Friday, June 17, 2011

Never say Never!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


penat..


kena lawan macam ni..



lebam-lebam dan berbungkus sampai jadi macam ni..


kena pulak kurangkan berat badan..


tak boleh makan..


kena banyak jogging..


dan exercise..


pernah rasa nak putus asa..


rasa dah tak tau nak buat macam mana lagi..


air mata pun dah tak segan silu nak keluar..


sedih.. malu pun ada..

tapi..
"Dalam mengejar kemenangan, jangan lupa kekalahan..
Dalam menggapai kehebatan, jangan dilupa kelemahan..
Dalam mengingat kekalahan dan kelemahan, jangan menyekat kemaraan.."
(Wahab Sulaimi)



jadi.. jangan cepat putus asa..

'Demi Allah yang Maha Esa, sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu, menitisnya air mata tatkala berasa rindu, menitis air mata tatkala berasa jauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan keranaku tetap yakin Allah menyatakan: wajiblah cintaKu kepada orang yang berkasih sayang kepadaKu.' -Assyahid Hassan Al-Banna-


Thursday, June 9, 2011

Dengar dengan Hati

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..

Dengar dengan Hati

Seorang guru bertanya kepada anak muridnya yang berusia tujuh tahun.

"Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat?"


Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin: "Empat!"

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga. "Mungkin dia tidak mendengar dengan baik," bisik guru itu.

Guru tersebut pun mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya mendengar dengan teliti.

Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama, dengan harapan jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang jawapan yang sama. 

"Empat, cikgu!"


Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian gurunya teringat bahawa muridnya itu menggemari buah strawberi, maka di ubah sedikit soalan itu.

"Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki?"

Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. "Tiga, cikgu!"

Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru itu berseri-seri. "Bagus. Tepat sekali jawapan kamu."

"Sekarang, kalau cikgu bagi kemu sebiji epal, sebiji epal dan sebiji lagi epal, berapa bijikah yang kamu dapat?"

Soalan awal di ulangi buat kali yang ketiga, namun jawapan yang diberikan tetap empat.

Kali ini, guru itu sudah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan marah :

"Macam mana kamu dapat jawapan empat pulak ni?!"

Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab :

"Sebab saya dah ada sebiji epal dalam beg saya, cikgu."


:)

Pengajaran :
Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza, tetapi jangan sekali-kali mendengar dengan satu jawapan yang sudah dijangka. Jadi, dengarlah dengan mata hati. Malah jika berbeza pendapat, tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-duanya salah.

bagi AQ pulak, polosnya murid tu!
mengaku dalam beg dia ada epal..
kalau kita,
mungkin tak nak mengaku..
sebab apa?
sebab takut kawan-kawan kat sebelah mintak..
kan?
apa?
kalau kawan mintak boleh je nak bagi?
bagus, bagus..
anda memang pemurah..
i like!
:D

kopi dan salin dari SOLUSI edisi 32..
Bahana Hasad..

wassalam..





bagus cikgu tu..
dia tau makanan kegemaran murid dia..
:)

Wednesday, June 8, 2011

Hutan memang TERBAIK! (sambungan terbaik dari hutan)

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

nak sambung cerita kami-kami di group camping..

masak lemang ye kak?


ni gambar khemah2 group lain..
macam-macam pesen..

untuk X-team pulak..
hmm..
The real Extreme..
hehe..
hari first masuk hutan..
macam-macam gadget kitorang buat..
ha.. kitorang diletakkan kat pulau..
jangan tak tau..
dalam hutan pun ada pulau..
keliling camp site kitorang sungai..
kitorang siap buat menara lg..
kiranya, sentri akan jaga kat atas tu la..
ada 3 unggun api..
best la waktu tu..
xde gambar la untuk camp ni..
sbb photographer xdtg melawat camp kitorang..

dan..
malam, lepas isyak..
AQ rasa mengantuk semacam..
tertidur atas sejadah..
mujur masin nak solat..
kena la pindah ke khemah atap bertam..
tiba-tiba,
hujan mencurah-curah..
lebat!
subhanallah..
waktu tu, baru AQ perasan yang masin tu pun tertidur kat tempat solat..

sambung tidur..
dan..
kitorang budak perempuan..
(err.. silap.. golongan perempuan yang seramai 3 orang ni..)
terus tidur kat khemah berbumbungkan bertam..
bawah dah confirm basah..
hujan still lagi menimpa muka..
bertam tu pun tak rapat sangat..

tapi..
layan je..
ngantuk punya pasal..
tetiba..

"Bangun!!"
"Gerilla datang!!"

"POM!!"
bunyi mercun..
pastu bunyi orang jalan meredah air..
kayu-kayu patah..

time ni,
memang semua dah menggigil..
sejuk + takut..


dekat setengah jam jugak la kitorang get ready..
gerilla tu tak muncul2..

tak lama pastu..
psshh!
terasa air kat muka..
(hujan dh berhenti time ni..)
gerilla dh makin dekat sebab bom air dyorang dah masuk dalam perimeter kitorang..
kiri kanan get ready..

"SERANGGG!!!"
dengar gerilla jerit..
waa!!!
rasa nak gugur jantung time tu..
Allah.. Allah..
tu je dalam fikiran..

bila diorang dah start serang..
bebudak lelaki terus datang dekat..
nak protect insan-insan lemah ni..
hadoii..

pastu,
dengar suara gerilla..
"Aku nak bendera korang!"
versi garau punya..

rupanya,
ada orang kat atas menara..
dan dia la yang pegang bendera tu..
gerilla tu tak perasan awalnya..
sebab terlindung dengan pokok..
bila dah dapat di kesan..
dia suruh turun..

"TURUN!"

masin rupanya..
dalam hati..
'tolongla turun masin oii.. kang pokok tu di tebang.. ko jugak jatuh tergolek..'
masa kumpul kat tengah khemah tu..
segala minyak, tepung, gula, diorang curah atas kepala..
dah macam kek!
pastu, diorang suruh kumpul kat tengah..
ok..
kitorang ikut je..
lelaki memang dah buat bulatan dah..
perempuan kat tengah..
woo..
time ni, memang terasa kegoyahan dari segi ikhtilat tu..
back! back!
sila belakang sikit ye..
jaga batas anda..

dengar suara masin kata "belakang sikit, belakang sikit.."
legaa..
perasan yang perantau, merangkap ketua kumpulan xde..
risau datang balik..

"mana perantau?"

"perantau kitorang dah bawak keluar!"
"aku nak bendera! aku nak bendera!"

di sebabkan semua senyap..
AQ pun apa lagi..

"mana boleh.. tu bendera kami.. kita tukar dengan benda lain.."

"ko nak tukar dengan apa?"

"duit! kitorang ada RM 10.."

"RM 10 buat apa?! Aku beli air pun tak cukup.. ahh! aku tak kira.. aku nak bendera korang!"

"tapi RM 10 je yang kami ada.. duit terakhir kami.."
cayalah..
kelentong je tu..

"kau diam! kau gigit ni! kau gigit!"

ada ke patut dia suruh AQ gigit saputangan kotor tu..
haishh..
layan je laa..

diorang suruh buat barisan pulak..
tanya lg, kat mana bendera..
sorry morry la nak bagi free..

diorang makin tak puas hati..
jumpa pulak telur..
ambik periuk..
campukan telur, sos, minyak, mihun, rempah nasi goreng..

"korang nak bagi ke tak bendera tu?"

"TAK!"

natijahnya, setiap orang kena siram dengan resipi baru tu..
hehe..
bau dh macam hape!

tak lama..
diorang bagi kitorang pilihan..
bagi bendera, dan X-team di bubarkan dan di hantar balik ke kumpulan asal..
eyh, mana boleh..
bendera tu amanah kami..
bincang punya bincang..
tawar punya tawar..
tetiba k.pah datang..
suruh kitorang kemas barang dan keluar dari pulau tu..
atas sebab2 yang tertentu la..
dan, biarlah rahsia..

bila tengok balik kawasan khemah tu..
satu buluh pun dah xde yang terpacak..
musnah lagi lingkup..
lampu ayam yang di bekalkan untuk group kitorang pn hancur..
fuh..
dahsyat kan?

bila dah kumpul,
katanya kitorang akan di tempatkan kat camp site baru..
waktu dah pukul 1 lebih dah..
last-last sekali, renjer (ketua gerilla, kenal benau suara dia..) call..
suruh bawak kitorang balik ke base camp..
kitorang di beri masa untuk mandi..
habis berminyak satu badan..
lepas tu, renjer (ketua gerilla) jamu kitorang dengan teh panas + roti + biskut..
yang paling best..
kitorang dapat bekalan makanan free..
sbb renjer pun tau makanan kitorang dah habis..
(walaupun sebenarnya masih berjaya di simpan dalam tanah..)
dapat meggie tuu..
and sayur-mayur..
dapat task kena masak tom yam..
layaann..
then,
cerita-cerita dan renjer bagitau peraturan sebenar war game ni..
seharusnya kitorang pertahankan perimeter sebelum gerilla tu tiba..
once diorang berjaya masuk, kita kena ikut ckp gerilla even diorang mintak bendera..

oOo..
baru tau..
patut la k.yuyan (faci) kata kitorang 1'1nya group yang tak bagi bendera..
hehe..
dan malam tu..
group kitorang je yang kena serang..
disebabkan bising sangat..
group-group lain semua tak tidur sampai pagi..
pakat-pakat duk sentri..
jaga-jaga mana la tau gerilla muncul kat tempat diorang pulak..
hehe..

awal pagi, pukul 7..
kitorang di bawa ke camp site baru..
dan..
di sebabkan tempat yang dekat dengan rumpun buluh yang besar..
walaupun jauh dari sungai..
gadget kali ni bukan calang-calang..
err..
macam riyak la pulak..
sorry..


kuyuh kata..
"kali ni, aku tak nak buat khemah untuk tidur.. tapi untuk berperang!"

tu dia..

dondeng.. tapi AQ panggil dendang.. dendang perantau.. hehe


2 tingkat ni..
hehe..
kukuh tak kukuh..
sampai 3 orang boleh beristirehat kat atas tu..

ha, lupa nak bagitau..
perantau cedera masa serangan malam tu..
6 jahitan kalau tak silap..
tu kira baru balik dari hospital la tu..
bertampal bawah mata..



aktiviti buat gadget la ni..


kesian karam..
kepenatan sentri..


ni pulak waktu urusetia datang untuk menilai..
yang tn.jobil pegang tu..
jag air and cawan..
hehe..

tibalah cerita waktu gerilla datang..
semalam, 6-7 orang..
malam ni..
lebih 30 orang..
masyaAllah..
memang dah sepakat..
malam ni tak mau tidur..
semua kena sentri..
dari pukul 10 lg kitorang dah bersiap siaga..
pukul 2, dah terdengar bunyi bising..
kalau ingat balik..
kelakar pun ada..
sebab dah ngantuk sangat..
tengah mencangkung pun boleh tergolek..
ada tu lagi sikit nak jatuh dalam unggun api..
hadoii..

gerilla sampai tempat kitorang,
dalam pukul 4..
masa nak masuk tu..
apa lagi..
baling bom air..
yang tak boleh blah, taktik tarik jerat mengena..
semangat je jerit..

"jerat sebelah kiri tu kosong lagi!"

"TARIK! TARIK!"

geng gerilla tanya, tarik apa?

"tarik nafas!!"
hahaha..

masin dengan lancai memang dah posing macam tarik sesuatu..
memang terbaik la..

bila dah berjaya masuk perimeter,
kitorang pun jadi pasif..
semua dia suruh buat, kitorang buat..

sebelum di 'kerjakan'..

yeah!
dikir, dikir barat siang malam!

angkat tangan! korang ni busuk sangat.. meh aku sembur febreze.. wangii..

ni cincai..
dari group sebelah..
pinjam la pic dia..
sebab kitorang pun kena lebih kurang je..

ha..
macam-macam lagi..
tapi pic ni je yang AQ rasa smart nak masukkan..
yang lain,
masih belum dapat lagi..
ni pun, copy dari fb..

esoknya, kitorang di keluarkan dengan jayanya..
debab n mak cik kafe, kena tangkap..
di bawa ke kubu gerilla..
alhamdulillah..
berjaya di selamatkan..

hari-hari terakhir kat kem hutan ni..
biasa je..
bersiap sedia untuk majlis penutup..
and,
AQ dapat tau kena ada 1 persembahan time VIP datang..
jadi, bersiapla dengan rangka persembahan..
lagu dalam entri Kronologi tu, dinyanyikan masa persembahan..
selang seli dengan sketsa..
xberlatih pun..
mana sempat..
semua busy..
ada wat para, anyam bertam, cari kayu..
last sekali, kumpul dalam 10 minit..
bentang jalan cerita..
dan malam tu..
berlakon..
Xteam dan tambah sekali hentai..
agak terkilan sebab xde yang rakam and ambil gambar..
xpe..
:)
semua tu tetap terpahat dalam hati..
insyaAllah..

kuyuh dapat anugerah rimbawan..
galah, rimbawan harapan..
laloq, rimbawati harapan..
:)

ni gambar yang AQ xtau nak letak mana..


kura-kura gembira..
:D

last but not least..
nak ucap terima kasih banyak-banyak pada faci dan urusetia..
jugak pada semua yang terlibat..
prof, Dr., Prof Madya, Kapten, Encik, staf..
yang memang confirm..
special thanks to..
semua peserta Kem Perhutanan batch 2011!
ilmu dan pengalaman yang memang xkan dapat di beli di kedai roti..
apatah lagi kedai perabot..

mintak maaf atas segala silap dan salah..
sory xturun sentri..
sory tak tolong masak..
sory terpukul..
sory terjerit..
sory tertidur..
sory menyusahkan..
dan segala jenis wrong doing yang telah AQ lakukan..
AQ pn manusia biasa..
:)


best kenal korang..
moga ukhwah antara kita terjalin keranaNya..
to my family kecik..
k.long, akhi, akak..
terima kasih atas segalanya..
kita jumpa sem depan!
(",)v

terimalah..


kenangan terindah..
lagu yang sama kita nyanyikan untuk dekan..
Prof. Datin Dr. Faridah Hanum binti Ibrahim..
:)

wassalam..





lepas ni kena wat report plak..
err..

ooppss.. Terjatuh Cinta la pulak..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

"..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


tu la..
Allah dah sebut dalam al-Quran..
tak mau dengar..
degil lagi..

punya la keras kepala..
sebelum ni kata tak suka..
i'm not that kind of girl la..
yang akan suka kat dia..
yang tak mungkin akan jatuh cinta kat dia..

iyola tu..

sebelum ni, kalau terjumpa kat mana-mana..
kadang-kadang langsung tak pandang..
kalau pandang pun..
sebelah mata je..
pernah la try nak dekat..
tapi..
haishh..
apa rapat-rapat aa??

pernah gak sahabat kenalkan dengan dia ni..
kira ta'aruf la..
walaupun sebelum ni pernah je jumpa..
tapi..
yela..
ego sebesar-sebesar alam..
di junjung tinggi..
elok la tu..
tapi..
demi tak mengecewakan sahabat..
AQ layan je la..
tapi lepas tu..
takde pape respond..
kesian kat dia..

hmm..

tapi lastly..
AQ rasa AQ dah jatuh hati..
yela..
hati ni kan Allah yang pegang..
Allah yang bolak-balikkan hati kita..
sekelip mata je..
di hantar rasa cinta tu untuk kita..
dan hasilnya, terjadilah entry kali ni..
AQ jatuh cinta..


yup!

dan dia la yang kini berada di hatiku..

 
dark chocolate!
hehe..

pembetulan..
bukan la bertakhta di hati or cinta yang macam kekasih tu..
just cinta pada makanan yang seriously AQ xberapa nak suka sebelum ni..
kalau beli pun..
lebih dari separuh bagi kat mak..
(bertuah punya anak.. dah tau mak kencing manis, bagi chocolate tu buat apa!)
hehe..

selain cerita pasal coklat ni..
nak sentuh la jugak..
jangan yakin sgt dengan apa yang kita suka sekarang ni..
sbb Allah boleh tukar dengan sekelip mata..

perancangan-perancangan yang kita rasa dah cukup terbaik..
tapi akhirnya tak seperti yang kita jangka..
jangan cepat putus asa..
sebab mungkin yang kita harapkan tu bukanlah yang terbaik untuk kita..

"Kita merancang.. Allah juga merancang.. tapi, perancangan Allah juga yang terpaling baik.."

dan..

"Yang baik selalunya mendahului yang terbaik.."

selain tu..
ni nak cerita pasal kebaikan coklat.. 
tapi AQ ambik point2 penting je..
kalau nak panjang lebar..
bukak kat sini ea..

http://www.sabah.edu.my/itsr005/3L%20web%202020/kebaikan.htm
1. coklat ni makanan berkhasiat.. sebab ada lemak, protein, karbohidrat, vitamin n mineral..
(lemak?? err..)

2. lemak koko dalam coklat bantu kurangkan kolestrol..
(haa.. i like!)

3. bahan anti kerosakan gigi..
sebab coklat ni cepat cair dalam mulut..
sape nak gigi cantik, xde plak, makan la coklat ea..

4. coklat makanan penuh tenaga..
selalu je bawak choki-choki masuk hutan..
betul la kot..

5. ha.. minuman koko kurang caffien compare dengan pepsi dan coca-cola, kopi, teh..

apa pun..
tak boleh la banyak sangat makan..
yang penting,
bersederhana..
 :)
 wassalam..




jatuh cinta dengan orang??
it's complicated!

Terbaik dari hutan

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ha..
tengok tajuk tu dah tau cerita pasal hutan..
jadi..
seperti yg telah dijanjikan..
cerita pasal Kem Perhutanan 2011..


ok..
kem ni sebenarnya kira adik-beradik dengan praktikal la..
sepupu sepapat dengan latihan industri..
dan wajib di hadiri oleh semua pelajar Fakulti Perhutanan..
tapi ex-dip Bintulu n UiTM Shah Alam dah xpayah pergi..
sbb nama pn ex-dip..
dyorg dh pergi kem hutan ni..

kem ni kat Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong..
tengah bandar..
tapi, serius..
sepanjang 2 minggu tu kitorg sume rasa duduk dalam hutan belantara..
padahal, dari camp site tu pun dh dengar bunyi anjing dari taman perumahan tepi hutan tu..
dekat je..

awal2, mcm biasa la..
kena bg handset kat urusetia..
makanan ringan pn..
dan..
secara lurus bendulnya..
semua jenis biskut, gula2, coklat, jajan..
masuk dlm beg plastik untuk di simpan..
faci duk check..
last2 sekali faci kata..
"korang pandai-pandai la simpan.. tu pun nak kena bagitau ke?"
haishhh..
awat x habaq awal2..


ni la tmpat masak kitorang.. 
masak by group..
n group ni dh d tentukan sebulan sebelum kem ni..
gabung student Bac. Sains Teknologi Kayu n Bac. Sains Perhutanan..
masak guna kayu api..
n masakan yang hampir setiap hari jd santapan kitorang adalah..
sardin..
kobis..
roti gardenia..
biskut lemak..
kurang masin, lebih minyak..
berani la komen..
memang sah kena cepuk guna sudip..
haha
kadang-kadang tak sempat masak..
jadi kitorang taram je roti dan biskut yang ada..
sampaikan en.bul-bul pernah berkata..
"kat rumah, jangan harap aku nk makan bahagian atas roti ni.. tapi kat sini, dh lapar, rasa sedap je.."
en.ayu pulak kata..
"apsal kat kem ni aku rasa sardin tu sedap ek?"
kat sini la AQ agak tertekan dengan en.lancai..
chef terhebat tu..
pastu bebel..
"perempuan, kalau tak pandai masak, suami lari baru padan muka!"
pastu sedap medap je tanya kat AQ..
"jujur la ea.. ko ni reti masak ke tak?"
cis!!!!!

basic dalam kem hutan..


GRENADE!!!!!
meniarap, letak tangan atas kepala..
dan..
pipi wajib cecah tanah..
xkesah la, dalam dewan, atas pasir tengah panas..
bila dengar je, kena buat..
best!
sbb xde yang terkecuali..
:)

banyak aktiviti n slot yg di isi sepanjang 2 minggu ni..
ada pasal survive dlm hutan..
yang bestnya..
staf2 PALAPES UPM yang d jemput..
jumpa la ajutan, encik..
staf zul, staf jaafar dll..
tunjuk contoh khemah, jerat..
cara masak dalam buluh or pangsuh..
memang best..
staf jaafar masak terbaik!

pastu, ada la slot2 lain..
sixth sense..
tengok burung..
ikatan tali..


cam menari pun ye gak.. hehe

 

jengkel, karam dgn konco-konconya..

gambar tengah tu, ktorg semua d bawa ke kawasan aktiviti rekriasi..
ada rock climbing..
dinding tinggi tu..
dan yang pastinya..
AQ tak join..
sedih..
AQ keluar.. 
balik UPM untuk buat medical chekup..
untuk PALAPES la..
xpe..
lain kali, insyaAllah ada lagi..
(tapi xtau bila.. )

seterusnya..
explorace..
compass matching..


doa mohon dijauhkan dari bahaya..
alhamdulillah..
semuanya berjalan lancar.. 
:)


ni masa on the way nak ke checkpoint 2..
kerja AQ..
check kedudukan..
tengok la kat tangan tu..
penuh..
peta..
GPS..
pen..
pembaris.. (dalam nama..)
dan yang pastinya..
ni gambar curi!


ni kat checkpoint 1..
gambar group AQ mana entah..

en.bul-bul

bul-bul dengan lancai.. posing je lebih..

The Tualang's Bees.. :)
ni dalam perjalanan nak ke checkpoint 2..
group members:
Ayu, Bul-Bul, Tokek, Lancai, Kerok, Laloq, Gum-Gum, Semutar, Debob, Semangka, and Aping..

Ready..
We are the Tualang's Bees,
We are the best!

Tualang's! Bees!
Tualang's! Bees!
Tualang's! Bees! Bees! Bees!

(ramai marah bila kitorang buat cheers.. sbb ramai yang kena inject dgn bees.. ada tu smpai 9 sengatan..)



berhenti makan kejap..
gambar atas tu, kitorang makan sardin..
yang bawah ni plak, makan biskut..
makanan biasa kitorang la kan..
:)

seterusnya..
nak cerita..
kitorang dapat merasa main PAINTBALL!
wee.. :D


marker..
penutup muka..
ni kelengkapan paintball..
kitorang xpakai suit tau..
just pakai pnutup muka je..
untuk AQ sendiri la kan..
first game, tak kena tembak..
pastu rasa geram..
sebab tak best la sebab kita xrasa kepuasan main paintball tu..
bila kena..
fuh..
lebam kot..


debab..
ayam tambatan kumpulan Longifolia Ants..
terbaik!

roti gardenia


ni time2 tak main..
duk luar jd tukang sorak..

cerita pulak pasal night walking..
batch kitorang cipta rekod..
password kena tukar 3 kali..
maunya tak..
ada 89 telinga..
dan 89 jenis pendengaran..
dari depan lain.. 
belakang plak lain..
tengah2 lagi la lain..
huhu..

jalan ramai-ramai..
lepas tu, kena tinggal sorang2..
AQ??
tidur la..
apa lagi..
agak rugi la..
sepatutnya waktu tu muhasabah diri..
tengok dn dengar..
ciptaan Ilahi..



ni dh last2 la..
time nk balik tu kena lalu selut..
memang terbaik la..
tengok la contoh2 di atas..

cerita yang di nanti-nantikan..
GROUP CAMPING..
minggu kedua..
tibalah masa setiap kumpulan d lepaskan ke hutan..
hidup by our own..
3 hari 2 malam..
sehari sebelum tu..
beberapa orang dari setiap kumpulan di keluarkan dan terciptanya group ke-9..
atau, X-team..
dan AQ antara yang terkeluar dr group Tualang's Bees tu..
malam tu plak..
ada serangan dari gerilla..
serius..
semua orang ketakutan..
AQ pn dh start menggigil..
walaupun muka still nk cover cool..
Allah..

setiap group, di beri duit sebanyak RM 2100..
(guna duit cina mati.. pernah tengok x?)
untuk beli makanan dan keperluan lain..
 urusetia yang jual..
sebab nk masuk hutan tu kitorang xboleh bawak pape selain 3 bilah parang dgn sepersalinan baju..
sabun ngan ubat gigi pn 1 je boleh bawak..
jadinya, kena la pandai-pandai bajet..
nak beli kuali, makanan..
fly sheet, mancis..
meggie, 5 bungkus RM 500..
memang xde kumpulan yg beli..
confirm!

ikat tocang..

aku kaya!
ni ragam group..
urusetia offer macam2 untuk tambah pendapatan..
contoh, ikat tocang, dapat RM 200..
yang en.tukang tu pulak,
RM 1000 klw xsilap..
lilit satu badan n make sure keluar nanti pun dengan rupa yang sama..
untuk X-team..
kitorang d offer..
klw dapat hasilkan cheers dalam masa 30 saat..
dapat RM 300..


group members:
Perantau, Karam, Masin, Dondeng, Kucak, Aril, Boros, Aping, Kuyuh, Sally, and Lancai..

wa sama lu,
lu sama wa,
kita bersatu,
kita berjaya!

we la weeiiyy..
we la weeiiyy la weeiiyy wa le wa..
iki iki gongga..
wassu wassu wasseeiiyy..

bla.. bla.. bla..
(AQ xingat.. hehe.. sebab ktorang punya cheers ni xditulis.. main ikut je..)

kalau semua nak tau..
X-team tetap no.1!
we la weeiiyy la weeiiyy wa le wa..

sebelum masuk hutan..


beg kena check..
sabun ada 2, 1 wajib kena rampas..
tu belum lagi lighter..
fire starter..
plak tu plak, kena bayar denda..
ikut la berapa banyak harta rampasan yang telah berjaya di rampas..

group X-team memang extreme..
setiap orang kena check..
dn kitorang la paling banyak seludup fire starter dgn lihgter.. 
huhu..
tu pn masih ada lg yg berjaya d sembunyikan.. 
;p


berangkat!

insyaAllah,
bersambung.. 
penat dah taip..

wassalam..





mau tidur.. mau tidur..