Thursday, December 9, 2010

Mari Jogging!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ceritera kami bersambung lagi..



Disebabkan kami semua dah dapat barang-barang isu, seluar loreng, kasut spike, kasut kawat, kasut sukan dan semua yang berkaitan, rasa teruja dan excited melebihi segalanya. Tanggal 16 Oktober 2010, alhamdulillah, ada la beberapa warga intake yg sanggup turun padang melawat makhluk-makhluk ciptaan Allah di Bukit Ekspo. Bunyi macam ADUN je kan..


Start dari pukul 7.30 pagi, warming up dulu sementara menunggu yang lain. Agak-agak badan pundah bersedia, kami meneruskan langkah menuju ke bukit ekspo. awal-awal memang semangat. tapi bila dah kat tengah, nak naik bukit, bertambah-tambah semangat nak berhenti rehat. mental kena kuat. selagi tak capai tempat matlamat, kami takkan menyerah. cewah! (insyaAllah)


Ha, gambar kat atas ni salah satu bukti kami agak penat la sangat. maut soghir namanya. tapi, aktiviti ni bukan lepas jogging. tapi lepas segala macam pt (physical training) yang kami dah buat. ni pun lepas buat sit up atau dalam bahasa inggeris di panggil bangkit tubi.


Ni pulak, gambar IC skuad kami. cuba bayangkan kalau kita boleh buat macam ni. hmm.. subhanallah.. andai manusia itu hebat, Pencipta kita pasti lebih hebat. kan? Allahurabbi..


Sebenarnya, budak-budak ni nak buat side roll (guling) tapi tempat awam kan, tak mau la buat. alasan je ni..


Yang ni pun salah satu pt yang kami kena buat. angkat kawan sendiri. ni pun dah dalam perjalanan balik ke food court


Jogging, jogging jugak. makan jangan lupa. kena tambah balik kalori yang dah terbakar tadi. :)


Bila sampai kolej, main bola tampar pulak. alhamdulillah. pastu, apa lagi, mari la kita berposing. tukang ambik gambar ok je.. :)


Tamat cerita untuk jogging 16 Oktober 2010. Sambung yang lain pulak..



Gambar ni, pada hari yang berbeza, hari yang berbeza. kalau tak silap, 17 haribulan. Kat gambar ni, (kalau nampak la) ada YO (Young Officer, Leftenan Muda) kat belakang tu. Sekali jogging dengan kami.

Sekadar gambar hiasan. :)


Jogging 8 Disember 2010. Sesi cooling down la ni. Kanak-kanak ribena jumpa taman permainan.


 What's on your mind?


"Mak, beshnyer! Esok ite datang shini lagi ea."


Model pagar.


Weeeee.... eh, eh.. gayat!


Agak-agak, siapa lagi berat?


Pohon beringin.. bla, bla, bla..
Aku nak kahwin anak raja..
lalalala~
(jodoh, pertemuan, ajal dan maut, Allah dah settlekn dah..)

Inilah kisah kami yang tak seberapa untuk diceritakan. bukan untuk bermegah, cuma nak simpan, jadikan kenangan sesama kami, warga INTAKE 32.

"Akal yang cerdas berada dalam badan yang sihat." (pepatah arab)

maaf andai terkasar bahasa, gambar tak cantik, ayat tak kena. saya insan biasa.. :)

wassalam.

No comments:

Post a Comment