Saturday, December 4, 2010

Sanggupkah kita?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Ali Imran:14)

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang silam, Abdullah bin Abu Bakar r.a. baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Atikah binti Zaid. Atikah adalah seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, bijak dan berkedudukan tinggi. Tentu ini membuatkan Abdullah sangat mencintai isterinya yang amat sempurna menurut pandangan manusia itu.


Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar r.a. singgah ke rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama solat berjemaah di masjid. Namun, apabila terlihat anaknya sedang bermesraan bersama isterinya dengan lembut dan romantis, Abu Bakar membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid. Setelah selesai menunaikan solat, Abu Bakar r.a. sekali lagi melalui jalan di hadapan rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar r.a. apabila beliau melihat anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid tadi.

Kemudian Abu Bakar r.a. segera memanggil Abdullah.

Dia bertanya, "Wahai Abdullah, apakah kamu solat berjemaah?"

Tanpa berhujah panjang Abu Bakar r.a. berkata, "Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melupakan kamu dari solat fardu, ceraikanlah dia!" Demikian perintah Abu Bakar r.a. kepada Abdullah.

Suatu perintah ketika Abu Bakar r.a. mendapati anaknya melalaikan hak Allah. Ketika beliau mendapati Abdullah mulai sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau melihat Abdullah terpesona dengan keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juang beribadah semakin luntur.

Tanpa membuat dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus mengikuti perintah ayahnya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya.. subhanallah!

Pengajaran.
1. Betapa zaman dulu dan kini berbeza. Apabila si ayah menegur perbuatan anak, si anak terus menurut. tapi sekarang, bila ayah melarang bercouple (bukan suruh bercerai dengan isteri) tapi dah membantak-bentak. tunjuk protes sehinggakan sanggup bunuh diri. Sebagai lambang kesetiaan dengan pasangan. Allahurabbi..

2. Apabila kita mendapat yang kita suka, belum tentu ianya yang terbaik untuk kita. Allah bersabda,

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

salam selamanya Islam.

No comments:

Post a Comment