Thursday, June 9, 2011

Dengar dengan Hati

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..

Dengar dengan Hati

Seorang guru bertanya kepada anak muridnya yang berusia tujuh tahun.

"Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?"


Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin: "Empat!"

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. "Mungkin dia tidak mendengar dengan baik," bisik guru itu.

Guru tersebut pun mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya mendengar dengan teliti.

Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama. 

"Empat, cikgu!"


Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian gurunya teringat bahawa muridnya itu menggemari buah strawberi, maka di ubah sedikit soalan itu.

"Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki?"

Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. "Tiga, cikgu!"

Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru itu berseri-seri. "Bagus. Tepat sekali jawapan kamu."

"Sekarang, kalau cikgu bagi kemu sebiji epal, sebiji epal dan sebiji lagi epal, berapa bijikah yang kamu dapat?"

Soalan awal di ulangi buat kali yang ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat.

Kali ini, guru itu sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan marah :

"Macam mana kamu dapat jawapan empat pulak ni?!"

Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab :

"Sebab saya dah ada sebiji epal dalam beg saya, cikgu."


:)

Pengajaran :
Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sekali-kali mendengar dengan satu jawapan yang sudah dijangka. Jadi, dengarlah dengan mata hati. Malah jika berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-duanya salah.

bagi AQ pulak, polosnya murid tu!
mengaku dalam beg dia ada epal..
kalau kita,
mungkin tak nak mengaku..
sebab apa?
sebab takut kawan-kawan kat sebelah mintak..
kan?
apa?
kalau kawan mintak boleh je nak bagi?
bagus, bagus..
anda memang pemurah..
i like!
:D

kopi dan salin dari SOLUSI edisi 32..
Bahana Hasad..

wassalam..





bagus cikgu tu..
dia tau makanan kegemaran murid dia..
:)

No comments:

Post a Comment