Saturday, April 30, 2011

AQ dan BUKU

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..

alhamdulillah.. pertama dan selamanya (suka ayat ni!)
bersyukur sebab masih lagi diberikan nikmat hidup..
dan, nikmat yang paling BESAR, nikmat iman dan Islam..
dan nak cerita sikit.. pasal..


nikmat buku dan nikmat suka baca buku!

waktu mak tengah mengandungkan AQ, mak kerja kat kilang buku..
jadi, banyak la bawak balik..
tapi, guna buat sampul telur (kira adik beradik ngan bunga telur) masa abang long n abang ngah kahwin..
jadi, buku-buku tu AQ xdapat la nak baca..
tinggal la beberapa buku untuk di gigit time baby..
dikoyak time umur 2-3 tahun..
diconteng time dah besar sikit.. (anak sedara pn ada share dalam aktiviti conteng-menconteng ni)
dihilangkan time dah start sekolah..(dah banyak buku la katakan)
dan bila dah sekolah menengah, time untuk KITA BAKOR JE!
sekarang ni, bila pergi mana-mana, n jumpa balik buku tu, histeria..
terjerit-jerit excited.. haih..
(baru-baru ni jumpa satu buku zaman kanak-kanak.. yang boleh keluarkan jari kat tengah buku tu.. pastu ada gambar kucing.. sekarang baru AQ tau buku tu sebenarnya sangat comel!)



start sekolah rendah..
mak selalu hadiahkan buku bila dapat no 1-3.. (no 1 tu macam tak pernah je)
jadi, dari situ la dah terdidik dengan sifat suka membaca..
teringat masa darjah satu dulu.. (kalau tak silap la. mungkin darjah 2)

 "nah, hadiah dapt no 2." mak kata.
"weee.. dapat buku!"
AQ pn baca tajuk buku tu dengan penuh ghairah, cepat, pantas, dan semangatnya..
"GELIGA SAKIT!"
abah duk bantai gelak.. 
huh? "kenapa bah?"
"baca la tajuk tu betul-betul. GELIGA SAKTI, bukan geliga sakit.. hahaha."
"%&$&#*@.."

tu zaman sekolah rendah la..
waktu ni, asal pergi kota je, mesti mintak mak belikan buku..
buku doraemon, buku doraemon, dan buku doraemon.. (hehe)

bila dah sekolah menengah, dah ada biasiswa..
bila matrik dah ada elaun..
memang heaven la..
ada satu ketika.. waktu balik cuti matrik..
keluar dengan mak..

"mak, nak beli tudung dengan baju, boleh?"
"tak!"
erk? "alaa.."
"baju dengan tudung berlambak kat rumah tu sape nak pakai?"
sob.. sob.. sob..
patah la hati~


bila melintas kedai buku.. (sebab kedai buku dekat-dekat dengan kedai baju)
"xpela tak boleh beli baju. beli buku boleh?"
"beli la"
speechless!
muka bercahaya..
mata bersinar..


hehe..

dan sekarang ni, bila dah betul-betul ada duit sendiri (plak), memang kerja tambah koleksi kat rak je..
(ayat macam dah kerja je. AQ belajar lagi ye..)
dan alhamdulillah.. genre yang baik la..
yang banyak bagi pengajaran..
pengajaran bukan untuk dunia je, tapi jugak untuk akhirat..
   
dan, nak kongsi sikit, mai la pakat pi beli novel-novel HLOVATE..
sebab novel dia bagus..
memang la cinta, tapi cinta yang.. yang.. yang sweet sangat-sangat!
berangan nak macam tu punya cinta.. 
:D

then, baca la novel-novel dan buku-buku HILAL ASYRAF..
pun best gak..
sebelum ni baca dah Sinergi..
semalam beli dah Takdir , Terasing dan Hero..

dan banyak la buku-buku lagi..
duit berhabis dengan buku..
its better than habis sebab belanja awek tengok wayang cerita momok..
its better than beli topup 30 ringgit untuk gayut dengan awek sepanjang hari..
its better than beli kasut walaupun masih ada kasut yang baru guna sekali..
ada la jugak pelaburan kita untuk akhirat kan.. (tengok jugak jenis buku tu)
dan,
AQ menyeru diri sendiri dan semua.
bila dah baca, amalkan..
baru la kena ngan pepatah arab..

"Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tak berbuah."

"Ilmu tanpa amal, ibarat awan tak mengandung hujan."

sia-sia je beli mahal-mahal..
sia-sia je baca buku tebal-tebal..
tapi langsung tak amal..
kan?

nak promote Pameran Buku Antarabangsa..
sekarang ni kat PWTC..
esok hari last..


"ya Allah, jangan Engkau tarik nikmat suka membacaku ini ya Allah, dan permudahkanlah hambaMu ini beramal dan berbakti dengan ilmu-ilmu dari buku-buku yang telah ku baca."
ameenn..

wassalam..







hari ni, insyaAllah pergi lagi.. :D

Thursday, April 28, 2011

Rehlah di Bukit Cerakah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
peace be upon you!

starting dah speaking London..
hehe..

cerita kali ni pasal aktiviti sem lepas..
memang kena gertak untuk buat program ni..
sambil-sambil nak tengok organisasi kami buat kerja..
wah, ORGANISASI tu..
xla hebat sangat..
cuma SANGAT HEBAT je..
Allah..
riyak tu contoh syirik tau!

rehlah ni untuk ahli-ahli Skuad Iqra'..
skuad Iqra' atau lebih selesa di gelar SQ ni adalah persatuan yang berusaha menggerakkan kerja-kerja dakwah untuk Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah yang best tu..
berusaha sama berganding bahu dengan Sekretariat Kebajikan, Kerohanian dan Perpaduan kolej..
(entah kenapa, buat kebelakangan ni sayu je bila cite pasal SQ)

ok.. back to topik sebenar..

ha, ni kira gambar promo..
30 oktober.. xnak macam dah berzaman plak kan?
biasa la..
AQ kan rajin (plak) nak update blog..

rehlah ni lebih kepada pembentukan ukhwah sesama kami la..
memang happening la waktu ni..
daripada tak kenal, boleh jadi kenal..
dah kenal, tambah jadi mesra..(Bob mesraaaa...)
bila dah mesra, boleh bukak macam-macam cerita..

apakah?
trademark sepanjang rehlah..
haih..


ni gambar tiga budak itam..
eyh, tiga bujang lapok..
err..
x..
tiga bujang trang tang tang..(yeke?)

ni pulak gaya-gaya orang lapar..
kesian..

banyak la sebenarnya gambar-gambar nk masukkan..
kira boleh je nak upload satu-satu..
lepas tu komen..
lepas tu semua orang boleh baca..
semua orang boleh cerna..
tapi.. (perasan tak post sebelum ni pun ada tapi jugak?)
tapi, xnak masukkan pun..

waktu ni memang sesi bergambar..
macam-macam pose ada..

kami ada 2 slot ceramah..(xla ceramah sangat. rostrum guna tunggul kayu je kot)
eyh, 3 la..
termasuk alumni KOSASS..
yang cerita pengalaman dia kat kolej..
yang cerita pengalaman dia time nak berbaitul muslim..
dengan awek kolej sebelah tu..
tu yang paling penting..
hehe..
ceramah yang lagi 2 tu, lebih kepada pembinaan diri la..
macam mana nk jadi pelajar yang baik.. (yeke? please forgive my short-term memory..)
ok, ingat dah!
ceramah tentang dakwah..
fungsi tarbiyah dan banyak lagi..
dan, (memang tak lengkap agaknya semua jenis program kalau tak cakap pasal) baitul muslim..

last sekali, tibalah waktu untuk aktiviti ala-ala fear factor..
berharap sangat roti berintikan sos cili+kopi 3 in 1+lada hitam tu jadi mimpi ngeri untuk sape-sape yang makan..
last-last sekali, habis 2 plastik roti tu sebab semua orang kelaparan (kebuluran)..
bila dah kepedasan, kena pulak paksa minum air HALIA.. jadi la camni..


agak sayang la sebab xsemua merasa air yang begitu tinggi kandungan.. err.. halianya.. hehe..

ni pun salah satu tarbiyah la kan..

kami kat tepi sawah..
nampak real kan?
tapi betul k.. memang kat tepi (1 petak) sawah..

ni gambar beramai-ramai..
dah edit..
jadi tak berapa nak clear la muka-mukanya..
Stay in unity and Islam will win!
semangat di situ..

gambar ni jugak yang AQ potong leklok, framekan, letak atas meja study..
:D


"Sesungguhnya, orang-orang mukmin itu bersaudara."
 ukhwah wa mahabbah fillah!
wassalam..








ekologi tadi memang best.. Allah..

kebuntuan..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

:D
tengok tajuk pun dah tau nak kata apa..
sekarang ni tengah BUNTU!
err.. bukan buntu nak pilih calon suami..
(tau la baru lepas cite sal kahwin)
bukan U-BUNTU..
apatah lagi cerita pasal bantu-membantu..

tapi buntu sebab buntu, tak tau nak study apa untk exam esok..
nota punya la tebal..
tapi..
tapi..
tapi kenapa bila nak study je, mesti sangap? (bahasa orang johor, maksudnya menguap)
kenapa masa nak study otak boleh menerawang fikir kerja-kerja lain?
boleh je kot kalau AQ betul-betul pulun..
tapi tu pun kalau BETUL-BETUL..
sekarang ni??

hmm, pernah dengar tak?
"Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan memasuki hati yang kotor lagi gelap."
bila hati kita ni kotor, penuh dosa, bukan kata ilmu, semua jenis ibadah pun rasa cam berat je nak buat..
nak rasa kemanisan dalam beribadah?
kirim salam!

jadinya, jomla kita muhasabah balik diri kita..
hati kita ni penuh dengan maksiat ataupun hikmat?
penuh dengan cahaya ataupun semedang kotor lagi gelap gelita..
kadang-kadang, kita tak sedar, dah terngumpat orang ni..
dah terkutuk orang dalam hati..
dah berburuk sangka dengan kawan baik sendiri..
dah teringat kat cik abang satu kelas untuk sem ni..
dan segala jenis maksiat kecik, besar, sedang, bujur, bulat, heksagon, prallelogram dan macam-macam saiz lagi..

ketahuilah..
"Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKU yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya." Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

Allah tu Maha pengampun..
pape pun, kena la selalu muhasabah diri..
iman memang ada turun naik..
tapi, bila sedar iman tu dah keluar alarm merah kelip-kelip (cam cite ultraman 2)
cepat-cepat la usaha untuk topup balik..
macam mana?
istighfar..
dekatkan diri dengan orang-orang yang boleh bimbing kita..
boleh ingatkan kita..

ni pun salah satu bentuk tarbiyah..
ujian Allah untuk uji keimanan kita..


hmm..
beratnya ujian ni.. (T_T)
maksudnya apa?
AQ pun manusia biasa..
tak lepas dari buat dosa..


wassalam..








ekologi hutan.. the study of home..
plant and organism..
biotik and abiotik..
subhanallah..

Wednesday, April 27, 2011

kahwin??

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt.. 




AQ tulis blog lagi..
excited cam muka mood atas tu..
:D

alhamdulillah, bertambah lagi satu hari.. umur makin tua..
tak sampai sebulan umur nak masuk 20..
selamat tinggal BELAS..
selamat datang PULUH..
(ikhlas tak ikhlas je bunyi tu)
teringat zaman sekolah dulu, selalu je cerita-cerita pasal kahwin..
tapi, memang confirm cakap tapi in term of main-main la..
mana ada nak serius..
kat matrik, langsung tak keluar topik sal kawin pun..
sebab time tu...... err...
memang tak nak cite..
tapi, sejak dah masuk U, pantang..
kejap-kejap pasal kahwin..
kejap-kejap baitul muslim..
ceramah pasal percintaan pun selalu je buat.. (selalu je join, hehe)
bila suruh tanya soalan, AQ mesti angkat tangan.. tanya sal perkahwinan..
haih..
wat kursus pra-perkahwinan siap..
(tapi tak dapat join walaupun dah bayar..hehe)

salah ke cerita pasal perkahwinan ni?
 YA!
ha, apasal pulak?
sebab kita kan masih belajar..
sebab kita pun masih di tanggung oleh PTPTN...
sebab tak sedia lagi..
sebab tak reti masak lagi..
sebab... sebab... sebab...
sebab saya couple ngan dia ni saja-saja je..
(sampainya hati..)

jadi, tak percaya la dengan janji Allah?

"Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mampukan mereka dengan kurniaNya, dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui." (An-Nur: 32)

Rasulullah saw pernah bersabda, dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a. "Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ramai je yang kahwin time belajar..
ok je tengok..
hidup normal je cam orang lain..
jangan tengok yang susah, cuba tengok yang senang..
ada je, cuma kadang-kadang kita yang tak nak terima hakikat..

tak reti masak?
adoi, apa guna mee maggie? apa guna biskut kering?
apa guna kedai mamak tepi jalan tu yang bukak sampai 24 jam?
seven eleven kan ada.. hehe
tambahan lagi, mak suh belajar masak tak nak! haih..

jadi, salah ke cerita pasal kahwin ni?
TAK!
jadi? apa masalahnya?
kenapa nak cakap orang yang cerita pasal kahwin ni gatal?
dah tak sabar nak kahwin?
biaw la..
sekurang-kurangnya dia dah fikir..
dah tau bila cinta tu kena yang halal..
dah tau kalau nak cinta halal kena KAHWIN..


ha, nak highlight kat sini,
KAHWIN BUKAN TUJUAN HIDUP.
kahwin tu jadi pelengkap fitrah, in orther nak memudahkan urusan ibadah dan capai redha Allah.. je..
jadi, xboleh la nak kata, "dah kawin, settle semua masalah.."
NO!
pinjam kata sape ntah kat facebook, "time lafaz aqad tu, secara zahirnya akan kata "aku terima nikahnya", tapi secara batinnya akan kata "aku terima segala dosa-dosanya (kalau aku tak bentuk isteri aku ni)""..

aik, apsal la pulak AQ ni..
kejap suruh kawin, tapi tiba-tiba cakap kahwin ni macam nak suh masukkan bara dalam mulut.. susah lagi menakutkan..
bukan nak takutkan, TAK!
cuma, nak bagi peringatan..
terutama pada diri sendiri..
nak kawin macam senang, tapi ada tanggungjawab yang besar tengah tunggu kita..
jadi, kena persiapkan diri..
jadi, kena betul-betul ready..
jadi, kena betul-betul pilih bakal suami..
nak pilih yang kaya ke?
yang handsome ke?
yang rajin??
carila yang beriman..
sebab yang beriman ni complete package..
orang beriman mesti pembersih, sebab kebersihan sebahagian daripada iman..
orang beriman mesti bertanggungjawab..

hehe.. :D
hm..
kalau nak suami soleh, kita kena jadi solehah dulu..
kalau nak suami yang jujur, kita kena jujur dulu..
kalau nak suami yang rajin, kita kena rajin dulu..
 baru la kena kan?
sweetnya!
wassalam.. :)




Tamadun Melayu bawa peranan dalam pembinaan Tamadun Malaysia.. ce fikir.. :)

Tuesday, April 26, 2011

contengan jalanan versi AQ

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani

assalamualaikum wbt..
(tarik nafas dalam-dalam)
rasa macam tak percaya yang AQ sanggup nak menulis.. ;p





baru beberapa minit lepas, khatam, hadam novel Contengan Jalanan by Hlovate..
kena ingatkan diri, walau macam mana best sekalipun novel 2, Hlovate still makhluk Allah, ilham pn dari Allah..
subhanallah.. Allah Maha Best!

contengan jalanan versi AQ..
xpernah pun menconteng kat atas jalan (yeke?)
xpun, mencari ilham di jalanan (yeke?)
tapi, disetiap perjalanan kita yang di atas jalan tu ada banyak cerita yang tersembunyi..
pernah selalu pergi pasar lambak kat tepi jalan kota tinggi tu..
macam-macam jenis orang ada..
jangan tengok orang yang beli, jangan tengok orang yang jual semata-mata..
ce tgk di sebalik 2..
kita fikir out of the KOTAK kejap..
kenapa pakcik ni nak meniaga?
nak bagi anak-anak makan, sekolah.
bayar yuran anak-anak..
kenapa makcik ni beli makanan?
sebab anak-anak kat rumah teringin nak makan sedap hari ni..

hmm..
tu cerita pasal mu'amalat..
cerita pulak pasal pengunjung setia yang selalu duduk betul-betul atas jalan..
peminta sedekah..
kadang-kadang AQ fikir gak, deme ni muda lagi.. boleh je nak kerja..
tapi...
tapi..
i've no answer.. serius xde..

Allah dah tentukan rezeki setiap orang, betul..
rezeki kat mana-mana pun boleh dapat, asal cari, betul..
jadi peminta sedekah pun kira usaha cari rezeki.. betul.. ke?

jadi, apa guna kita-kita ni nak usaha sungguh-sungguh kalau setakat "rezeki tu boleh dapat kat mana-mana"?
uhh.. persoalan ni biar jadi persoalan.. boleh tak?

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikanNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. sungguh Allah maha Mendengar, maha Mengetahui." (Al-Anfal:53)

tak ke ayat kat atas ni contoh jawapan??
kita boleh je ubah, contoh.. nak start meniaga kecil-kecilan..
xpun, belajar mnjahit.. boleh ambik upah..
xpun, buat kraf tangan.. boleh jual..
kena la ubah, baru Allah bagi ganjaran lebih untuk terus berubah.. 
betul? (angguk)

ok.. tu cerita pasar lambak..
(terbayang burger kurang pedas zaman kecik-kecik dulu, ayam percik, bla.. bla.. laksa)
contengan jalanan..
hmm..


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal." (Ali Imran:190)

jalanan 2 atas bumi Allah kan?
jadi, tak hairanla kat jalanan tu pun ada pengajaran.. kan?
terbuka mata AQ kali ni..
harap-harap hati pun ikut terbuka nak terima semuanya dengan gaya, dengan cara yang paling smooth..
kalau susah pun, adatla kan.. mana ada yang senang dalam dunia ni..
lagi-lagi pulak hidayah Allah..
kena mintak sungguh-sungguh apa..

kena mintak sungguh-sungguh..





kredit pada 3 hamba Allah yang entah kenapa contact AQ ari ni.. hmm..