Monday, September 5, 2011

Peristiwa di Chow Kit

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

post kali ni pendek je..
nak cerita pengalaman AQ masa jenjalan kat Chow Kit..
jalan waktu siang ok lagi kot..
bayangkan kalau berjalan pukul 2 pagi..
yeah!
tak tido la tu maknanya..


kejakunan melanda..
tu yang sampai ambik gambar nama jalan..
awal-awal cam tak percaya gak AQ dah jejakkan kaki kat kawasan hitam ni..


jalan-jalan ngan geng PERSADA..
carikan baju melayu untuk azam..
yela..
baru je lepas dapat gaji masa Kursus Induksi PERSADA 2011/2012 kat UPM..
belum lagi masuk elaun (claim pergi balik)..
memang sume shopping la kan..


sedang sibuk memilih baju..
tetiba AQ pun terpandang babak orang sibuk mencuba baju kebaya..
dan tetiba jugak AQ rasa cam nak snap pic mereka..
dan tetiba jugak la AQ perasan kerja-kerja spy AQ ni diperhatikan..
dan tetiba AQ rasa..
err..

"Aku nak ambik gambar ni buat kenangan kat chow Kit.. Boleh masuk blog. Ko jangan salah paham."

cover!

dan, bila balik je dari bersahur kat sebuah restoran.. (bayar confirm bukan guna duit sendiri)
AQ tersedar..
apa agaknya pandangan orang pada AQ lepas ni..
jalan kat tempat macam tu pagi-pagi buta..
jalan pulak membabitkan makhluk bernama lelaki..
dan lebih tepat lagi lelaki ajnabi..
gelak-gelak..
suka-suka..
padahal time tu sepatutnya qiam sebab tahajud atau buat perkara-perkara sunat lainnya..
baca al-Quran ke..
nak-nak pulak bulan puasa..

dan esoknya..
ada yang menyampaikan..
salah seorang dari mereka yang join aktiviti di chow kit tu komen..

"Tak sangka, dia tu sosial jugak ek."


hancur luluh hati nan sekeping ini..

mungkin sebab bertudung..
pakai handsock, pakai sarung kaki..
tak semena-mena jadi public figure..

ternyata..
niat tak menghalalkan cara..
AQ pergi pun sebab nak temankan kawan-kawan..
tak nak jadi kera sumbang..
tapi..
ini yang terjadi..
dan ternyata..
kita tak nak buat perkara fitnah..
tapi, bila berada dalam lingkungan yang boleh mendatangkan fitnah. itu dah cukup bahaya..

moral of the story..
.........................................................................

kita mampu mengubahnya..
insyaAllah..
wassalam..





syukur Allah masih sayang..

1 comment:

  1. terus istiqamah wahai sahabatku..
    insyaAllah..Allah akn sentiasa membantumu..:)

    ReplyDelete