Monday, August 15, 2011

Cintaouple..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..





woha! (ramai dh org guna word ni.. cam best je..)
ok..
kali ni AQ nak bukak cerita cinta..
jadi, bagi sesiapa yang memang dah naik muak lagi jelak dengan cerita-cerita sedemikian rupa, anda diingatkan untuk skip dari terus membacanya..
harap maklum..
(kena warning awal-awal sebab ramai yang dah tamau ambik port bab cinta.. asyik-asyik cinta..)
in my opinion..
cinta ni fitrah..

"Sesungguhnya Allah memilliki seratus rahmat dan menurunkan satu rahmat kepada manusia, jin, haiwan ternak dan binatang buas. Dengan satu rahmat itu mereka saling menyayangi dan berkasih sayang. Dengan satu rahmat itu juga seekor binatang buas menyayangi anaknya. Adapun yang 99 lagi, Allah tunda turunnya untuk merahmati para hambaNya di akhirat nanti." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

rahmat ----> kasih sayang
kasih sayang ----> cinta

tapi, kita (termasuk AQ gk suatu masa yang lalu) selalu fikir yang cinta ni semata-mata untuk buayafriend or gelifriend..
no la..
sape kata?
kan cinta tu luas..


cinta pada mak ayah.. pada keluarga.. kawan-kawan..
ha.. cinta pada kucing dan haiwan peliharaan..
cinta pada cerita korea.. (haishh..)
dan cinta yang paling hakiki..
cinta pada Illahi, Rasulullah saw dan cinta pada Islam..
punya la besar ruang lingkup cinta ni sebenarnya..

dan.. 
AQ tak dapat nak sangkal, 
imam, ustaz, ustazah, budak sekolah agama, budak sekolah Henry Gurney, penjaga zoo, tukang kayu, perompak jatuh cinta..
sebab apa?
 sebab dah fitrah..
Rasulullah saw sendiri bercinta..
dengan isteri baginda..
jadi,
bila korang dah start rasa dup dap dup dap bila pandang si dia..
jangan malu nak mengakui, "Aku jatuh chenta!"



tapi..
bukan macam mana boleh jatuh cinta yang jadi persoalan..
sebaliknya,
macam mana kita handle cinta kita tu mengikut garis acuan Islam..
jaga pandangan..
kalau dah asyik teringat je.. 
banyakkan istighfar..



cukup pasal cinta..
eyh, habis dah??
YUP!

nak bukak ceita relationship plak..
bagi AQ, 
relationship yang sebenar-benarnya untuk 2 orang yang bukan mahram adalah PERKAHWINAN..
just that..
bukan couple,
bukan skandal..
bukan teman tapi mesra..
bukan adik beradik angkat..
apatah lagi couple Islamik..


berdasarkan pengalaman,
aktiviti bercouple ni lebih macam trend..
budak-budak sekolah la selalu berjangkit wabak couple ni..
tapi AQ tak la sangkal kat U or dah kerja pun masih ada virus ni..
cumanya,
zaman sekolah ni lagi meriah..


love is in the air
 (lomah den nak cari pic love2 ni..)


antara sebab couple ni berlaku..
hmm..
sbb kawan-kawan semua dah couple..
bila keluar, berdua..
bukan sorang-sorang lagi dah..
jadi, teringin la nak try..
selain tu,
couple sebab ada orang yang nk pujuk kita time sedih..
ada orang yang nak kita mesej or akan call kita..
boleh kongsi macam-macam..
dan..
antara sebab yang lain..


"Aku suka/sayang/cinta kat dia.. jadi aku tak nak dia terlepas ke tangan orang lain.."


wah!
haha..

la ni, bila dah faham..
AQ rasa benda ni mindset je..
boleh je kalau bosan-bosan tu, mesej ngan kawan perempuan..
tu pun kalau dah tahap giga punya kesunyian la..
kalau tak pun sibukkan diri dengan program-program..
berkumpul dengan orang-orang yang boleh buat kita ingat Allah lebih..


kalau dah susah sangat, kahwin la..
kata cinta dan sayang..
kalau betul, kita mesti tak nak bawak orang yang kita sayang ke neraka kan?
macam mana?
dengan buat perkara-perkara maksiat tu..
tak ke dah tempah tiket ke neraka..
mindset orang sekarang..
rela couple walaupun dah tau dosa semata-mata nak cari keserasian supaya time kahwin nanti dah xde lagi penceraian.. (sedangkan penceraian tu tak la satu dosa..)

kalau rasa tak mampu lagi nak kahwin..
solusinya..



haha..
tacing gitu..

pape pun, pelan-pelan kayuh..
kena study betul-betul..
kenapa kita kena putus..
apa sebenarnya hukum couple ni..
belajar dan mintak pendapat orang yang lebih tahu..
tapi jangan la tanya orang yang salah..
sebab mereka mesti usaha putar belit supaya nampak apa yang kita buat ni betul..
AQ just tolong bukak minda dengan apa yang AQ tahu..
tapi korang kena usaha sendiri untuk cari..
sakit memang sakit..
tapi, 

"Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis."

AQ syorkan baca entri-entri dari blog Dr.Cinta punya Belog..
memang terbaik..

ketahuilah..
kalau kita demand xnak bakal suami yang pernah couple,
apa kata kita ni elak dari couple dulu..
sebab..
jodoh kita dah tertulis..
tapi akhlaknya ditentulan oleh akhlak kita..

sebagai kesimpulan..
sekadar pendapat AQ la..
apa yang AQ faham dan apa yang AQ pegang..
maaf kalau ada terguriskan hati kat mana-mana..


wassalam..









kedai.. kedai..

2 comments:

  1. siapa kah aku di hatimu.. Teman sunyi thp giga?? Isk3
    haha gambar last 2 best!

    ReplyDelete
  2. ko bukan teman time sunyi tahap giga.. tp ko sahabat bantu sahabatnya yg lemah.. jazakillah dear!

    haha, clash je la.. tacing.. tacing..

    ReplyDelete