Thursday, August 4, 2011

Domino Effect

dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


DOMINO..
bukan Pizza Dominos k..
hmm..
tengah menghadam novel VIRSUS by Hlovate untuk kali yang ke..
entah..
dan,
rasa nak berkongsi tentang isi novel ni yang sangat..
menyentuh hati..
bukan tacing sebab sedih or romantik..
tapi sebab..
sebab effect dia dalam kehidupan..

ramai yang beranggapan (mungkin termasuk AQ tanpa disedari),
bahawa Islam hanya dizahirkan dalam bentuk solat..
puasa..
pakai tudung..
just that and that..
hmm..
zaman sekular yang makin menular ni..
tambah pulak dengan mentaliti masyarakat yang cukup nak assume orang tu baik dengan sekadar cukup solatnya,
pakai tudung or pakai kopiah bela janggut..
padahal..
word BAIK tu sebenarnya masih jauh lagi nak dicapai apatah lagi digenggam andai kata benda-benda tu je yang jadi kayu pengukurnya..

ada je kan,
orang yang cukup solat tu masih lagi tak menutup aurat..
sebab fikir dengan solat tu dah kira baik..
ada jugak..
yang tutup aurat,
tapi masih lagi buat kerja-kerja cam orang yang tak tutup aurat tu buat..
bercouple, pergi club, pegang sana pegang sini..
sebab rasa kita Islam, kita kena pakai tudung..
yang lain-lain, tolak tepi..
tambah lagi,
rasa pakai tudung tu dah betul sangat-sangat la..
walaupun baju masih lagi lengan pendek,
ketat-metat..
jarang sampai nampak apa yang patut di tutup..
tudung pulak cam hidup segan mati tak mahu..
mana taknya,
masih lagi nampak rambut n tengkuk..


"Pakai tudung tak wajib pun.. yang wajibnya tutup aurat. tak kesah la nak guna selimut ke, tudung saji ke.. kan?"

jadi,
apa sebenarnya tanda or bukti yang nak kata kita ni sebenarnya "BAIK"?

ok..
kembali kepada tajuk awal..
Domino Effect..
tau kan permainan ni?
susun banyak-banyak..
pastu tolak yang depan sekali..
dan yang belakang-belakang akan ikut jatuh gak..
camtu la jugak dalam kehidupan kita ni..

let say..


(huduhnya la hai lukisan ni..)
kita susun something (contohnya pemadam) macam ni..
straigh ke belakang..
pastu, tandakan..

no 1. Solat dan Ibadah

no 2. Hidup bersyariah

no 3. Aurat

no 4. Ikhtilat

tolak dari depan..

benda ni sebenarnya analogi..
sepatutnya..
bila kita ni dah settle bab solat dan ibadah,
seharusnya kita kena teruskan dengan hidup bersyariah dan jaga aurat..
bila dah jaga aurat tu, tak rasa ke cam kita ni dah perlunya settlekan bab ikhtilat?
jaga batas-batas pergaulan..
dengan cara yang macam mana?
yakin Allah ada..
hadirkan rasa takut nak buat salah..
ha..
ce try la konon-kononya nak tinggal solat..
pastu fikir..

"macam mana kalau kejap lagi Allah nak tarik nyawa aku.. ada lagi ke peluang untuk aku solat?"

"sempat ke nak taubat?"

dan lagi..
(bab ni AQ pernah fail.. tapi, gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya kan?)
bila kita ni dah yakin tutup aurat..
WAIT!!
macam mana kita nak try test yang pakaian kita tu dah betul-betul tutup aurat?
mudah..
try gunakan untuk solat..
ha? 
bawak solat?
yup!
Allah wajibkan kita tutup aurat untuk solat..
tapi tak wajibkan kita pakai telekung..
kan?
jadi..
kalau rasa masih ada yang kurang,
masih was-was nak solat,
ada la tu yang tak kena kat mana-mana dengan pakaian kita..


sambung balik..
bila kita dah yakin kita ni tutup aurat..
pastu try la ajak muslimin/lelaki bukan mahram dating..
try la tengok..
huhu..
tak ke rasa cam malu dengan pakaian kita?
tak ke rasa malu dengan tudung kita?
tak ke rasa malu, kita ni dah jaga solat, dah beribadat..
tapi masih lagi nak buat maksiat..
tak ke?

tiap kali kita solat..
kita berikrar dalam doa Iftitah..

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya maka kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk dalam golongan orang Islam."

siap ikrar amar makruf nahi mungkar lagi..

konklusinya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.." (Al-Baqarah : 208)

sekadar berkongsi apa yang ada..
sama-sama la kita ubah..
sebab sekarang ni kita terlalu mengikut pandangan masyarakat..
bukannya pandangan Allah..
lagi pulak..
nak berubah ni memang susah..
durian nak masak pun bukannya dalam sekelip mata..
ambik masa..
bak kata alia..
pelan-pelan kayuh..



"Kesempurnaan tu memang mustahil.. tapi usaha nak jadi muslim yang baik tu yang paling penting."

sama-sama kita cuba untuk berubah ek..
bulan baik ni..
tak salah kalau kita cuba buat sesuatu..
yang penting, niat semata-mata, FILLAH..

mungkin sape yang dah baca novel VERSUS tu akan rasa isi dan pengolahan ayat ni sama..
ketahuilah..
AQ pinjam idea dia yang asalnya datang dari Dia..
jazakumullahu khairan khatir pada Hlovate..
may Allah bless him (or her), and us..

sekian..
wassalam..








bila hidayah Allah datang mengetuk pintu hati, takkan nak biar je hingga ia berlalu pergi..

4 comments:

  1. salam 'alaik.. novel versus. turning point. hmm.. memang bagi efek dlm kehidupan :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wbt.. betul 2 ummu.. mesti dh baca kan? :)

    ReplyDelete
  3. salam 'alaik. a'a dah baca. tapi takde pengulangan bacaan la macam qhadeeja. heee.. awal2 naik sem dua aritu.. kekacauan jiwa melanda. ><

    ReplyDelete
  4. waalaikumsalam wbt.. hehe.. novel hlovate ni mmg sntiasa feel free je nk ulang baca.. alhmdulillah.. biarhadam betul2.. jiwa tgh kacau ke? xnk share? :)

    ReplyDelete