Tuesday, June 7, 2011

Flying without wings to..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

hmm..
terasa macam dh banyak baca surat cinta..
dariku untuk bakal suamiku la..
untuk bakal isteriku la..
semua best2..
dan..
AQ still lg nak tambah bilangan surat cinta tu..
hehe..

Untuk awak yang memang confirm saya tak tau siapa..

saya takde la nak listkan nilai hantaran ke apa ke..
tapi, cuma nak sampaikan sedikit pesanan..
yela..
awak mesti tak kenal saya siapa kan..
tak tau perangai sebenar saya..
tak tau apa sebenarnya harapan saya untuk awak..
yang bakal bergelar imam untuk kehidupan saya akan datang..

awak jangan risau..
saya tak harapkan pun hantaran 21 dulang..
saya tak harapkan pun perkahwinan berkonsepkan fairytale..
TAK!
sebab saya nak bina permulaan baitul muslim yang bersederhana..
sebab saya nak jadi sebaik-baik wanita untuk awak..
yang mana sebaik-baik wanita adalah yang paling rendah maharnya..
apa yang penting, kerjasama keberkatan..
redha Allah..

kalau awak nak tau la kan..
saya ni insan yang selalu je terleka..
terleka dengan hasutan dunia..
sebab tu saya perlukan awak..
yang betul-betul boleh bimbing saya..
kalau saya terjatuh, awak bantu saya bangun..
kalau saya lupa, awak jadi tukang ingatkan..
nak tampal stick note kat semua dinding yang ada pun takpe..
tapi saya lagi suka kalau suara awak yang jadi reminder..
sebab saya akan rasa diri ni berharga..
cewah!
dan bila awak takde, 
baru la terbit rasa rindu nak dengar awak bebel kat saya..
hehe..
saya ok je kalau awak banyak mulut..
saya tak nak rumah sunyi.. 
dan..
senang saya nak ajak berdebat..
sebab saya ni memang pantang sikit orang bersuara tentang sesuatu yang menarik..
dan, bila saya rasa saya nak menang, saya kena sediakan banyak dalil..
saya kena buat banyak rujukan..
secara tak langsung awak bantu saya belajar..
kan? kan?

eyh, awak bukan jenis yang banyak cakap?
takpe.. takpe..
maksud banyak mulut tu, bukan la untuk setiap perkara..
tapi pada perkara penting2 je..
saya ni banyak cakap tau..
kira storyteller la jugak..
dah kalau saya banyak cakap, awak pun banyak cakap..
sape pulak nak jadi tukang dengar, kan?

dan lagi..
saya ni degil..
kepala batu..
mak saya sendiri cakap macam tu..
jadi, saya harap awak bersabar dengan kerenah saya..
(remind awal2.. hehe)
awak jangan la marah saya..
jangan la tengking2 bila saya dah mencabar ego awak..
tapi, didiklah saya dengan berhemah..
saya ni hakikatnya insan yang lemah..
boleh je awak nak pujuk saya baik2..
sebab  Rasulullah saw dah tunjuk teladan yang baik untuk di contohi..
ala..
awak keluarkan je dalil2 yang bernas..
dr al-Quran dan sunnah..
insyaAllah, saya elok punya..
saje je sebenarnya tu..
nak test tahap kesabaran awak..
hehe..
jangan marah aa..

awak pandai masak tak?
bagus la kalau pandai..
boleh ajar saya masak..
bukan nak kata saya ni tak reti masak..
cuma, saya tak tau makanan pevret awak..
buatnya awak ni tekak Itali..
kat mana pulak saya  nak berguru nak masak segala pizza, spagetti, dan lain2 tu..
(nak sebut pun tak reti.. hehe..)
kalau setakat masak the ikan masins goreng berempah..
telur mata putih kuning..
sambals belacan power..
boleh la..
huhu..
jadi, make sure awak pandai masak tau..
nanti saya bertapa berguru dengan awak..
aww..
sweetnya..


awak mesti rajin kan?
sebab awak la yang akan jd role model untuk saya ikut..
dah klw suami rajin, isteri malas, nak jadi apa..
ye tak?
hehe..
sebenarnya kan..
saya ni tak pun berharap awak jodoh yang perfect untuk saya..
sbb saya pun belum tentu perfect untuk awak..
saya harap, awak boleh terima saya apa adanya..
terima family saya..
terima kekurangan dan kelemahan kami..
awak dan saya kena sama2 bantu orang2 di sekeliling saya..
sebab saya tak kuat..
saya perlukan awak untuk bimbing orang2 yang saya sayang..
mungkin awak pun ada cerita dan masalah awak tersendiri..
jadi,
di sinilah fungsi saya sebagai orang kanan awak..
ehem..
PA awak..
hehe..
kita sama2 usaha bawak Islam dan tunjukkan keindahan Islam pada masyarakat..
dengan baitul muslim yang di bina..
kita cuba ubah diri kita dan ubah orang2 di sekeliling kita..
boleh kan?
kita cuba sama-sama ea..
:)

saya pun, akan cuba jadi makmum yang terbaik untuk awak..
tak mau kasar2 dengan awak..
nak jadi bidadari awak yang menenangkan..
nak jadi matahari awak yang bantu awak dalam kegelapan..
nak jadi Qurratu 'Aini awak yang menyejukkan mata..
nak jadi tongkat awak bila awak hilang pedoman..
nak bantu awak dan diri saya sendiri untuk capai mardhotillah..

err.. 
saya tak tau nak tulis apa dah..
yang pastinya, saya tak tau awak siapa..
dan, hingga tiba saat pertemuan yang Allah dh rancang tu..
saya akan cuba berubah..
mengejar solehah..
sebab berangan nak jumpa awak..
jodoh yang soleh..
\(^_^)/

sekian..
wassalam..


hehe..
tu dia..
surat cinta buat dia yang AQ tak tau siapa..

ha..
nak tunjuk satu lagu ni..
sesuai la kan dengan tema..
:)


saat lafaz sakinah..
"saatku perlu melebihkan imamku, bukan bermakna ku bukan milikmu.. abah.."

wassalam..





 
err.. hehe.. ;p

No comments:

Post a Comment