Sunday, May 1, 2011

dia yang AQ cinta..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

kali ni, AQ nak bercerita pasal seseorang..
seseorang yang bertakhta di hati ini..
kiranya, pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulullah saw la..



hari ni kita bukak cerita hati..

insan yang insyaAllah, akan selamanya AQ cintai..
AQ sayangi..
dan pemergiannya, memang telah diyakini tiada ganti..
kenapa yakin pulak?
sebab..
sebab AQ dah merasai sendiri..
serius, dalam dunia dia sorang je macam dia..
hehe..

dia la yang dah banyak bersusah payah..
rela korbankan apa aje untuk AQ..
seboleh mungkin nak penuhi kehendak AQ..
(nampak sangat AQ selalu mintak macam-macam kan?)
dia la itu, dia la ini..
ha, yang lagi penting..
dia la yang selalu membebel kat AQ..
suruh itu ini..
haih..
dia la..
dia la mak AQ..
hehe..

ha la..
bonda, mama, mummy, ummi, ma..
emak!

secara seriusnya..
pernah tak kita terfikir macam mana susahnya mak besarkan kita?
pernah tak terfikir apa yang bermain kat hati mak bila lepaskan kita pergi mana-mana?
pernah tak terfikir apa yang mak fikir bila kita jauh dari mata dia?
pernah tak fikir kenapa mak buat macam-macam untuk kita?
pernah tak fikir kenapa mak selalu je marah-marah kita?
pernah tak?
tak atau tak??

pernah tak terfikir kalau sehari kita tak telefon mak, mak fikir apa?
tu baru sehari..
kalau sampai sebulan tak telefon?
setahun?

"eyh, aku telefon mak hari-hari tau.."
"aku tak sempat nak telefon, mak aku dah telefon dulu.."
ni kira ok la kan..
kalau macam ni pulak..

"tak sempat la nak telefon. sibuk. assignment banyak."
"tak sempat la nak telefon. kredit habis. tadi call awe. err.. tak, tadi telefon lecturer."
"eyh, kena telefon mak ke?"
yang last tu memang melampau!

AQ rasa la kan..
(AQ pun rasa gak)
sesiapa yang dah takde mak, mesti diorang sedih..
diorang kalau boleh nak sangat telefon mak..
dengar suara mak..
bila masuk u atau daftar kat mana-mana, mesti nak mak dia hantar..
mesti nak mak dia tau macam mana rupa bilik baru dia..
macam mana tempat yang bakal dia tinggal..

tapi, untuk yang masih ada mak tapi sia-siakan ni..
tak ke rasa cam tak patut buat mak macam tu..
nak salam n cium tangan mak pun payah..

haih..
kata orang..

"Bila perigi kering, baru kita tahu betapa air itu berharga."

setuju sangat..
bila mak dah takde, baru la kita tahu nak menghargai..
baru la kita tau yang dah takde orang nak buatkan nasi gorang terBEST dalam dunia..
dah takde orang nak masakkan rebung masak lemak tanpa bau hancing..
(sejak hari tu, dah tak pernah sentuh rebung lagi)
dah takde orang nak basuhkan telekung sampai jadi putih macam baru beli..
dah takde orang nak lipatkan baju..
dah takde orang nak pukul kalau lambat bangun solat subuh..
dah takde orang nak bebel suruh basuh pinggan..
dah takde orang bebel suruh sidai kain..
dah takde orang yang nak banggakan kita sampai sanggup pergi kedai banyak-banyak kali bila anak dia dapat keputusan baik untuk SPM..(walaupun tak la gempak sangat result tu)
dah takde tangan yang kasar untuk kita salam dan cium..(terutama time pagi raya)
dah takde orang yang nak cium pipi kita dengan penuh kasih sayang..
kasih sayang seorang ibu..


dah takde!
jadi, sayangilah ibu anda..
sayang yang betul-betul sayang..
mungkin esok, dia dah tinggalkan kita..
bila dia dah takde, baru la kita tau betapa dia sangat-sangat berharga..
harga yang sangat-sangat.. err.. tak ternilai la!

bagi yang dah kehilangan insan biasa yang sangat luar biasa ni,
jom sama-sama buat yang terbaik untuk hadiahkan pada dia di alam sana..
dengan akhlak yang baik je pun, dia dah ada saham pahala..
kita jadi anak solehah yang terbaik untuk dia..
:D

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (Luqman : 14)

dear mak yang best! Asma binti Abd. Rahman..
ketahuilah, mak memang sangat-sangat hebat..
adik sedaya upaya jadi anak yang terbaik..
semoga ada bahagian pahala untuk mak kat alam sana yang dapat adik kirimkan..
:D

"ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak aku dilahirkan."






sape sayang mak dia, angkat tangan macam saya.. :D

No comments:

Post a Comment