Sunday, July 31, 2011

Seloka Intake 32

Assalamualaikum pembuka bicara,
Di sini Intake 32 ingin kongsi cerita,
Ini semua rekaan semata-mata,
Jadi, janganlah ada yang nak terasa.

Katanya masa harus ditepati,
Lambat sikit je side roll seratus kali,
Itulah dia jurulatih kami,
Encik Hamidon kacak macam Datuk Rahim Razali.




Wajah seiras pelakon hindustan,
Mungkin warna kulit yang selalu di kaitkan,
Azah dan Atie berebut-rebutkan,
Tu la dia Apis yang suka perasan.

Duha dan Alin bahagia sentiasa,
merancang ke Paris bersama-sama,
Menggunakan duit yuran Intake 32,
Membawa Aimi sebagai orang gaji mereka.

Makram dan Shukri sangatlah kacak,
Diperhatikan Auni setiap hari,
Cikin memandang dengan mata terbeliak,
Namun mereka bukanlah pilihan kami.

Berkain tuala mandi di sungai,
Kehadiran si pacat sungguh misteri,
Senyap-senyap Jabal mengintai,
Adakah Shahrul pilihan hati.


Sudah lama Abu diperhatikan,
Idola Cumai sepanjang zaman,
Menjadikan fitik sebagai alasan,
Di situlah pertemuan dua insan..

True or dare menjadi titik permulaan,
Shukri Daud dah buat pengakuan,
Quia pula bahagia meniti alam kebahagiaan,
Faizul kecewa bila Dayah dah ada yang berkenan.

Cinta Zai banyak halangan duri,
Hati merana Jalud ditinggalkan,
Memilih Andrew sebagai pengganti,
Namun adakah si dia menjadi pilihan?

Sayang Minul tidak terhingga,
Kasih Dijah tidak terkira,
Untungnya si Nikon mendapat mereka,
Gembiranya Radiah bila ada orang nak tangkap gambar dia.

Tumbangnya Linda menjadi persoalan,
Change parade menjadi punca kejadian,
Mungkinkah fitik di jadikan alasan,
Atau kehebatan roll-call yang dijalankan?


Status mereka sangatlah misteri,
Nak kata kacak jauh sekali,
Mereka adalah Shahril, Alfan dan Fitri,
Melepas sudah Mai yang memuja mereka setiap hari.

Kagostap nama di beri,
Kak Mun pula panggilan kami,
Memilih Farez menjdai buddy,
Di pilih Farez sebagai kuli.

Wan Suryana selalu sahaja pengsan,
Shazwan memandangnya dengan penuh perasaan,
Namun begitu Syer yang perasan,
Akhirnya Ridwan yang menjadi pilihan.

Fitik kat mess Baling menolak,
Sama jugak dengan Isnaini,
Hafizah dan Qiqah bertolak-tolak,
Akhirnya Fiza dan Mina yang pergi.

Ketinggian mereka adalah baka,
Coin dan Shukri ada chemistry,
Faiq berbangga bersama mereka,
Sebab dia yang paling tinggi.

Chot dan Ezzaq budak seni bina,
Menuang roll-call senyap-senyap je,
Izzudin dan Nasruddin pun sama sahaja,
Sibuk sangatkah mereka?

Selera sungguh Che Pah makan,
Nasi dikebas Izzah kelaparan,
Menggigit jari si Shafiq bin Noran,
Melihat mee dimakan kawan.

Berkaca mata hitam di padang kawad,
Bergaya sungguh Amira Mahadan,
Dilamar Asri tetapi sudah terlewat,
Sebab Saiful dahulu sudah berkenan.

Azmi dan Faten tiada pertalian,
Walaupun ayah kedua-duanya bernama Azman,
Mendengar hal itu Najwa gembira sakan,
Mengurat Azmi dalam perancangan.

Cinta Hanif tiada gantian,
Kasih Nasruddin tiada sempadan,
Namun begitu Noris tidak layan,
Sebab hanya Harith yang menjadi idaman.

Sejarah telah mengajar kita,
Untuk menjadi lebih dewasa,
Harap Intake 32 tetap bersama,
Selama-lamanya kekal sentiasa.


cik Noorasikin binti Mohd Amin yang tukang buat nih!

4 comments:

  1. mintak2 abu x bace..ko ni kan..ya Allah..sabar je la..tapi saya suka..haha..tq

    ReplyDelete
  2. haha.. bukan org yg buat ea.. ni pn ciplak balik dr gempur.. :)

    ReplyDelete