Wednesday, July 13, 2011

U.K.H.W.A.H.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


Ukhwah Luar Biasa

jom sama-sama kita hayati dialog antara Sa'ad bin Rabi' al-Ansari 
dengan Abdul Rahman bin Auf (muhajirin),
sejurus peristiwa hijrah oleh para sahabat dari Makkah ke Madinah.

kepada saudara barunya, Sa'ad berkata :

" Sungguh aku orang yang paling kaya antara kaum ansar. Aku berniat membahagikan hartaku menjadi dua bahagian; untukmu dan untukku. Aku juga mempunyai dua orang isteri, ambillah siapa yang lebih kau sukai. Sebutkan namanya padaku, nanti akan aku talakkannya. Jika masa idahnya telah habis, nikahilah dia."

Abdul Rahman menjawab :

"Semoga Allah memberkati keluarga dan hartamu. Di mana pasar kalian?"

Dia lalu menunjukkan pasar. Abdul Rahman seterusnya berdagang, berusaha, bernikah dan akhirnya menjadi salah seorang lelaki terkaya di Madinah.

(Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Bukan je ukhwah antara Sa'ad dan Abdul Rahman,
bahkan macam tu la bentuk persaudaraan yang wujud dalam kalangan seluruh golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah.
dan Allah juga ada menyebut dalam al-Quran surah al-Fath ayat 26 : 

"Dan orang yang bersama Rasulullah itu (orang beriman) sikap mereka bertegas kepada orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka (orang beriman)."

kopi dan pasta dari Solusi isu 33..
Rapuh Iman Runtuh Perpaduan..



bagi AQ sendiri la kan..
kadang-kadang memang mudah nak bercerita tentang ukhwah..
sahabat sejati..
tapi..
sampai satu tahap, tak rasa kemanisan ukhwah tu..
walaupun kita selalu bersama..
hari-hari jumpa..
ada tu plak..
bertahun tak jumpa..
tapi rasa rindu, kasih dan sayang tu terasa dalam jiwa..

walau apa pun yang bergelut dalam hati kita..
seboleh mungkin kita kena cuba bersangka baik dengan sahabat sendiri..
sebab peringkat terendah dalam ukhwah adalah bersangka baik..
dan kena ingat jugak..
disebalik kekurangan dia, mesti ada juga kelebihan yang kadang-kadang kita tak ada..
lebih penting skali..
ukhwah kerana Allah..
sebab..

"Orang-orang mukmin itu bersaudara."

dan AQ tegaskan dalam diri AQ, 
bila ada masalah dengan ukhwah..
maksudnya AQ ada masalah dengan iman..

"Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Friendship is like a war.. easy to find, hard to fight and impossible to forget."

salam ukhwah.. salam mahabbah fillah..
abadan abada..
wassalam..





 
kamu yang terbaik..
sahabat..
:)

No comments:

Post a Comment