Wednesday, July 13, 2011

Sin Lam Ta

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


dah banyak kali rasanya post pasal silat ni..
tapi..
disebabkan aktiviti silat menyilat ni berlangsung selama sebulan..
banyak la kejadian2 yang tak di duga dah berlaku..

Majlis Sukan Universiti Malaysia..
lebih sedap di panggil MASUM..
UPM jadi tuan rumah untuk tahun ni..
seronok sebab buat kat U sendiri..
tak payah fikir nak packing barang..
TAK seronok..
sebab tak dapat berjalan ke U lain..
huhu..

awal-awal, AQ di panggil sebagai BIDAN TERJUN untuk join jurus wajib..
jurus wajib ni plak lebih kpd persembahan..
ada 99 step dan kena buat serentak 3 orang dalam masa 3 minit..
dah semangat berlatih..
tiba-tiba pengurus kata pasukan jurus wajib wanita di bubarkan..
atas sebab komitmen yang bermasalah..
AQ dh redha dh waktu tu..
walaupun dalam hati terkilan..
WAAA!!!
AQ nk join MASUM!


cover muka..
cuba tenang n tak nak tunjuk riak kecewa..
tetiba pengurus tanya..

"berat awak berapa?"

err.. "50."
(kelentong! berat AQ 53++ time tu..)

"ha, masuk olahraga nak?"

apa ke benda la plak olahraga tu?
serius..
AQ zero pasal silat menyilat ni..
kecik2 nak masuk..
abah panggil suruh balik..
haishh..

AQ tanya la..
"sempat ke training?"
masa dh la suntuk..
buatnya AQ terkedu tengah gelanggang sebab tak reti, tak ke naya..

pengurus senyum je..

start dari situ la, AQ berkenalan dengan geng2 olahraga yang lain..
laisya, k.nik, k.syaz, k.nisa, k.jannah, tn.badang, koci, sufi..
roomateku di KC, k.syazni..
huhu.. kulaanku..
geng2 seni..
ustaz, wan, hisyam, zaki..
coach..
tempe aka a.aril..

en.hafiz tertinggal.. dengan en.khairul..
ni time penyerahan bendera..
dr TNC HEPA kepada kontinjen UPM..

dari berat 53..
kejap turun, kejap naik..
tensen mak cik!
mana la AQ pernah diet..
tetiba kena puasa nasi..
ya Allah..
sengsaranya..
sahabat-sahabat kat Palestin tu lagi hebat penderitaannya tau..
ok.. moral up!

pagi training..
like lebih kurang..
balik..
petang, dalam pukul 3..
orang lain kawad kaki..
(training PALAPES pun buat masa yang sama)
AQ kena jogging..
pakai baju hujan + sweater..
memang terbaik..
peluh keluar..
subhanallah..
tak payah cerita..
banjir!
malam training lagi..
fuh!


sepanjang training..
memang AQ down habis..
layang pelik..
side nak tergolek..
punch, tangan sampai luka..
block, tak payah cerita..
front, AQ yang terkebelakang..
sapuan, orang tengok gelak memanjang..
huhu..
pantun 6 rangkap..

belum lagi AQ di duga dengan aurat..
pergaulan..
kawan-kawan kat sekeliling..
bahasa yang di gunakan..
gurauan yang.. err.. kelakar!
buat AQ gelak guling-guling..
hmm..
sukan tu ibadah kan?
dan, tak mudah nak bawak Islam kalau orang tau tapi tak faham..


masa hari perasmian MASUM..
bermakna..
GAME DAH DEKAT!!

sehari sebelum game AQ..
berat badan bleh naik balik..
AQ juz makan sup sayur tau..
maunya tak gelabah..
coach pun dah makin risau..
dan..
hari tu, kitorang kena jogging tetengah hari buta..
dengan baju hujan dan 2 helai sweater..
jog..
speed..
lompat2 selama 2 minit..
sebelum ni buat 1000 kali je..
 kali ni.. tak tau la..
tak kira..
then, SAUNA..
duduk dalam kereta yang langsung tak bukak tingkap..
(kecuali lubang udara untuk bernafas.. nak sauna, bukan bunuh diri.. :) )
pastu pusing UPM..
panasnya!
panas neraka macam mana ye?
Allah..

teringat time makan ubat &^#^$(@..
semata-mata nak turunkan berat badan..
haha..
pape je..
ni kes buat kerja luar tabii ngan k.azizah la ni..


start dari aktiviti jogging tu..
AQ dah tak sentuh makanan..
minum air je..
risau kot..
esok game..
berat tak in lg..

hari perlawanan..
seram sejuk..
dah sedia sneakers..
habis je timbang, terus ngap coklat..
air hundred pluss..
glucose..
dan lawan dengan jayanya..
cam buat show tengah gelanggang plak..
tangan terpusing-pusing..
bila tangok video, HAHAHA..
AQ yang gelak..
malunyer!

namun..
kejayaan belum lagi berpihak pada AQ..
tapi takpe..
sekurang-kurangnya,
AQ dh buat yang terbaik..
walaupun tak berjaya jadi yang terbaik..

"Kegagalan itu hakikatnya kejayaan yang ditangguhkan."

hikmahnya..
saya dah boleh makan nasi!
:D

dah takde game..
kena la jadi tukang sorak..
huhu..
i like!

UPM! UPM! aumm!

rumah tepi sawah, tepi sawah rumah batu..
marah jangan marah, UPM no. satu!

dan..
cheers kegemaran sufi..

ala canggung canggung ala canggung..
hey!
canggung datang dari Putra Fighter..
sape menang? Putra Fighter!
sape kalah? tuuuutt..
yale, yale, yale, yale..

ada ke patut..
tengah lawan bleh senyum dengar kitorang nyanyi kat luar..
haishh..

untuk sesiapa yang takde game..
n takde game yang nk disorakkan..
kena la jadi jaga kat luar..
jaga barang dagangan..
huhu..


malam sebelum final..
pergi taram steamboot..
ramai-ramai..

lastly..
UPM berjaya mengumpul 1 emas, 1 perak, 2 gangsa..
alhamdulillah..

hasil dari berdagang..
pg KFC la..
huhu..

ha..
hampir terlupa..
nak kongsi sikit info tentang silat..
AQ kopi dan pasta dari novel Terasing by Hilal Asyraf..

silat tu sebenarnya berasal dari tiga huruf jawi..
Sin, Lam dan Ta..
ia singkatan kepada Seni Latih Takwa..
silat sebenarnya berasal daripada Wali Songo, iaitu 9 orang wali yang terkenal kat Indonesia satu masa dahulu..
dikisahkan bahawa, silat bukan setakat jadi seni mempertahankan diri, tapi jugak seni untuk jaga takwa kepada Allah. segala prinsip dan gerak tari dalam silat asal, mempunyai hubungan dengan penyedaran seorang hamba akan kebesaran Allah SWT. mungkin setelah zaman berlalu, semua tu tinggal sejarah je..

namun, ada je silat yang mempunyai doa, dan majlis keagamaannya..
ada jugak yang tak betul, tapi tu semua menandakan bahawa, silat bukan sekadar seni tempur semata-mata..
teringat masa latihan..
ada la baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas masa bukak gelanggang..
alhamdulillah..

tu je kot nak cerita pasal silat ni..
yang baik ambik pengajaran..
yang buruk, kita jadikan sempadan..
wassalam..
:)






pentarbiyahan diri masih berlaku..

No comments:

Post a Comment