Thursday, November 3, 2011

matlamat dan tujuan..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa tujuan hidup kita?
jadi insan berguna?
cemerlang dalam exam?
dapat kerja bagus?

capai langit?

ok..
tapii..
bila dah dapat semua tu..
kita nak buat apa?
just follow the flow?

teringat kata-kata pengerusi KRISMA sesi 2009/2010 dulu..
dia kata..

"hidup ni umpama pelayaran. dan dalam pelayaran menuju ke destinasi yang satu ni banyak perhentian.. perhentian waktu di sekolah, di matrik, di universiti, di alam pekerjaan dan lain-lain.. adat dalam pelayaran, bila kita singgah di mana-mana perhentian, kita pasti akan cuba dapatkan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan. dan hakikat destinasi pelayaran kita adalah redha Allah."


tu la matlamat hidup kita sebenarnya..
apa pun..
tak boleh jugak nak abaikan persinggahan-persinggahan yang ada..
itu bekal untuk perjalanan..
bayangkan kita berjalan tanpa ilmu..
berlayar kat lautan luas tanpa makanan ataupun kompas..
tak ke haru?

oleh yang demikian..
jom la kita ubah persepsi..
AQ pun 2 kali 5 jugak..
kadang-kadang fikir cukup sampai AQ nak ada ijazah..
sedangkan sebenarnya matlamat hidup kita lebih besar dari tu..

"Tidak dijadikan oleh Allah jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya."

wassalam..


No comments:

Post a Comment