saiful dahulu sudah berkenan.

Azmi dan Faten tiada pertalian,
Walaupun ayah kedua-duanya bernama Azman,
Mendengar hal itu Najwa gembira sakan,
Mengurat Azmi dalam perancangan.

Cinta Hanif tiada gantian,
Kasih Nasruddin tiada sempadan,
Namun begitu Noris tidak layan,
Sebab hanya Harith yang menjadi idaman.

Sejarah telah mengajar kita,
Untuk menjadi lebih dewasa,
Harap Intake 32 tetap bersama,
Selama-lamanya kekal sentiasa.


cik Noorasikin binti Mohd Amin yang tukang buat nih!

Friday, July 29, 2011

Kambing dan Telaga Buta


Ada seekor encik kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. (takkan nak guna tali pulak kan?) Akhirnya, mereka sepakat untuk mengambus perigi perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si encik kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh di timpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan setakat terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin di kambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.


"Sampai di sini sajakah riwayat hidupku sebagai hambaMu ya Allah?" bisik hati encik kambing.

Namun, kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, encik kambing akan menggoyang-goyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan apatah lagi minum selama beberapa hari tidak dihiraukan, sebaliknya beliau makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya..

 "Mmmbbbeeekkk!!!!" yang sama maksud dengan Alhamdulillah! Yaeeaahhuu.. yabeda bedu!

Akhirnya si encik kambing terselamat. Beliau melompat keluar dengan girang.



Allah berfirman yang bermaksud : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah : 5-6)

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu dari kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah : 214)


kopi, pasta dan edit dari SOLUSI isu 32..
Bahana Hasad..





encik kambing pun boleh..
never say never!

PatrioSa

sering ku terdengar..
sayup-sayup pekikan megah menjunjung bangsa..
mengangkat martabat hingga ke persada dunia..
namun..
laungan takbir sentiasa disanggah..
sedangkan seluruh jagat raya tak henti-henti menuturkannya..
memuji keagungan yang Maha Esa..

Hang Tuah kata takkan melayu hilang di dunia..

firman Allah Islam akan terpelihara sehingga hilangnya dunia..

yang mana lebih perkasa?
sepatriotik mana pun kita..
Islam perlu jadi paksi dalam jiwa..
bila Islam di utama..
majulah sesebuah bangsa dan negara..

ke manakah arah perjuangan kita?
tepuk dada sakit yang di rasa..
tanya akal, kadang-kadang tersilap kerana masih dangkal..
tanya hati, maksiat mengelabui..
jadi?

al-Quran dan sunnah tempat kita kembali..

"Wahai kaum bangsaku! Abadikanlah diri kamu kepada Allah. Tiada lagi tuhan kamu selain daripadaNya." ( Al-A'raf: 65)









Thursday, July 28, 2011

Saat Lafaz Sakinah

Saat Lafaz Sakinah

heningnya..
sunyi suasana..
lafaz sakinah bermula..

apa rasa..
diterjemah hanya..
sebak abah tangis ibunda..

adalah aku..
wali puteriku..
ku serah kini amanah ku ini padamu..
nafkahilah dia..
curah kasih dan cinta..
lebih dari yang ku berikan kepadanya..

dulu esakannya sandar di bahuku..
tangisannya kini ku serah padamu..
bukan bermakna dia bukan milikku..
fitrahnya..
perlukanmu..

jadikanlah dia wanita syurga..
mengerti benar akan maharnya..
taat itu bukan hanya pada nama..
indah ia pada maksudnya..

ku akur akan pesanmu..
puterimu kini amanahku..
iringlah dengan doamu..
bahagia kami dari redhamu..


far east

  video

 sungguh la..
lagu ni ada sentimental valuenya tersendiri buat AQ..
ayat "dulu esakannya, sandar di bahuku."
Allahu Rabbi..
klw layan lagu ni sorang-sorang,
mesti sebak berkumandang la..
teringat kat abah..
rindu kat abah sangat2..
sebabnya..
zaman muda-muda dulu, 
tersangatla manja dengan enchik Salleh..
sampaikn orang kata AQ ni ANAK BAPAK..

dan lagi..
part yang sayu..
"Bukan bermakna dia bukan milikku."
rasa cm nk berpisah plak dengan abah walaupun sebenarnya boleh je nak pergi jumpa abah, 
apatah lagi yang memang duduk serumah sekali dengan abah..
tak ke?




khas buat 'dia' yang AQ masih lg tak tau siapa...

KARISMA '11

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

pa habaq semua?
sihat ka?
diri, iman dan hati..
harap-harap sihat la na..

la ni, AQ nak cerita pasai..


Karnival Islami Masjid Al-Salihin, Bangi..
atau lebih sedap di panggil..
KARISMA '11..

program ni berlangsung selama 3 hari..
dari 22-24 Julai 2011..
awal-awal penglibatan AQ dlm program di atas jasa seorang sahabat..
beliau ni rindu sangat dengan biah solehah dan dengan suka jaya nya,
beliau pun ajak AQ untuk join sama..
waktu 2 AQ masih lagi kat Tenggaroh nu..
membanci..

sampai rumah pukul 7.15 ptg..
kemas beg..
7.45 gerak ke bus stand Batu Pahat untuk ke KL..
emm..
Allah bantu jgk urusan pembelian tiket walaupun dalam dompet tinggal RM14..
;p

sampai Terminal Bersepadu Selatan dalam pkul 11.30 malam..
call Ummu, then stay umah dy kat Cheras..
jazakillah Ummu.. :)

sesampainya di Bangi,
Allahu Rabbi..
blur sgt2 sbb memang tak tau nak pg mana,
tak tau nak buat apa..
ustaz-ustaz yang lain pun (mungkin nampak sangat kot muka blur AQ time tu) bagi la kerja dan sememangnya terlalu banyak kerja yang perlu di bereskan..
walau bagaimanapun..
kepenatan tu tak terasa sebab AQ mmg tak nak rasa..
AQ nak rasa gembira bila bekerja atas tiket dakwah fillah..
bukan senang dapat peluang macam ni..


ni antara suasana dan keadaan kaunter urusetia...
kerja AQ time ni..
buat database dan ambik gambar..


 tentatif program sepanjang tiga hari..


tuu dia..
dan antara program yang menarik..


qiamulail perdana ni..
subhanallah..
sangat-sangat menusuk hati..



tajuknya memang menarik..
isinya lebih kepada usaha membendung gejala sosial yang semakin berleluasa kini..



bayangkan,
tempat yang disediakan sebanyak 100..
tapi yang datang mendaftar,
datang masa hari program,
lebih 130 orang..
memang agak kelam kabut jugak urusetia waktu tu..
apa pun,
memang AQ puji masyarakat kat sini..
xkesah nak hantar anak-anak join program macam ni..
siap benarkan anak-anank tidur kat masjid lagi..
dan yang tukang jaganya..
KAMI..
:)

gambar waktu sukaneka,
dalam kamera lain..
memang tak sempat la nak ambik gambar guna phone..

sepanjang program ni berlangsung,
memang AQ akui,
tak dapat nak join..
misalnya, ceramah..
sebab, AQ duk luar..
uruskan benda lain..
kalau ambik gmbar pn, mmg xfokus pada ceramah..
tapi..
pengalaman jadi urusetia,
pengalaman beriktikaf kat masjid..
pengalaman menguruskan program..
pengalaman jaga budak-budak..(menguji kesabaran betul!)
pengalaman berada dalam kalangan mereka-mereka yang menggunakan panggilan ustaz dan ustazah..
pengalaman berada dalam suasana biah solehah..
subhanallah..


ni antara urusetia yang terlibat sepanjang program..

"Kesilapan bukan untuk dikesali, tapi untuk diperbaiki."
(k.kuza)

"Teruskan 'menerima', 'memberi' dan lengkapkan dengan 'memahami'."
(ustaz amirul)

mungkin tak banyak yang AQ dapat kongsi..
(ada kongsi pape ke? =_= ")
tapi..
sekadar mengingatkan diri..
dah pergi program-program macam ni..
kan sayang kalau tak teruskan..
kan sayang kalau kita buat separuh jalan..
kn?


ramadhan pulak dh nak tiba..
ahlan wasahlan ya Ramadhan..
semoga Ramadhan kali ni membawa seribu erti kepada diri ini, kita dan semua..
insyaAllah.. 
:)
wassalam..





malam rejimental..

Saturday, July 23, 2011

ringkas

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

sekarang ni,
(time tgh taip post kali ni)
AQ berada di satu tempat..
yang..
yang..
yang sangat ku rasai biah solehahnya..
iktikaf kat masjid..
walaupun tidur 2 jam je..
tapi indahnya sewaktu berjaga,
rasa macam rela mata ini tak terpejam kerana seharian bekerja..
insyaAllah..
membantu agama Allah..

lagu-lagu nasyid berkumandang setiap masa..
azan dengar dan kalau nak, 
boleh je mengintai sape yang jadi bilal..
penjualan n pameran buku-buku islamik..
baju-baju labuh..
jubah..
makanan keluaran orang-orang Islam..
senang cerita..
best la duduk sini..

rasa macam nak duk kat area ilmu ni lama-lama..
dan kalau boleh..
sepanjang bulan puasa..
sebenarnya,
harapan AQ..
nak sangat merasa erti ramadhan yang SEBENAR..
dan bawak perubahan..
or turning point AQ ke arah yang lebih baik..
selepas berakhirnya bulan pesta ganjaran tu..
mungkin tak perlu ke luar negara..
cukup di tanah air sendiri..

insyaAllah, 
ada masa, 
post special tentang perjalanan musafirku kali ini..

:)

wassalam..

Wednesday, July 13, 2011

Sin Lam Ta

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


dah banyak kali rasanya post pasal silat ni..
tapi..
disebabkan aktiviti silat menyilat ni berlangsung selama sebulan..
banyak la kejadian2 yang tak di duga dah berlaku..

Majlis Sukan Universiti Malaysia..
lebih sedap di panggil MASUM..
UPM jadi tuan rumah untuk tahun ni..
seronok sebab buat kat U sendiri..
tak payah fikir nak packing barang..
TAK seronok..
sebab tak dapat berjalan ke U lain..
huhu..

awal-awal, AQ di panggil sebagai BIDAN TERJUN untuk join jurus wajib..
jurus wajib ni plak lebih kpd persembahan..
ada 99 step dan kena buat serentak 3 orang dalam masa 3 minit..
dah semangat berlatih..
tiba-tiba pengurus kata pasukan jurus wajib wanita di bubarkan..
atas sebab komitmen yang bermasalah..
AQ dh redha dh waktu tu..
walaupun dalam hati terkilan..
WAAA!!!
AQ nk join MASUM!


cover muka..
cuba tenang n tak nak tunjuk riak kecewa..
tetiba pengurus tanya..

"berat awak berapa?"

err.. "50."
(kelentong! berat AQ 53++ time tu..)

"ha, masuk olahraga nak?"

apa ke benda la plak olahraga tu?
serius..
AQ zero pasal silat menyilat ni..
kecik2 nak masuk..
abah panggil suruh balik..
haishh..

AQ tanya la..
"sempat ke training?"
masa dh la suntuk..
buatnya AQ terkedu tengah gelanggang sebab tak reti, tak ke naya..

pengurus senyum je..

start dari situ la, AQ berkenalan dengan geng2 olahraga yang lain..
laisya, k.nik, k.syaz, k.nisa, k.jannah, tn.badang, koci, sufi..
roomateku di KC, k.syazni..
huhu.. kulaanku..
geng2 seni..
ustaz, wan, hisyam, zaki..
coach..
tempe aka a.aril..

en.hafiz tertinggal.. dengan en.khairul..
ni time penyerahan bendera..
dr TNC HEPA kepada kontinjen UPM..

dari berat 53..
kejap turun, kejap naik..
tensen mak cik!
mana la AQ pernah diet..
tetiba kena puasa nasi..
ya Allah..
sengsaranya..
sahabat-sahabat kat Palestin tu lagi hebat penderitaannya tau..
ok.. moral up!

pagi training..
like lebih kurang..
balik..
petang, dalam pukul 3..
orang lain kawad kaki..
(training PALAPES pun buat masa yang sama)
AQ kena jogging..
pakai baju hujan + sweater..
memang terbaik..
peluh keluar..
subhanallah..
tak payah cerita..
banjir!
malam training lagi..
fuh!


sepanjang training..
memang AQ down habis..
layang pelik..
side nak tergolek..
punch, tangan sampai luka..
block, tak payah cerita..
front, AQ yang terkebelakang..
sapuan, orang tengok gelak memanjang..
huhu..
pantun 6 rangkap..

belum lagi AQ di duga dengan aurat..
pergaulan..
kawan-kawan kat sekeliling..
bahasa yang di gunakan..
gurauan yang.. err.. kelakar!
buat AQ gelak guling-guling..
hmm..
sukan tu ibadah kan?
dan, tak mudah nak bawak Islam kalau orang tau tapi tak faham..


masa hari perasmian MASUM..
bermakna..
GAME DAH DEKAT!!

sehari sebelum game AQ..
berat badan bleh naik balik..
AQ juz makan sup sayur tau..
maunya tak gelabah..
coach pun dah makin risau..
dan..
hari tu, kitorang kena jogging tetengah hari buta..
dengan baju hujan dan 2 helai sweater..
jog..
speed..
lompat2 selama 2 minit..
sebelum ni buat 1000 kali je..
 kali ni.. tak tau la..
tak kira..
then, SAUNA..
duduk dalam kereta yang langsung tak bukak tingkap..
(kecuali lubang udara untuk bernafas.. nak sauna, bukan bunuh diri.. :) )
pastu pusing UPM..
panasnya!
panas neraka macam mana ye?
Allah..

teringat time makan ubat &^#^$(@..
semata-mata nak turunkan berat badan..
haha..
pape je..
ni kes buat kerja luar tabii ngan k.azizah la ni..


start dari aktiviti jogging tu..
AQ dah tak sentuh makanan..
minum air je..
risau kot..
esok game..
berat tak in lg..

hari perlawanan..
seram sejuk..
dah sedia sneakers..
habis je timbang, terus ngap coklat..
air hundred pluss..
glucose..
dan lawan dengan jayanya..
cam buat show tengah gelanggang plak..
tangan terpusing-pusing..
bila tangok video, HAHAHA..
AQ yang gelak..
malunyer!

namun..
kejayaan belum lagi berpihak pada AQ..
tapi takpe..
sekurang-kurangnya,
AQ dh buat yang terbaik..
walaupun tak berjaya jadi yang terbaik..

"Kegagalan itu hakikatnya kejayaan yang ditangguhkan."

hikmahnya..
saya dah boleh makan nasi!
:D

dah takde game..
kena la jadi tukang sorak..
huhu..
i like!

UPM! UPM! aumm!

rumah tepi sawah, tepi sawah rumah batu..
marah jangan marah, UPM no. satu!

dan..
cheers kegemaran sufi..

ala canggung canggung ala canggung..
hey!
canggung datang dari Putra Fighter..
sape menang? Putra Fighter!
sape kalah? tuuuutt..
yale, yale, yale, yale..

ada ke patut..
tengah lawan bleh senyum dengar kitorang nyanyi kat luar..
haishh..

untuk sesiapa yang takde game..
n takde game yang nk disorakkan..
kena la jadi jaga kat luar..
jaga barang dagangan..
huhu..


malam sebelum final..
pergi taram steamboot..
ramai-ramai..

lastly..
UPM berjaya mengumpul 1 emas, 1 perak, 2 gangsa..
alhamdulillah..

hasil dari berdagang..
pg KFC la..
huhu..

ha..
hampir terlupa..
nak kongsi sikit info tentang silat..
AQ kopi dan pasta dari novel Terasing by Hilal Asyraf..

silat tu sebenarnya berasal dari tiga huruf jawi..
Sin, Lam dan Ta..
ia singkatan kepada Seni Latih Takwa..
silat sebenarnya berasal daripada Wali Songo, iaitu 9 orang wali yang terkenal kat Indonesia satu masa dahulu..
dikisahkan bahawa, silat bukan setakat jadi seni mempertahankan diri, tapi jugak seni untuk jaga takwa kepada Allah. segala prinsip dan gerak tari dalam silat asal, mempunyai hubungan dengan penyedaran seorang hamba akan kebesaran Allah SWT. mungkin setelah zaman berlalu, semua tu tinggal sejarah je..

namun, ada je silat yang mempunyai doa, dan majlis keagamaannya..
ada jugak yang tak betul, tapi tu semua menandakan bahawa, silat bukan sekadar seni tempur semata-mata..
teringat masa latihan..
ada la baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas masa bukak gelanggang..
alhamdulillah..

tu je kot nak cerita pasal silat ni..
yang baik ambik pengajaran..
yang buruk, kita jadikan sempadan..
wassalam..
:)






pentarbiyahan diri masih berlaku..

U.K.H.W.A.H.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


Ukhwah Luar Biasa

jom sama-sama kita hayati dialog antara Sa'ad bin Rabi' al-Ansari 
dengan Abdul Rahman bin Auf (muhajirin),
sejurus peristiwa hijrah oleh para sahabat dari Makkah ke Madinah.

kepada saudara barunya, Sa'ad berkata :

" Sungguh aku orang yang paling kaya antara kaum ansar. Aku berniat membahagikan hartaku menjadi dua bahagian; untukmu dan untukku. Aku juga mempunyai dua orang isteri, ambillah siapa yang lebih kau sukai. Sebutkan namanya padaku, nanti akan aku talakkannya. Jika masa idahnya telah habis, nikahilah dia."

Abdul Rahman menjawab :

"Semoga Allah memberkati keluarga dan hartamu. Di mana pasar kalian?"

Dia lalu menunjukkan pasar. Abdul Rahman seterusnya berdagang, berusaha, bernikah dan akhirnya menjadi salah seorang lelaki terkaya di Madinah.

(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Bukan je ukhwah antara Sa'ad dan Abdul Rahman,
bahkan macam tu la bentuk persaudaraan yang wujud dalam kalangan seluruh golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah.
dan Allah juga ada menyebut dalam al-Quran surah al-Fath ayat 26 : 

"Dan orang yang bersama Rasulullah itu (orang beriman) sikap mereka bertegas kepada orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka (orang beriman)."

kopi dan pasta dari Solusi isu 33..
Rapuh Iman Runtuh Perpaduan..



bagi AQ sendiri la kan..
kadang-kadang memang mudah nak bercerita tentang ukhwah..
sahabat sejati..
tapi..
sampai satu tahap, tak rasa kemanisan ukhwah tu..
walaupun kita selalu bersama..
hari-hari jumpa..
ada tu plak..
bertahun tak jumpa..
tapi rasa rindu, kasih dan sayang tu terasa dalam jiwa..

walau apa pun yang bergelut dalam hati kita..
seboleh mungkin kita kena cuba bersangka baik dengan sahabat sendiri..
sebab peringkat terendah dalam ukhwah adalah bersangka baik..
dan kena ingat jugak..
disebalik kekurangan dia, mesti ada juga kelebihan yang kadang-kadang kita tak ada..
lebih penting skali..
ukhwah kerana Allah..
sebab..

"Orang-orang mukmin itu bersaudara."

dan AQ tegaskan dalam diri AQ, 
bila ada masalah dengan ukhwah..
maksudnya AQ ada masalah dengan iman..

"Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Friendship is like a war.. easy to find, hard to fight and impossible to forget."

salam ukhwah.. salam mahabbah fillah..
abadan abada..
wassalam..





 
kamu yang terbaik..
sahabat..
:)

Mini Kronologi

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

assalamualaikum wbt..


apa khabar semua?
err..
yang baca blog ni la..
rasanya dh sebulan lebih gak la AQ tak menulis kat sini..
otak still berfikir dan memikir ayat..
tapi masa yang membatasi..
dan..
tangan yang agak-agak malas nak menaip..

nampaknya, AQ kena buat kronologi lagi..
maunya tak..
dari start MASUM sampai la ke hari ni..
rasa cam tak duk diam.. 
ada je program..
(bunyi cam orang penting mengalahkan RM kn? hehe)

mini kronologi..
MASUM, 2-25 Jun..
26hb, jalan-jalan pusing Mines dengan Dila dan Iza..
ex-roomate ku di matrik dulu..
wah, rindu sama depa semua..
:D
27hb.. balik Batu Pahat..
merempit naik motor..
TERBAIK!
29hb, balik kota..
malam tu plak, ikut abah n abg ijam menjaring ikan..
pemandangan dia..
subhanallah..
30hb, jalan pusing Johor..
yola tu.. hehe

1-7 Julai, bergerak ke Temerloh --> Jengka..
Felda Kota Gelanggi 1 n Felda Jengka 12..
join program PERSADA.. 
Permuafakatan Siswa/siswi Felda..
kat sini la..
haishh..
ada ke patut berendam air mata..
hati tisu betul la..
(harap-harap akhi AQ sorang tu xbaca.. ari tu kemain semangat cakap "ko ingat ak ni hati tisu ke?")
macam-macam jadi..
macam-macam berlaku..
BUT..
AQ tak serik..
mungkin ada hikmah..
sekurang-kurangnya AQ faham perasaan mereka-mereka yang telah AQ lukakan hati dan perasaannya..
(cerita zaman dolu kala.. serius, AQ rasa berdosa ngan korang..)
pape pun..
pasni, AQ nk join lagi!

7-8hb, duk segamat..
umah angah..
abang??
still macam dulu dan takkan ada yang mampu merubahnya..
kecuali Allah..
AQ redha..
huhu..
(story about love.. is hello and goodbye..)

sesampainya di rumah..
makan..
ambik Radiah..
then start motor, merempit ke UTHM..
sebab 9hb ada Pentauliahan Kadet PALAPES kali ke-30..
seniorku tauliah sudah..
sedih dan sebak..
sebab kebanyakan dyorang dah habis belajar..
tapi..
 part yang paling best..
jumpa Alia the kasut sekolah!
huhu..
xmau cter banyak..
boleh kn?
;p

tentang BERSIH?
ada yang tersurat dan tersirat..

dan hari ni..
12 hb..
AQ dah kena ready untuk packing barang..
esok nak balik kota..
dan join program lagi..





DSLR angkatku dah berderai..
hmm..