Tuesday, August 23, 2011

Tipu-Dosa-Cemas

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


subhanallah..
cantik kan?
(gambar ni secara jujurnya langsung tade kena mengena ngan entry kali ni..)

tipah tertipu.. aww~
(pun tade kena mengena..)

to be honest..
AQ tengah seram, ketakutan, kegelisahan dan yang sama waktu dengannya..
sebab apa?
sebab buat kerja luar alam..
AQ duk melepak+online dengan jayanya dan kejap lagi insyaAllah akan tidur kat..
err..
surau al-Raudhah Kolej Tun Perak, UPM..
yang jelas-jelas kat surau ni dan sekali la kolej ni dah tak berapa nak ada orang sangat..
dan yang lagi best..


terpampang ni ha kat dinding surau yang indah permai ni.. (aircond dy memang terbaik.. AQ dah rasa ala-ala kat alaska dah..)
asal dengar je bunyi motor kat luar tu,
tak pun, bunyi orang berjalan,
AQ memang waspada habis la..
sentri trough and trough..
risau sebab tak pasal-pasal kena tangkap..
bukannya tak pernah buat..
tapi tu pun kat kolej sendiri..
boleh je nak kautim ngan sesapa..
kalau kat sini..
ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini..
tak sanggup den nak bayangkan..


lari pn dah tade guna lagi dah..

betul la, 
kata orang, menipu ni bukan best pun..
tak bawak rasa bahagia..
sebaliknya bawa ketakutan pada diri sendiri..

senang cerita,
bukan setakat menipu je..
rasuah, riba', maksiat, bunuh orang..
semuanya ada effect masing-masing..
gembira pun sementara je..
sebab katakutan (dosa) tu still memburu..

Rasulullah saw bersabda : "Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar?" Kami menjawab, "Ya tentu mahu ya Rasulullah." Rasulullah saw menjelaskan: "Menyengutukan Allah, derhaka terhadap kedua ibu bapa. Oh ya, (ada lagi) iaitu perkataan dusta." (Hadis Riwayat Muttafaq Alaih)

dan lagi..
dari segi saintifiknya..
otak kita ni ada gelombangnya yang tersendiri..


dan dari hasil kajian menggunakan EEG (elektroensefalogram)..
(wah!)
kelajuan gelombang otak kita-kita manusia ni ada 4 dan mempengaruhi keadaan jiwa seseorang..
Beta ( 14-100 Hz)
dalam frekuensi ni, seseorang tu berada dalam keadaan yang sedar penuh dan didominasi oleh logik. time ni, otak kiri sedang aktif digunakan untuk berfikir, tumpuan dan sebagainya. sehingga gelombangnya meninggi. gelombang yang tinggi ini akan merangsang otak mengeluarkan hormon kortisol dan norepinefrin yang menyebabkan cemas, khawatir, marah dan stress.

http://mengenal-otak.blogspot.com/2010/05/mengenal-gelombang-otak-kita.html

ha.. 
yang kaler purple tu la main pointnya..
kalau kita menipu,
tak ke otak kita kena pulun cari alasan itu dan ini..
dan disebabkan keaktifan yang melampau, maka otak pun merembeskan hormon-hormon seperti yang telah dinyatakan di atas dengan banyaknya.. 
bila dah banyak, 
maka berlakulah tindakan-tindakan seperti cemas, cemas, dan cemas..


dan..
hasil dari segala kecemasan yang telah berlaku..
AQ pun kemas-kemas..
dan sekarang..
AQ dah berada di kolej terchenta..

:)

alhamdulillah..

"Jangan tipu-tipu ea.. "

sekian..
wassalam..




aku mahu pulang..

2 comments: