Friday, July 29, 2011

PatrioSa

sering ku terdengar..
sayup-sayup pekikan megah menjunjung bangsa..
mengangkat martabat hingga ke persada dunia..
namun..
laungan takbir sentiasa disanggah..
sedangkan seluruh jagat raya tak henti-henti menuturkannya..
memuji keagungan yang Maha Esa..

Hang Tuah kata takkan melayu hilang di dunia..

firman Allah Islam akan terpelihara sehingga hilangnya dunia..

yang mana lebih perkasa?
sepatriotik mana pun kita..
Islam perlu jadi paksi dalam jiwa..
bila Islam di utama..
majulah sesebuah bangsa dan negara..

ke manakah arah perjuangan kita?
tepuk dada sakit yang di rasa..
tanya akal, kadang-kadang tersilap kerana masih dangkal..
tanya hati, maksiat mengelabui..
jadi?

al-Quran dan sunnah tempat kita kembali..

"Wahai kaum bangsaku! Abadikanlah diri kamu kepada Allah. Tiada lagi tuhan kamu selain daripadaNya." ( Al-A'raf: 65)









No comments:

Post a Comment