Tuesday, August 2, 2011

Transformasi Ramadhan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
assalamualaikum wbt..
alhamdulillah..
di beri nikmat hidup, nikmat iman dan Islam sampai hari ni..
dan..
nikmat boleh on9 kat bilik sendiri..
:)


tengok (tapi tak baca) entry orang lain semuanya guna tema PUASA..
RAMADHAN..
memang patut la pun kan..
dah nama pun orang sume dah gembira nak sambut puasa..
excited tu memang la..
cumanya..
lepas menghadam novel Contengan Jalanan by Hlovate xlama dulu..
baru AQ perasan..
adakah puasa kita,
or lebih best lagi, Ramadhan kita di isi dan disambut dengan erti kata yang sebenar?
mungkin apa yang akan AQ coret lepas ni,
buat kita semua tepuk dahi..
BUT..
macam yang AQ tulis,
KITA..
bermaksud, AQ pn ada share sama..
jadi?
jom lakukan transformasi..
hehe..
TRANSFORMASI RAMADHAN..

1. tahan lapar dan kenyang lepas buka..
ha, dah betul la tu..
lepas seharian berpuasa, memang la kena buka kn?
sape kata salah?
yang salahnya kalau kita buka tu, meja penuh tahap nak isi satu lagi pinggan pun dah tak muat..
haishh..
nak jadi apa tu?
ingat bulan puasa boleh kurangkan berat badan..
tapi..
err..
sendiri mau ingat la kan..
hehe..

Rasulullah saw bersabda, maksudnya : "Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


 2.time bulan puasa ni la kita akan jumpa Bazar Ramadhan.
kan?
ada ke kita jumpa bazar Syawal?
tak pun, bazar Safar, Zulkaedah, Muharam apatah lagi Rejab..
awal-awal puasa, banyak gerai makanan..
dah tengah-tengah dekat nak raya..
gerai baju n kuih muih la pulak..
hmm..
fikir balik..
kita ni betul ke puasa sebab nak kejar berkat?
atau saje nak kejar berkat (tapau) dari bazar nu?

3. time ni la nak tukar cat rumah!
yeah!
seluar AQ pun dah ala-ala seniman-jalanan je gayanya..
belum tengok tudung ngan baju lagi..
sebab apa?
sebab tahun ni nak tukar kaler cat rumah..
see, AQ pun ada share sama..
tapi, rumah ni dah makan tahun gak la tak bercat baru..
spesis dengan rumah kat kampung nu..
kira berbaloi gak la..
tapi,
kalau kes setiap tahun bantai kerja nak tukar cat je,
tak ke haru?
kalau setakat setong cat tu harga lima ringgit tiga puluh lima sen tu tak nape la jgak..
ni harga cecah puluh..
fuhh.. 
xlarat den..

4. main mercun ala-ala perang kat Palestin..
tu baru mercun..
belum lagi meriam buluh, meriam katak dan segala yang spesis dengannya..
dah jadi macam tradisi kan?
asal tiba bulan puasa, mesti dah dum dam sana sini..
anak sedara AQ yang perempuan tu pun dah beli mercun bawang..
kira orait la..
nak beli mercun hok guna api tu, xberani..
huhu..
ni kes my anak sedara..
kes yang kat luar tu?
sampai putus jari, terbakar rumah..
hmm..
tipikal orang melayu sambut puasa n raya..
kan?

5. asal puasa, dah ready nak beli baju raya..
kasut raya..
langsir raya..
sofa raya..
uhh!
termasuk la dengan AQ sekali..
dan sebenarnya..
adakah hal ini merupakan keperluan atau sekadar kehendak?
ce citer?

6. ha..
part ni, AQ memang tepuk dahi sendiri la..
memang sangat-sangat di akui bahawa AQ terror bab ni..
bab apa?
bab raya duk layan TV tengok cter best..
hoho..
sepatutnya raya ambik kesempatan ziarah rumah sedara-mara,
jiran tetangga..
tapi kita, ziarah siaran mana yang best..
time raya ni la segala cerita nak tayang..
nak pulak AQ ni bukan kaki wayang or kaki beli CD or DVD apatah lagi kaki download..
haiyaa..
ni nak salahkan pihak stesen TV ke, nak salahkan diri sendiri?
speechless..

7. duit raya!
hooyeah! 
sape xnak duit raya?
AQ yang dah sebesar alam ni pun nak je kalau orang hulur duit raya..
hmm..
tapi,
sedih gak la tengok budak-budak zaman sekarang..
sanggup beraya beribu batu (mak ai) semata-mata nak kumpul duit..
xdapat, tarik muncung..
alamak eh..

mungkin banyak lagi la kot benda-benda yang kita rasa biasa..
tapi sebenarnya, TAK PERLU!
tak buat pun takpe,
dah disebabkan mentaliti masyarakat..
dan dah berjaya pun mempengaruhi mentaliti kita..
tu yang sampai tahap PUASA = BERBELANJA..
bersederhanalah..
hmm..
ingatan lebih-lebih lagi buat diri sendiri..

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." (Al-Baqarah : 183)

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Allah berfirman : "Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untukkKu dan Aku yang memberi ganjarannya."" (Riwayat Bukhari dan Muslim.)


sekian..
wassalam..




rindunya berpuasa di zaman matrik dulu..

5 comments: