Sunday, May 22, 2011

silap menilai..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,baru je balik dari Kem Perhutanan 2011..
bertapa dalam Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong selama 2 minggu..
best!
insyaAllah, lain kali kita cerita..
X-Team..

apa yang anda-anda rasa bila ada orang judge diri kita dan penilaian dia tu ternyata SILAP!
yup..
silap..
sedih kot..

semua orang ada hak untuk menilai..
tapi,
bila diri sendiri yang lebih memahami ni nak perbetulkan penilaian tu,
tolong la terima..
kadang-kadang penilaian tu silap..
dan kalau tak diperbetulkan,
tak ke akhirnya nanti bawak bad-impression terhadap seseorang tu..
kan?

jadi..
sama-sama la kita menilai seseorang itu dengan pandangan iman..
:D






insyaAllah, esok join ROTU UM..


Saturday, May 7, 2011

Check It Out!

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..



waktu untuk semak semua benda!

segala jenis baju :
baju kurung? check!
baju t-shirt? check!
seluar? siap!
tudung? tinggal sikit untuk bawak balik.. ok!

buku :
buku-buku lama? hari tu dah bawak balik separuh..
sampaikan nak angkat beg pun tak larat..
buku-buku baru? tadi dah masuk beg..
buku orang nak pinjam? ada atas meja..
buku orang pinjam belum pulang? err.. insyaAllah esok..
buku sem lepas? semalam lagi dah masuk kotak!
buku sem ni? spesis dengan buku sem lepas jugak.. 
kotak dah tak muat nak isi barang lagi..
buku untuk sem-sem depan? dalam plastik..
(tq to k.fiza sebab wakafkan buku dia untuk AQ..)
:D
fail proposal? err.. KIV dulu boleh?
risalah SQ? pun dah masuk kotak..
tu sem depan punya cerita.. (sayu..)

barang-barang ROTU :
baju loreng? settle!
kasut spike? err.. nak bawak tak masuk kem hutan nanti??
hold dulu..
kasut kawad? dalam kotak..
kasut PO? pun dalam kotak..
kasut PT? belum basuh.. (hehe..)
ada kat rak luar..
(bila la nak basuhnya mak cik oii?)
barang-barang lain? dalam kotak biru belang-belang..
ada yang tertinggal? buat masa ni xde..
hah!
gates!
buat ikat langsir..
esok ambik!

printer? dalam kotak..
kotak dalam beg..
sumbat je!
baldi dan tong sampah? kena KIV jugak..
bantal? nak tinggal je boleh tak?
(agak-agak sem depan boleh wat cerita tidur berbantal lengan.. kan?)
selimut? masuk sekali beg baju..
cawan dan pinggan? bukan dah hilang ke?
erk?
takpe..
botol air besaw ni? esok buang!
laptop? kejap lagi simpan..

dah habis ke?


ha..
hari ni ada mengumpat tak? err..
kutuk orang?
cukup solat tak?
solat awal waktu ke?
ada hutang?
sakitkan hati orang?
tolong orang?
bersangka baik?
tadi ada orang merajuk dengan AQ ke?
(speechless..)

err..
ni nak buat checklist untuk balik ke atau nak buat mutaba'ah amal?
dua-dua kena buat!
baik!

wallahua'lam..
wassalam..





bila laptop masuk beg..
4 bulan la cuti dari update blog..
may Allah bless us.. salam ukhwah, salam mahabbah fillah..
:D

Friday, May 6, 2011

Sekolah Alam Berbicara..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

"Bicara bukanlah untuk didengar..
tetapi untuk dirasa..
dihayati..
oleh hati yang mahu mengerti.."


ni gambar masa pergi hutan kerangas kat Taman Negara Rompin-Endau..
tersangatlah banyaknya pokok Periuk Kera ni..
dan..
pokok Cina Maki..
sangat cantik..
:)

nak kongsi la sikit..
tadi, duk baca novel Rooftop Rant by Hlovate..
(memang tengah hadam novel ni.. orang dah habis exam la katakan..)
then, terbaca tentang kecantikan pantai..
emm..
baru perasan dah lama sangat tak pergi pantai..
last pergi.. err..
entah..
tak ingat..
pastu, berkira-kira la nak ala-ala backpacking pergi mana-mana pantai yang TERdekat..
(dah confirm la kat tengah-tengah serdang ni takde pantai kan..)
tengah fikir-fikir..
tetiba..

heyya Asma Qhadeeja..
nak perhatikan ciptaan Allah, bukan pantai je..
lagi berapa hari nak pergi bertapa dalam hutan..
cuba la ambik iktibar dari situ..

kesedaran melanda..
hehe..

disebabkan AQ ni budak forestry..
rasa bertuah sangat sebab dapat nak dekatkan diri dengan hutan..
dengan ciptaan Allah yang.. err..
SANGAT TERBAIK!
memang la kan..
pokok yang sebesar 2-3 pemeluk tu mana ada tumbuh dalam masa sekelip mata..
daun yang berlekuk-lekuk tu pun bukannya kita yang lukis, yang potong..
Allah dah ciptakan ikut significant yang tertentu..
hmm..
honestly..
kalau AQ tak ambik forestry science ni..
mesti la sampai sekarang AQ tau, hutan tu pokok..
pokok tu daunnya hijau..
just that..
tapi, hutan ni bukan setakat tu je..
kat sini la baru kita generate otak untuk berfikir..

kenapa kadang-kadang kita tengok kanopi pokok kat hutan tu colourful?
(nampak je hijau, tapi tengok betul-betul ada je warna kuning, hijau cair, coklat..)
kenapa ada pokok sangat-sangat tinggi?
dan kenapa ada pokok yang melata kat bumi je?
kenapa ada pokok besar 3 pemeluk, tadi daun kecik cam daun teh?
kenapa?
dan KENAPA?


sebenarnya..
alam ni dah bersedia untuk jadi sekolah untuk kita..
untuk kita kaji..
as laboratory pun ye gak..
macam-macam benda kita boleh jumpa..
ni baru cerita pasal hutan..
belum lagi pasal pantai..
pasal kolam..
pasal tanah..
dan banyak lagi yang boleh kita gelar dia as ALAM..
alam yang Allah cipta untuk kita-kita guna..
untuk kita-kita manfaatkan..
untuk kita-kita tadbir dengan baik..
sebab kita-kita ni Allah cipta as khalifah di atas muka bumi ni..


gambar ni pulak masa kat Taman Herba, Gopeng, Perak..


ha.. ni gambar paling special..
mungkin anda-anda dah biasa tengok..
tapi, untuk seorang Asma Qhadeeja..
benda ni pelik, ok..
biasa tengok pokok-pokok pisang yang mak tanam kat tepi rumah..
jantung dan buah pisang mesti ke bawah..
yang ni pulak..
jantung straight ke atas..
subhanallah..
ciptaan Allah memang hebat..
see..
bila alam berbicara..

lagi..
pokok-pokok ni, terutamanya herba, bagus untuk kesihatan..
tak payah la nak senaraikan segala Legundi, Terung Pipit or Panah Arjuna sekalipun..
(ni nama herba tau.. bukan tajuk filem..)
yang simple-simple macam Tongkat Ali dan Kacip Fatimah tu pun dah memang terbukti berkesan dalam dunia perubatan..
kan?

"For Men of Understanding. In the heavens and the earth there are certainly signs for the believers. And in your creation and all the creatures. He has scattered about there are signs for people with certainly." (Al-Jasiyah: 3-4)

wallahua'lam..
wassalam..






kita da'ie..
walaupun dalam hutan..
tq to k.Fazirah sebab ingatkan.. 
:)

Thursday, May 5, 2011

Keterharuan Melanda..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..


ni ke contoh muka terharu?
boleh je la..

ha, nak cerita..
sekarang ni memang tengah duk tersenyum..
terkedu..
termangu..
dan terharu..
kenapa??
sebab ada sorang sahabat ni update blog dia khas untuk AQ..
(bab-bab paksaan ni memang best! tapi AQ tak paksa anda-anda baca blog ni k..)
hehe..

dia pun dah lama tak update..
jadi, apa salahnya AQ tolong paksakan dia sign in semula blog purple dia..
kan?
ribuan terima kasih khas untuk ko, dear..
:D

nak kopi dan pasta apa yang dia tulis..
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaanya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Kedua orang saudara itu umpama dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
(nampaknya bentuk-bentuk "♥" dah mencemar duli dalam blog ni.. dari mana la ko dapat, dear?)
dan..
sebagai hantaran (serangan) balas.. 
"Saat kau gelap
Akan ku bukakan cahaya
Saat kau tenggelam
Aku adalah pelampungmu
Kerana keimanan itu
adalah dasar hubungan kita
Maka aku tidak peduli apa-apa
melainkan memenuhi
tanggungjawabku kepadaNya."

"Kalau benar sahabat
Biar berpimpin tangan merentas syurga
Bukan menjadi pengkhianat
Melempar sahabat ke neraka
Maka jadilah pelindung
Yang melindungi sahabatnya dari azab seksa."
(yang ni pulak, AQ kopi pasta dari novel Sinergi by Hilal Asyraf)


bila dah bukak cerita pasal sahabat ni..
teringat pulak pada seseorang..
seseorang yang agak rapat gak la dengan AQ time sekolah dulu..
sekarang??
entah..
mungkin dia tak terasing di dunia dia..
dan AQ tak terasing di dunia AQ..
tapi..
kami terasing antara satu sama lain..
tak kisah la..
mungkin ada hikmah..
lagipun, mana ada persahabatan antara lelaki dan perempuan, kan?
apa pun..
semoga yang terbaik untuk dia dan semua..

"Atas dasar satu aqidah, AQ mencintaimu fillah."

wallahua'lam..
wassalam..
 







bila kita asyik sangat teringat pada yang bukan mahram..
ketahuilah, itu dosa..
dan, dia yang kita fikirkan juga ada share sama..
kalau betul kita sayang dia..
lupakanlah..
mesti kita tak nak diri kita dan orang yang kita sayang di seksa di neraka..
kan?
may Allah bless us.. :)

B.E.L.I.E.V.E.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

entry kali ni, nak cerita pasal..
KEPERCAYAAN..


sejauh mana anda percaya tentang kewujudan hantu?
sejauh mana anda percaya tentang teori evolusi?
sejauh mana anda percaya yang mak anda akan masakkan makanan kegemaran anda time pulang bercuti nanti?
sejauh mana anda percaya yang anda boleh berjaya?
sejauh mana??
adakah sejauh pejalanan BERJALAN KAKI dari Malaysia ke Thailand?
atau sejauh perjalanan anda MENGAYUH PERAHU dari Bumi ke Pluto?
err.. 
adakah AQ dah start mengarut?

ok..
cukup la persoalan tu..
kembali ke topik asal..
tentang kepercayaan..
sejauh mana kita percaya kepada orang-orang di bawah pimpinan kita untuk melakukan tugas-tugas mereka?

ni la sebenarnya yang jadi masalah..
semua kerja kita nak buat..
nampak macam bersungguh-sungguh, berhempas pulas nak siapkan sesuatu kerja..
dan yang pastinya, sanggup menyusahkan diri sendiri..
walaupun busy sampai takde masa untuk rehat..
sebenarnya, 
ni menunjukkan yang kita ni tak percaya akan kebolehan orang lain..
DAN,
terlalu taksub akan kebolehan diri sendiri..
memang la bagus kalau yakin..
tapi..
berpada-pada la kan..
(bila orang bawahan tak buat kerja, tau pulak marah.. kecik hati..)
haih..

teringat kata-kata sorang akak ni..

"Buat kerja yang di amanahkan untuk diri kamu. Siapkan dulu dan jangan fikirkan kerja orang lain."

tak la bermaksud kita tak boleh tolong..
tapi, siapkan kerja kita dulu..
dan,
kita fahami tugas kita..
buat tugas kita..
tugas orang lain tu, amanah untuk diri dia..

hmm..


rasa macam baru lepas kena ketuk kepala ni dengan.. err.. bantal..
(guna kayu hilang ingatan pulak..)
baru la tersedar..
sebelum ni, semua benda AQ nak buat..
tapi, sekarang ni..
kena berlapang dada..
bagi la orang lain pulak yang buat..
mungkin dia ada kelebihan dan buat dengan lebih baik lagi..
dan..
dia memang orang yang paling layak untuk buat kerja-kerja tu..
so..
tinggalkan..
dan follow up..

Allahu Rabbi..
banyak lagi yang nak kena perbetulkan..
perjalanan hidup ni takkan pernah sunyi dari tarbiyah-tarbiyah dari Allah..
dalam usaha pembentukan kita menjadi seseorang yang lebih baik..
lebih baik..
dan lebih baik..
Allah pun beri kita kepercayaan untuk handle sesuatu masalah tu..
Dia tak akan bebankan hambaNya dengan dugaan yang kita tak mampu..
(Al-Baqarah : 286)
kan?


wassalam..





bersedia untuk melepaskan sesuatu yang AQ sayang..
yang AQ perjuangkan..
sebab??
sebab AQ yakin dia lebih layak..

Wednesday, May 4, 2011

Bukan kopi 3 dalam 1

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

kenapa tajuk bukan kopi 3 dalam 1?
sebab entry kali ni ada 3 cerita..
dan cerita ni memang confirm bukan cerita pasal kopi..
sebab AQ bukan la penggemar kopi.. (of course!)


bila dah tak jadi facebooker tegar ni..
AQ selalu la merayau kat blog orang lain..
yela..
nak tau la jugak cerita-cerita, isu-isu semasa..
dan, nak cari berita yang kita tak jumpa.. (tak la jumpa sangat pun..)
masa fb dulu, semuanya muncul depan mata.. 
kejap-kejap orang ni tag.. 
kejap-kejap ada notification..

pernah tertengok satu buku ni masa kat pameran buku hari tu..
"Facebook membawa kita ke syurga atau neraka."
(lebih kurang.. maaf, AQ short-term memory..)

ha, ni la yang nak jadi ceritanya..
facebook bawak kita ke neraka?
apsal pulak?
ok..
contoh, kita duk tunjuk gambaq kita tak tutup aurat..
sehelai rambut di lihat lelaki ajnabi dah kira satu dosa..
kalau kepala kita ada 15 helai rambut?
tu baru 15..
kalau 15 ribu?
satu mata ajnabi yang melihat dah jadi dosa gak..
kalau dua mata?
kalau friend lelaki dalam friend list kita tu ada 15 orang?
tu dalam friend list..
kalau friend kepada friend dalam list yang belum jadi list?
banyak dah dosa tu..

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mampu menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ni baru cerita pasal aurat..
pasal mengumpat?
pasal duk kutuk-kutuk orang?
duk caci-maki orang?
nak tambah berapa banyak lagi dosa tu?

"..Dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik.." (Al-Hujurat: 12)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum memperolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan).." (Al-Hujurat: 11)

"..Janganlah kamu saling mencela satu sama lain.." (Al-Hujurat: 11)
ha, lagi..
belum cerita pasal ikhtilat..
Allah..
cabaran paling hebat rasanya ni..
baru je online seminit, PAP!
chat box naik..
"salam.. :) "
"hai.."
yang baik sikit..
"Assalamualaikum.."
tak reply, cakap kita sombong..
kalau reply.. (jawab sendiri la ye..)

kata la kita offline kan bahagian chat..
1 notification..
"3&%#@ post on your wall."
haish..

facebook boleh bawak kita masuk syurga?
boleh..
macam mana?
jadikan fb kita fb yang bermanfaat untuk orang ramai..
status-status yang boleh memberi nasihat..
nota-nota yang baik..
share link yang berguna..

bukan la sampai tahap setiap hari nak buat status tafsir al-Quran.. 
(ok je kalau nak! sekurang-kurangnya boleh tambah pengetahuan kita..)
kalau status "alhamdulillah, hari ni dapat makan nasi dengan daging masak kerabu.. syukur nikmat Allah.." pun dah kira terbaik..
tak pun..
"hari ni secara tak sengaja terjumpa lelaki handsome.. astaghfirullah, apa ni?!" 
(ingatkan diri untuk sentiasa jaga mata dan hati!)
hehe..
ni out of topic ye..

mudah je sebenarnya..
sama ada kita nak, ataupun tak..
tepuk dada, tanya IMAN..
bukanlah kita kena jadi ustaz or ustazah..
takpun, kena pakai kopiah or tudung labuh baru boleh post benda-benda macam ni..
kita manusia, tujuan hidup nak capai mardhatillah (redha Allah)..
nak hidup bahagia kat akhirat nanti..
ni la salah satu saham kita..
kan?

dan sekarang ni..
walaupun rasa free sangat-sangat sebab dah tak payah fikir pasal fb..
tapi..
still ada kekosongan dalam hati ni..
sebab dah tak boleh nak berkongsi..
lepas tu, rasa macam lost contact dengan sahabat-sahabat dan kawan-kawan..
rasa cam terasing pun ada gak..
yela, fb ni kan dah canggih..
sampaikan meeting pun dalam group..
dan, AQ selalu ketinggalan untuk bab yang satu ni..
tau-tau je, program dah jalan..
:D


ha..
lupa pulak..
nak story la kan..
please jangan anggap yang AQ ni.. err..
baik sangat tau..
AQ cuma berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik..
saling ingat-memperingati..
dan kadang-kadang, AQ pun buat salah jugak..

biarlah kita lihat seseorang tu, dari sudut iman..
selagi kita berpegang pada kepercayaan yang satu, terimalah..
sebab iman ni ada turun naiknya..
dan bila bersahabat kerana iman,
bila dia ditahap tertinggi, kita tak mudah berbangga dengan dia,
dan bila di tahap terendah, kita tak goyah dan gadaikan persahabatan dengan mudah..
(melekat lagi rupanya cerita Sinergi by Hilal Asyraf dalam diri.. alhamdulillah..)

"Ukhwah itu indah, bila bertemu dan berpisah kerana Allah."

atas dasar satu aqidah, AQ mencintaimu fillah..
:D

DAN!
(bila nak habis ni!!!!)
hehe..
nak ucapkan ribuan terima kasih pada sorang sahabat yang bagi pinjam gambar berniqab dia as profil picture blog AQ ni..


la.. pinjam ke?
yup!
(dah gambar dia dalam hanphone AQ, apa lagi.. hehe)
dan, dia pun berniqab sebab nak ambik feel..
dia pakai time pergi pameran buku kat PWTC (yang ramai orang sangat-sangat tu)..
dan hasilnya..
"subhanallah"
tu je yang dia kata.. 
sebab yang lain-lain, speechless.. huhu


gambar ni saje je ye..
nak tunjuk cerita pasal niqab..
dan ayat yang tertulis tu.. best!
wallahua'lam..
:)
wassalam..





Cinta Ikut Nabi Taatkan Allah..
tu la maksud CINTA yang sebenar..
Allah bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya, tapi cinta kita kepadaNya..
jadi, pulihkan cinta kita kepadaNya demi cinta kita kepadanya..
ok.. n_n

Tuesday, May 3, 2011

ini yang TERBAIK

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa agaknya perasaan kita bila ada orang cakap :

"blog ko tak cantik!"
"bosan la!"
"apa yang ko mengarut dalam blog tu?!"




2 mood sekali AQ letak..
serius.. memang ni la yang AQ rasa sekarang..

hati retak..
lepas tu, kena potong-potong guna chain saw..
lepas tu, hempas pulak kat lantai yang penuh dengan paku tekan..
pastu, kena gelek pulak dengan lori angkat pasu bunga UPM..
lepas tu, siram dengan minyak tanah..
lepas tu, KITA BAKOR JE!!

sakitnya!

wahai orang-orang di luar sana..
yang jadi tukang baca..
tukang bayang.. (sebab selalu tulis perkataan "bayangkan")
tukang kutuk..
ketahuilah..
AQ dah usaha buat yang terbaik!
terbaik bagi pihak diri AQ sendiri..
mungkin la, anda-anda semua kreatif tahap petala langit ke tujuh..
mungkin la, anda-anda memang hebat menulis dan punyai idea penulisan terbaik seantero dunia..
itu kelebihan yang Allah bagi untuk anda..
untuk AQ, mungkin kelebihan dari segi yang lain..
tak la hebat di dunia penulisan, apatah lagi dunia kekreativitian menghasilkan blog yang penuh lip lap bagai..
TAK!

jadi, terima la seadanya..
semuanya terpulang..
AQ tak paksa anda-anda baca..
tak paksa pun anda-anda datang melawat blog ni..
(mungkin ada suruh orang datang.. SURUH! bukan merayu melutut semata-mata nak baca blog..)
bila AQ tulis macam ni, 
seluruh hati AQ mengingatkan bahawa orang lain pun ada berfikiran macam ni..
jadi, AQ pun kena berlapang dada untuk terima kelebihan dan kekurangan semua orang..

apa kata, kita sama-sama ubah mentaliti ni..
kritik dan kritik..
sayang..
cuba letak diri kita yang tak seberapa ni kat tempat dia..
dengan keadaan dia..
persekitaran dia..
cara pemikiran dia..
tak semua orang berfikir yang biru tu cantik..
tak semua orang fikir yang citarasa kita best..
tak semua orang fikir macam kita fikir..
jadi, terima la pemikiran orang tu as cara dan identiti dia..

dan buat anda-anda yang terima nasib yang lebih kurang macam AQ..
kita pun tak boleh la nak salahkan pengkritik tak bertauliah ni..
kalau takde mereka-mereka ni, mesti kita masih di tampuk lama..
tak sedar kesilapan diri..
mungkin kita boleh ubah something yang sepatutnya di ubah..
jangan kerja nak touching je..
(ehem!)
betul tak?

dan, yang lagi penting..
tak ke rasa ni pun salah satu tarbiyah dari Allah untuk kita?
nak kita sedar yang kita ni tak la hebat mana..
ada orang yang lebih hebat dari kita..
DAN!
kita ni tak la buruk mana..
mungkin ada orang yang lagi buruk dari kita.. 
kena la yakin..
setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..
kan?

"..Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.." (Al-Hujurat : 13)


nak tunggu orang tu sampai jadi pereka blog terunggul baru boleh bagi peringatan, memang kirim salam!
tunggu la dia habis khatam 2-3 kelas buat blog dulu..

jadi, AQ nak menyeru pada diri sendiri dan semua..
kita ambik yang baik dari blog-blog yang kita baca..
tak payah la nak fikir sangat blog ni cantik or tak..
memang la benda tu sebagai salah satu daya penarik..
habis, kalau dah orang tu memang buta IT, buta kreativiti, nak buat macam mana?
kalau orang tu tulis punya la bosan sampaikan baru perenggan pertama je pun dah menguap 8 kali?
husnuzon..
mungkin, dia baru lagi dalam bidang penulisan ni..
(macam AQ la..)
pape pun..
first thing, (try) baca dan ambik pengajaran..

sekian, wassalam..
p/s: maaf sangat-sangat kalau ayat dalam entry kali ni cam pedas.. err.. maaf.. :(





terima kasih sebab buat AQ down sangat-sangat sebentar tadi..
sekarang?
tak lagi!
self-motivation yang tinggi (alhamdulillah) menyebabkan AQ nak tolong motivated orang lain..
insyaAllah.. :D

Last Breath

From those around I hear a cry
A muffled sob, a hopeless sigh
I hear their footsteps leaving slow
And then I know my soul must fly

A chilly wind begins to blow
Within my soul from head to toe
And then last breath escapes my lips
It's time to leave and I must go

So it is true but it's too late
They said each soul has its given date
When it must leave it's body's core
And meet with it's eternal fate

Allahurabbuna salimna (sallim sallimna)..

 Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay

I cannot see, my eyes are blind
Am I still me?
Or has my soul been led astray?
And forced to pay a priceless fee

Alas to dust we all return
Some shall rejoice while others burned
If only I knew
I knew that before
The line grew short
And came my turn

And now as beneath the sod
They lay me with my record flawed
They cry not knowing I cry worse
For they go home I face my God

Allahurabbi..........

Come on my brother, let's pray decide
Which now do not delay 
do not delay.. 

 lagu by Hafiz Hamidon ni ditujukan khas buat insan yang tengah menulis ni..
dear..
may be tomorrow could be your day.. 
may be..
 

ameenn..
:D




kan best kalau lagu ni guna as lagu koir kolej..
dah la best..
ada maksud..
tak la berhibur tanpa ada pengisian.. AT ALL..

Monday, May 2, 2011

Mahar Cinta


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..



Devotees..




 
suka lagu ni!

sakit itu indah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

apa khabar hari ni?

"alhamdulillah, saya sakit."


erk?
ada tak orang jawab macam ni?
tak ke rasa macam BUANG TABIAT penjawab tersebut?
sakit tapi cakap alhamdulillah..

eh, ingat nikmat tu datang dalam bentuk sihat je ke?
nikmat sakit pun ada jugak la..

sebab dengan sakit la tanda Allah sayang kat kita..
sebab Allah masih peduli kat kita..
nak kita sedar, yang sihat tu tak selamanya..
dan Allah Maha Berkuasa nak uji kita dengan macam-macam bentuk dan rupa..
dan ujian sakit tu salah satu daripadanya..

"Apakah manusia mengira, mereka akan dibiarkan berkata : "Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" (Al-Ankabut: 2)

best tau bila sakit!
sebab?
sebab.. sebab bila sakit ada orang boleh tolong masakkan bubur untuk kita..
tak pun, belikan makanan untuk kita.. (sihat pun selalu je suruh orang belikan.. hehe)
boleh rehat atas katil..
dapat mc..

ha. ha. ha.
banyak la hang punya best!
sakit tau tak?
perit!

relax la..
baru sakit 2-3 hari dah nak kecoh satu U..
time sihat sepanjang 19 tahun 2 bulan 3 hari (dah tolak beberapa hari yang sakit) tu tak nak pulak canang satu dunia..
haih..
macam ni la manusia..
(AQ pun manusia.. T_T)
bila ada kesusahan, bising, mengeluh..
tapi, bila diberi kesenangan, lupa.. lalai.. leka.. alpa.. dan yang sewaktu dengannya..
tak bersyukur atas nikmat yang TEEERRRRsangat banyak kalau nak compare dengan ujian yang Allah bagi..

kata orang, "Nikmat sihat itu ibarat mahkota yang dipakai di atas kepala manusia yang sihat. Namun, hanya boleh dilihat oleh orang yang sakit sahaja."
(petik dari novel TERASING by Hilal Asyraf. mai pakat baca ramai-ramai.. memang bagus novel ni.)

kita kongsi cerita Rabiatul Adawiyah ni..

Suatu hari, beliau melihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil mengharap
simpati dari orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, beliau bertanya,

"Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sedemikian rupa?"
"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.
"Sudah berapa lama?"
"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.
"Berapa usiamu sekarang?"
"Sudah 30 tahun." 
"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?"
"Alhamdulillah, sihat-sihat saja."
"Apakah kamu memasang balutan di kepalamu sebagai tanda bahawa kamu sihat selama ini?" tanya beliau lagi.
"Tidak." Jawab orang itu ragu- ragu.
"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah memberi kesihatan padamu, tetapi kamu kamu tidak berfikir  untuk memberi tanda bahawa kamu sihat? untuk menunjukkan tanda bersyukurmu kepada Allah? Jika  sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu mengapa kamu sangat gembira. Dan bila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas beliau.

"Tapi apa yang kamu buat sekarang, kamu membalut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini untuk  menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai. Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung beliau lagi. 
Orang yang terbalut kepalanya itu hanya diam membisu dan tertunduk  malu dengan kelakuannya. Kemudian dia pun meninggalkan Rabiatul Adawiyah dengan perasaan menyesal dan insaf.

jom MUHASABAH DIRI!

nak tambah lagi..
bila kita sakit la, kita lagi rapat dengan Allah..
time ni la baru nak mengadu..
bila pusing sikit, "ya Allah, sakitnya."
bila tercubit sikit, "ya Allah, bisanya."
"ya Allah.."
"ya Allah.."
"subhanallah."
ha, waktu macam ni la kita berzikir..
tak ke seronok macam tu?
(seronok memang seronok, tapi takkan time sakit je baru nak ingat Allah?)

ha, nak tambah lagi..
(baru lepas baca semula risalah SQ)

"Bagi seorang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan Allah menghapuskan dosa hambaNya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam." (petikan artikel)

dan..

"Tidaklah seseorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

kan best macam tu..
sakit memang indah..
dan, Allah Maha Baik!
subhanallah..
:D
"Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang ditimpa musibah mereka berkata, "Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali." mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah : 155-157)


bila dah sakit tu, kena la berusaha untuk sembuh..
kan?

Rasulullah SAW bersabda, "Berubatlah kamu wahai hamba Allah. Sesungguhnya Dia tidak menurunkan penyakit melainkan Dia juga menurunkan ubatnya." (Riwayat Ashabus Sunan)

"ya Allah, kurniakanlah kami kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaMu. Andai sakit itu mendatangkan keredhaanMu, kurniakanlah ianya kepada kami. Dan hiasilah peribadi kami dengan sifat selalu bersyukur atas segala nikmatMu."

amenn..

rebutlah lima sebelum lima..
ha, apa dia??
muda sebelum tua..
sihat sebelum sakit..
kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sibuk..
dan,
hidup sebelum mati..
(Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)

wassalam..




 

jangan asingkan dirimu dariku sahabat..

Sunday, May 1, 2011

dia yang AQ cinta..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
assalamualaikum wbt..

kali ni, AQ nak bercerita pasal seseorang..
seseorang yang bertakhta di hati ini..
kiranya, pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulullah saw la..



hari ni kita bukak cerita hati..

insan yang insyaAllah, akan selamanya AQ cintai..
AQ sayangi..
dan pemergiannya, memang telah diyakini tiada ganti..
kenapa yakin pulak?
sebab..
sebab AQ dah merasai sendiri..
serius, dalam dunia dia sorang je macam dia..
hehe..

dia la yang dah banyak bersusah payah..
rela korbankan apa aje untuk AQ..
seboleh mungkin nak penuhi kehendak AQ..
(nampak sangat AQ selalu mintak macam-macam kan?)
dia la itu, dia la ini..
ha, yang lagi penting..
dia la yang selalu membebel kat AQ..
suruh itu ini..
haih..
dia la..
dia la mak AQ..
hehe..

ha la..
bonda, mama, mummy, ummi, ma..
emak!

secara seriusnya..
pernah tak kita terfikir macam mana susahnya mak besarkan kita?
pernah tak terfikir apa yang bermain kat hati mak bila lepaskan kita pergi mana-mana?
pernah tak terfikir apa yang mak fikir bila kita jauh dari mata dia?
pernah tak fikir kenapa mak buat macam-macam untuk kita?
pernah tak fikir kenapa mak selalu je marah-marah kita?
pernah tak?
tak atau tak??

pernah tak terfikir kalau sehari kita tak telefon mak, mak fikir apa?
tu baru sehari..
kalau sampai sebulan tak telefon?
setahun?

"eyh, aku telefon mak hari-hari tau.."
"aku tak sempat nak telefon, mak aku dah telefon dulu.."
ni kira ok la kan..
kalau macam ni pulak..

"tak sempat la nak telefon. sibuk. assignment banyak."
"tak sempat la nak telefon. kredit habis. tadi call awe. err.. tak, tadi telefon lecturer."
"eyh, kena telefon mak ke?"
yang last tu memang melampau!

AQ rasa la kan..
(AQ pun rasa gak)
sesiapa yang dah takde mak, mesti diorang sedih..
diorang kalau boleh nak sangat telefon mak..
dengar suara mak..
bila masuk u atau daftar kat mana-mana, mesti nak mak dia hantar..
mesti nak mak dia tau macam mana rupa bilik baru dia..
macam mana tempat yang bakal dia tinggal..

tapi, untuk yang masih ada mak tapi sia-siakan ni..
tak ke rasa cam tak patut buat mak macam tu..
nak salam n cium tangan mak pun payah..

haih..
kata orang..

"Bila perigi kering, baru kita tahu betapa air itu berharga."

setuju sangat..
bila mak dah takde, baru la kita tahu nak menghargai..
baru la kita tau yang dah takde orang nak buatkan nasi gorang terBEST dalam dunia..
dah takde orang nak masakkan rebung masak lemak tanpa bau hancing..
(sejak hari tu, dah tak pernah sentuh rebung lagi)
dah takde orang nak basuhkan telekung sampai jadi putih macam baru beli..
dah takde orang nak lipatkan baju..
dah takde orang nak pukul kalau lambat bangun solat subuh..
dah takde orang nak bebel suruh basuh pinggan..
dah takde orang bebel suruh sidai kain..
dah takde orang yang nak banggakan kita sampai sanggup pergi kedai banyak-banyak kali bila anak dia dapat keputusan baik untuk SPM..(walaupun tak la gempak sangat result tu)
dah takde tangan yang kasar untuk kita salam dan cium..(terutama time pagi raya)
dah takde orang yang nak cium pipi kita dengan penuh kasih sayang..
kasih sayang seorang ibu..


dah takde!
jadi, sayangilah ibu anda..
sayang yang betul-betul sayang..
mungkin esok, dia dah tinggalkan kita..
bila dia dah takde, baru la kita tau betapa dia sangat-sangat berharga..
harga yang sangat-sangat.. err.. tak ternilai la!

bagi yang dah kehilangan insan biasa yang sangat luar biasa ni,
jom sama-sama buat yang terbaik untuk hadiahkan pada dia di alam sana..
dengan akhlak yang baik je pun, dia dah ada saham pahala..
kita jadi anak solehah yang terbaik untuk dia..
:D

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu." (Luqman : 14)

dear mak yang best! Asma binti Abd. Rahman..
ketahuilah, mak memang sangat-sangat hebat..
adik sedaya upaya jadi anak yang terbaik..
semoga ada bahagian pahala untuk mak kat alam sana yang dapat adik kirimkan..
:D

"ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak aku dilahirkan."






sape sayang mak dia, angkat tangan macam saya.. :D