Sunday, November 6, 2011

the ABANG LONG..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

ABANG LONG..
yang best..
ahak!

seseorang yang AQ tau caring giler..
tapi xnak tunjuk..
or xreti tunjuk..
or memang xsuka menunjuk..
or belum nak tunjuk..
err..
bape banyak tunjuk daa..

cerita bermula bilaa..

"abang long, insyaAllah petang ni kita gerak balik. err.. naik motor tau!"

"balik la.. suka hati.. hati-hati bawak motor tu.."

bukannya saja-saja dia bagi AQ bawak motor..
bukan dia xrisau..
tapi..
reason di sebalik adalah..
dia tau AQ suka naik motor..
dan dia tau AQ suka benda-benda mencabar ni..
jadi..
dia pun bagi kebenaran AQ balik naik motor..
best kan abang long??

sampai kat rumah..
qimy bukak pintu..
tapi samapi kat depan pintu,
abang long yang hulurkan tangan untuk AQ salam dulu..
wah..
tacingnya.. tacingnya!
best kan abang long?

sampai kat dalam rumah,
lepas menguruskan diri (nampak no tak terurus time tu.)..
pegi makan..
tau abang long buat apa?
dia goreng mee siput yang sikit tu..


tadaa!!

sebab AQ suka sangat makan mee ni..
(oke, bab ni AQ perasan.. entah2 abang long masak untuk dia.. tapi, wonder jugak la.. kenapa tak awal-awal lagi dia masak.. nape mesti time AQ baru sampai? hehe..)
makan pulak dengan sambal tumis made by abang long..
haa..
korang-korang..
abang long saya pandai (TERER!!!) masak..
AQ memang awal-awal lagi dah kalah tak kira kat abad mana sekalipun..
huhu..

teringat satu ketika tu..
kak long beli sayur bendi..
AQ pulak time tu teruja..

"wa! dah lama tak makan.. kat U susah nak cari.. dah la peveret.."

dan beberapa hari lepas tu,
abang long yang beli lauk..
tengok-tengok ada sayur bendi tu..
terharu.. terharu..
best kan abang long??

ni baru sebahagian kecik..
belum lagi cerita yang dia sanggup ambik AQ kat stesen bas Batu Pahat pukul 10.30 malam..
(abang long selalu tidur awal sebab dia kena start masak kat kedai dia pukul 3 pagi and perjalanan dari rumah ke bt. pahat 40 minit..)
belum lagi cerita pasal dia sanggup hantar AQ pegi stesen bas yang sama pukul 7.40 petang dalam keadaan AQ baru je balik dr program seminggu kat jengka tak sampai 30 minit sebelumya..
(haa, ce fikir.. hoho..)
belum lagi cerita pasal dia sanggup hantar AQ pegi stesen bas Muar bila dia hantar AQ kat stesen bas Bt.Pahat and time tu tiket dah ILEK!
(muar-batu pahat jauh oke..)

orang ketiga selepas Mak dan Abah yang AQ rasa AQ banyak hutang budi adalah abang long..
yang sekarang,
dalam setiap surat, borang, dan apa saja yang kena isi nama waris, penjaga atau yang sewaktu dengannya..
akan AQ isi dengan OSMARA BIN SALLEH..

kalau tak AQ, sape lagi nak puji abang sendiri..
tak gitu?
mak pun selalu puji abang long..

"mak, adik pun rasa yang sama.."

:)

sekali lagi..
terima kasih ya Allah atas nikmat yang telah Engkau berikan ini..
terima kasih atas abang long yang best ni..
 semoga dia sentiasa berada dalam rahmatMu..
murahkan rezekinya..
rahmati hidupnya serta keluarganya..
kurniakanlah kami hidayahMu yang berterusan..

wassalam..

kampung oh kampung!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

cuti pertengahan semester yang seminggu tu..
dah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kePALAPESan..
tak dapat nak balik kampung..
dan..
cuti raya haji yang 3 hari je ni..
tak AQ lepaskn peluang untuk pulang..
hoho..
pulang..

sekadar gambar hiasan..
mana ada AQ duk kat bendang..

setelah menempuh perjalanan..
start dr kul 2 sampai kul 8..
fuh..
sakit pinggang den..
dah ala-ala perjalanan dari KL ke terengganu dah..
adat la kan..
anak muda pulang ke desa..
cam anak bujang pun ada gak..(eyh, AQ memang bujang pn.. belum kawin kan?)
merempit naik motor..

 sepanjang perjalanan, teruja beb..
kebanyakan motor yang motong..
plat JLJ, JMN, JNB, JND, dan segala jenis J lg la..
wah!
rasa cam konvoi ramai-ramai plak..
tapi tak kurang jgak yang pandang belakang semula..
pelik ke apa tengok perempuan balik kampung bawak motor..
hmm...

back to story..
bila dh kat kampung..
AQ rasa cam tanak balik U dah..
kenapa?

pertama:
jumpa sanak sedara..
hoho..
sape sedaranya?
abang long, kak long, lili, qimy, adik..
ok la kan?
hehe..


kedua:
aman, tenang, dan bahagia..
kat sini mana ada fikir nak pergi meeting sampai pukul 1 pagi..
mana ada nak fikir nak pilih pegi training silat gayong, silat SQ, silat sukan atau hoki.. (ceh, macam banyak je AQ masuk..)
mana ada fikir nak gosok baju kaler apa untuk pegi kelas..
mana ada fikir assignment (padahal berlambak kat bilik) 2..
mana ada fikir nak cari orang untuk pegi mana-mana program ad hoc..
mana ada..
mana ada..
tak ke bahagia macam tu??

ketiga:
alhamdulillah banyak2!
sebab apa??
AQ boleh makan puas-puas, banyak-banyak secara FREE!!
lalalalalala~




keempat:
adoi la.. balik je dah 6 jam..
balik ke U nanti mesti 6 jam lagi..
masyaAllah..
malas..

hoho..
kira rasa bersyukur sangat la kan sebab masih ada kampung yang..
err..
boleh la nak panggil kampung dengan erti kata yang sebenar-benarnya..
oye!

banyak pic gumbira je dalam post kali ni..
harus laa kan..
terima kasih ya Allah atas nikmat yang telah Engkau berikan..

wassalam..

Friday, November 4, 2011

ahli baru..

 dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

elaun baru masuk..
hasil usaha dan titik peluh sendiri..
jadi..
memuaskan nafsu..
hahahahahahaahhahahahahahahaha...
(err..)



tak reti guna pn.. =_="


disebabkan yang lama habis kena gigit dengan en.tikus..
terpaksa la beli baru.. hoho..
terpaksa la sangat..


yang ni dah agak lama..
tapi xkira!
nak cite jugak..

:)

"Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak bersyukur dengan yang banyak."

ni??
lebih daripada banyak..
terima kasih ya Allah..

wassalam..

Say NO to GAGAL!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

selalu je kita di bayangi dengan kegagalan..
buat ni silap, buat ni salah..
dan yang terkeluar dari mulut..

"cannot go.."

"apa yang aku dah buat ni!!!"

"alamak eyh.. tak de harapan sudaa.."

kegagalan ni kan ujian..
ujian nak uji sejauh mana kuatnya iman kita dalam kesusahan..
tapi tak lupa juga ujian kejayaan..
nak uji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang Allah dh beri..

kegagalan bukan bermakna pengakhiran sebuah kehidupan..

"Kegagalan sebenar adalah apabila kita gagal memiliki syurga. Oleh itu, usahlah berasa lemah dengan kegagalan-kegagalan kecil di dunia ini dalam usaha kita untuk mencapai syurga."
(jumpa kat fb)

dari kegagalan ni la kita kena usaha bangkit..
"Kejayaan di ukur bukanlah dengan berapa kali kita jatuh, tapi dengan berapa kali kita mampu bangun kembali."

jadi.. 
marilah kita UP kan semula moral yang lip lap lip lap alarm merah ni..

ketahuilah..

"Kegagalan itu adalah kejayaan yang ditangguhkan."


jom bersangka baik dengan Allah..
peringatan terutamanya buat diri sendiri..
yelaa.. 
spesis je klw nk di ikutkan..
moral down sentiasa..
terima kasih buat dia..
kalau dia tak cerita, mungkin AQ pun lupa..
:)

wassalam..

Thursday, November 3, 2011

matlamat dan tujuan..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa tujuan hidup kita?
jadi insan berguna?
cemerlang dalam exam?
dapat kerja bagus?

capai langit?

ok..
tapii..
bila dah dapat semua tu..
kita nak buat apa?
just follow the flow?

teringat kata-kata pengerusi KRISMA sesi 2009/2010 dulu..
dia kata..

"hidup ni umpama pelayaran. dan dalam pelayaran menuju ke destinasi yang satu ni banyak perhentian.. perhentian waktu di sekolah, di matrik, di universiti, di alam pekerjaan dan lain-lain.. adat dalam pelayaran, bila kita singgah di mana-mana perhentian, kita pasti akan cuba dapatkan bekalan yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan. dan hakikat destinasi pelayaran kita adalah redha Allah."


tu la matlamat hidup kita sebenarnya..
apa pun..
tak boleh jugak nak abaikan persinggahan-persinggahan yang ada..
itu bekal untuk perjalanan..
bayangkan kita berjalan tanpa ilmu..
berlayar kat lautan luas tanpa makanan ataupun kompas..
tak ke haru?

oleh yang demikian..
jom la kita ubah persepsi..
AQ pun 2 kali 5 jugak..
kadang-kadang fikir cukup sampai AQ nak ada ijazah..
sedangkan sebenarnya matlamat hidup kita lebih besar dari tu..

"Tidak dijadikan oleh Allah jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaNya."

wassalam..


the 3rd November..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


besar punya hadiah..
untuk siapa?

buat insan yang telah melahirkan diri ini..

Hjh. Asma binti Abdul Rahman..
semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat..
dan kuburmu adalah salah satu dari taman-taman syurga dan dijauhkan dari menjadi bilik-bilik dari api neraka..

n_n

wassalam..

Wednesday, November 2, 2011

bila emo di kepala..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

teruja AQ bila berada dalam satu situasi..

Salmi (bukan nama sebenar) pernah bercouple dengan Alif (pun bukan nama sebenar)..
di takdirkan percouplean mereka tak panjang..
dalam beberapa bulan je la..
dan AQ rasa,
dyorang putus ni pun dalam situasi yang si Salmi ni masih suka kat Alif..
(jangan sesekali tanya kenapa dyorang putus.. AQ tak tau..)

dan setelah 8 bulan berlalu..
Salmi telah di letakkan di bawah satu kumpulan dengan Alif..
AQ rasa la..
kalau kumpulan tu untuk satu sem je tak pe..
ni untuk 2 tahun..
Salmi ni cam tak rela nak melepaskan Alif..
tengok muka Alif pun rasa sayu je..
bila berada dalam kumpulan tu,
Salmi akan jadi someone yang.. err.. pendiam..
pasif..
AQ pelik gak..
bila tanya kenapa, dia jawab..

"sebab ada dia.."

tiba-tiba..
nak dijadikan cerita..
ada satu program selama seminggu..
dan kami (AQ pn satu kumpulan ngan Salmi n Alif ni..) telah diagih2kan kerja mengikut kumpulan..
dan entah macam mana..
Salmi datang jumpa AQ and cakap..

"deeja, dia dah ada pengganti.."

mesti dia duk usha Alif je sampaikan dia tahu..
tak ke??

hailaa..
dan start dari tu..
dia duk cerita bukan kat AQ je..
tapi kat kawan2 yang lain..

bila ada kawan2 yang bergurau, saje nak kenakan dia..
dia..
teka la dia buat apa..
di lari sambil menangis dan tinggalkan kumpulan tu balik bilik..
??

tau tak sebab apa kawan2 kenakan dia..
sebab meluat..
ni bukan AQ kata..
tapi dak2 ni yang kata..
AQ??
mesti ada sebab benda ni jadi macam ni..

solusinya..

NEVER ASSUME. ASK!

jom pi jumpa dia..
:)

wassalam..

AQ mampu..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

pulangnya dari Kem Motivasi Guru Tadika Pasti Comel..
dan latihan berterusan PALAPES UPM..
memang terbaik..
macam-macam yang AQ dapat sama ada secara officially ataupun tak sengaja..

teori 2 hari AQ rasa sangat-sangat tak mencukupi kalau nak compare dengan praktikal 6 hari seterusnya..
tapi, apa boleh buat..
semua orang boleh je cakap tak layak..
cakap tak mampu..
tapi nak tunggu layak, nak tunggu mampu tu..
hmm..
memang tak la kan nak cakap..

"saya volunteer untuk di uji!"


tapi..
bila kita ingat semula perjanjian kita dengan Allah..
dalam kalimah syahadah tu..
dakwah tu still kena pikul..
NO MATTER WHAT!
 
Islam bukan untuk diri sendiri..
tapi untuk semua..
 
ujian tu walau pun perit untuk di telan..
tapi alhamdulillah..
telah berjaya di hadapi..
walaupun dipenuhi dengan air mata..
mungkin tidak menghasilkan keputusan yang terbaik..
tapi AQ dah cuba yang terbaik..

usaha dakwah ni..
bukannya kita nak mengharapkan orang berubah on the spot..
tapi..
usaha kita yang tak putus asa untuk mengajak mereka ke arah kebaikan..

"siapa kata nak bagi orang faham tu senang? nak menembak tepat ke target perlukan strategi, nak tangkap keli mesti cuba ulang-ulang kali.."

wassalam..