Saturday, April 30, 2011

AQ dan BUKU

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..

alhamdulillah.. pertama dan selamanya (suka ayat ni!)
bersyukur sebab masih lagi diberikan nikmat hidup..
dan, nikmat yang paling BESAR, nikmat iman dan Islam..
dan nak cerita sikit.. pasal..


nikmat buku dan nikmat suka baca buku!

waktu mak tengah mengandungkan AQ, mak kerja kat kilang buku..
jadi, banyak la bawak balik..
tapi, guna buat sampul telur (kira adik beradik ngan bunga telur) masa abang long n abang ngah kahwin..
jadi, buku-buku tu AQ xdapat la nak baca..
tinggal la beberapa buku untuk di gigit time baby..
dikoyak time umur 2-3 tahun..
diconteng time dah besar sikit.. (anak sedara pn ada share dalam aktiviti conteng-menconteng ni)
dihilangkan time dah start sekolah..(dah banyak buku la katakan)
dan bila dah sekolah menengah, time untuk KITA BAKOR JE!
sekarang ni, bila pergi mana-mana, n jumpa balik buku tu, histeria..
terjerit-jerit excited.. haih..
(baru-baru ni jumpa satu buku zaman kanak-kanak.. yang boleh keluarkan jari kat tengah buku tu.. pastu ada gambar kucing.. sekarang baru AQ tau buku tu sebenarnya sangat comel!)



start sekolah rendah..
mak selalu hadiahkan buku bila dapat no 1-3.. (no 1 tu macam tak pernah je)
jadi, dari situ la dah terdidik dengan sifat suka membaca..
teringat masa darjah satu dulu.. (kalau tak silap la. mungkin darjah 2)

 "nah, hadiah dapt no 2." mak kata.
"weee.. dapat buku!"
AQ pn baca tajuk buku tu dengan penuh ghairah, cepat, pantas, dan semangatnya..
"GELIGA SAKIT!"
abah duk bantai gelak.. 
huh? "kenapa bah?"
"baca la tajuk tu betul-betul. GELIGA SAKTI, bukan geliga sakit.. hahaha."
"%&$&#*@.."

tu zaman sekolah rendah la..
waktu ni, asal pergi kota je, mesti mintak mak belikan buku..
buku doraemon, buku doraemon, dan buku doraemon.. (hehe)

bila dah sekolah menengah, dah ada biasiswa..
bila matrik dah ada elaun..
memang heaven la..
ada satu ketika.. waktu balik cuti matrik..
keluar dengan mak..

"mak, nak beli tudung dengan baju, boleh?"
"tak!"
erk? "alaa.."
"baju dengan tudung berlambak kat rumah tu sape nak pakai?"
sob.. sob.. sob..
patah la hati~


bila melintas kedai buku.. (sebab kedai buku dekat-dekat dengan kedai baju)
"xpela tak boleh beli baju. beli buku boleh?"
"beli la"
speechless!
muka bercahaya..
mata bersinar..


hehe..

dan sekarang ni, bila dah betul-betul ada duit sendiri (plak), memang kerja tambah koleksi kat rak je..
(ayat macam dah kerja je. AQ belajar lagi ye..)
dan alhamdulillah.. genre yang baik la..
yang banyak bagi pengajaran..
pengajaran bukan untuk dunia je, tapi jugak untuk akhirat..
   
dan, nak kongsi sikit, mai la pakat pi beli novel-novel HLOVATE..
sebab novel dia bagus..
memang la cinta, tapi cinta yang.. yang.. yang sweet sangat-sangat!
berangan nak macam tu punya cinta.. 
:D

then, baca la novel-novel dan buku-buku HILAL ASYRAF..
pun best gak..
sebelum ni baca dah Sinergi..
semalam beli dah Takdir , Terasing dan Hero..

dan banyak la buku-buku lagi..
duit berhabis dengan buku..
its better than habis sebab belanja awek tengok wayang cerita momok..
its better than beli topup 30 ringgit untuk gayut dengan awek sepanjang hari..
its better than beli kasut walaupun masih ada kasut yang baru guna sekali..
ada la jugak pelaburan kita untuk akhirat kan.. (tengok jugak jenis buku tu)
dan,
AQ menyeru diri sendiri dan semua.
bila dah baca, amalkan..
baru la kena ngan pepatah arab..

"Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tak berbuah."

"Ilmu tanpa amal, ibarat awan tak mengandung hujan."

sia-sia je beli mahal-mahal..
sia-sia je baca buku tebal-tebal..
tapi langsung tak amal..
kan?

nak promote Pameran Buku Antarabangsa..
sekarang ni kat PWTC..
esok hari last..


"ya Allah, jangan Engkau tarik nikmat suka membacaku ini ya Allah, dan permudahkanlah hambaMu ini beramal dan berbakti dengan ilmu-ilmu dari buku-buku yang telah ku baca."
ameenn..

wassalam..







hari ni, insyaAllah pergi lagi.. :D

No comments:

Post a Comment