Thursday, June 2, 2011

Sukan itu Ibadah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ok la..
kita terus ke tajuk utama..
:)

untuk beberapa hari ni,
dan sekali la minggu depan,
InsyaAllah, AQ akan berhadapan dengan latihan..
latihan fizikal..
mental..
dan taqwa..
kena berlatih silat..
untuk MASUM..
dan..
masyaAllah..
AQ rasa macam buruk benar gaya AQ bersilat..
bunga pun dah tak macam bentuk bunga..
keras!
hehe..
takpe..
ni cabaran untuk AQ..


stamina confirm kena mantap..
disebabkan yang demikian, AQ ada kat sini pagi ni..
:D

apa pun..
kena betulkan niat..
kenapa AQ nak join benda ni?
kenapa mesti nak bersukan?
(silat pun salah satu sukan gak la kan?)

kata orang, perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama..

dan, kecundangnya seseorang itu di akhir perjuangan kerana pincang persediaan di awalnya..

ha, jadi, niat awal ni penting..
penting sangat sangat..
sebab, ada je manusia yang akan tarik diri di saat-saat akhir di sebabkan tak tau apa sebenarnya matlamat awal penyertaannya..
dan, SUKAN ITU IBADAH..
ni la tunjang utama semua keterlibatan kita dalam aktiviti sukan..
tak semestinya sukan la..
dalam apa jua yang kita lakukan..
selagi niat kita kerana Allah, tu dah kira ibadah la..

dan, bila kita ni nak bawak nama Islam..
kita kena la tunjuk Islam tu indah..
walaupun bersukan,
aurat masih terjaga..
datang awal..
komited..
solat tak tinggal walaupun latihan sepanjang hari..
tunjuk Islam ni cantik pada masyarakat..
walaupun hakikatnya kita tengah bersukan waktu tu..
Islam ni kan syumul..
sempurna..
dan Islam ni bukan setakat kat masjid,
Islam ni di mana-mana..

"Hendak pamerkan imej Islam ini kepada masyarakat, maka peribadi yang mampu membawa risalah perlu dibina. Maka Tarbiah Islamiah Syamilah itu perlu dilalui oleh setiap manusia yang hendak menonjolkan Islam dalam kehidupannya." (Hilal Asyraf)

ha..
nak sentuh pulak bab tawazun atau maksudnya keseimbangan..
kita seimbangkan dunia dan akhirat..
dan, ayat yang AQ paling suka..
keseimbangan ni bukanlah secara sama rata, tapi memberikan hak kepada yang sepatutnya..
bersukan, bersukan jugak..
tapi akhirat still kena jaga..
dan, beribadah nak tambah pahala,
tapi jangan sampai terlupa tanggungjawab kita pada tubuh badan, keluarga dan sebagainya..

alhamdulillah..
dapat gak AQ berkongsi..
penulisan kali ni sebenarnya lebih kepada nak ingatkan diri sendiri..
yela..
kalau kita cakap sesuatu tu, tapi kita tak buat..
nak jadi apa?
Allah pun tak suka orang yang macam ni..
jadi..
beramal dengan ilmu yang ada..

"Wahai orang-orang yang beriman!  Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu menyatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (As-Saff : 2-3)

ayat-ayat dan ilmu-ilmu kat atas ni,
kebanyakannya AQ ambik dari novel VT by Hilal Asyraf..
cerita tentang sukan..
Volleyball..
tapi, boleh je nak di aplikasikan dalam semua aspek dalam kehidupan..
dan hikmah terbesar pulak untuk AQ sebab dapat baca dan habiskan novel tu dalam musim-musim pertandingan ni..
sukan itu ibadah..
:)

"Tak perlu jadi yang terbaik, tapi sentiasa lakukan yang TERBAIK!"

wassalam..






 
wish me luck ea.. :D

1 comment: