Friday, July 29, 2011

Kambing dan Telaga Buta


Ada seekor encik kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. (takkan nak guna tali pulak kan?) Akhirnya, mereka sepakat untuk mengambus perigi perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si encik kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh di timpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan setakat terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin di kambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.


"Sampai di sini sajakah riwayat hidupku sebagai hambaMu ya Allah?" bisik hati encik kambing.

Namun, kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, encik kambing akan menggoyang-goyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan apatah lagi minum selama beberapa hari tidak dihiraukan, sebaliknya beliau makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya..

 "Mmmbbbeeekkk!!!!" yang sama maksud dengan Alhamdulillah! Yaeeaahhuu.. yabeda bedu!

Akhirnya si encik kambing terselamat. Beliau melompat keluar dengan girang.



Allah berfirman yang bermaksud : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Al-Insyirah : 5-6)

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu dari kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah : 214)


kopi, pasta dan edit dari SOLUSI isu 32..
Bahana Hasad..





encik kambing pun boleh..
never say never!

2 comments:

  1. macam same ngan situasi kita sekarang..hurm, insyaAllah harap2 dipermudahkan..oh ye, lpe nak bgtw..kte iA fly 9/9 ni..medic kat belgaum, india..dah tukar :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. tahniah yanti.. keep in touch kay.. may Allah bless.. :)

    ReplyDelete