Monday, January 3, 2011

WOW!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


cerita disambung lagi..
Kor Fitiq Diraja ni tercetus waktu latihan tempatan..
sepanjang kehidupan kat markas..
setiap hari mesti fitiq..
fitiq pulak, ada macam-macam..
fitiq ransum, fitiq cookhouse, fitiq inter, senior, YO..
memang mental habis la time ni..
pressure..
tp, alhamdulillah..
dapat la bantu kami tingkatkan kemantapan dari segi mental dan fizikal..
yang lagi best, dapat belajar masak..
lagi best, makan free!

baru lepas masak nasi hujan panas..
ketika hujan selepas panas..

tadaaa!
macam-macam ada..

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..
semangat tolong menolong..
pk je pn angkat 2 orang..
kalau pkw, 2 orang pun boleh angkat..
tapi lepas tu, muka berkerut..
berat tau kawah ni..

lauk apa hari ni?
nak kuah lebih boleh?
apa ni, banyaknya minyak..
ayam nak tukar yang besar sikit..
eyh, takpe, saya tak makan sayur..
buah takde?
air ni penuhkan ye..
sabar je la.. (",)v

gunalah, EXION..
gerenti berkilat..
tak caye, tengok tu..
kilat kan? kan?


potong ikan, potong daging or potong ayam..
memang selalunya pakai uniform yang sama..
baju plastik hitam..


20 disember, ujian Ilmu Medan Perang..
waa..
time ni la segala yang kitorang belajar dalam kelas diuji..
teori, diuji dengan praktik..

make up tentera ni..

penyamaran..
ha, kalau nak menyamar, tak semestinya guna make up tentera tu..
tapi boleh jugak guna pokok, daun (alam sekitar)..
guna lumpur, selut..
ikut la kekreativitian..
nak guna coki-coki pun boleh rasanya..

muka pun dah tak dapat cam..

orang lain duduk atas kerusi, kenapala dia ni nak duduk bawah meja..
pelik..
sape ni ek?

ujian bermula..
macam-macam gaya..
ada yang kroll biawak..
side rock and roll..
merangkak kera..

tu diaa..
askar perang!

sikit lagi.. sikit lagi..
sabar ye..

musuh di depan..
serang!!!

kasih sayang seorang ayah..
walaupun bukan anak sendiri..
subhanallah..
hakikat ciptaan Allah yang satu ini memang hebat..
tanpa kasih sayang, tiadalah erti kemanusiaan..
Allahurabbi..

terbaek!

Sjn zul..
memang best..
bila nampak muka staf zul, mesti teringat mess tin..
baju loreng..
water bottle..
jungle head..
mana tak, beliau la yang uruskan logistik kitorang..
kasut tak saiz pun, beliau gak yang kitorang cari..

check point terakhir..

21 disember..


ujian TSM.. tindakan serta merta..

ni pulak ujian membuka dan memasang..
tekun sungguh..
waktu ni memang kena berhati-hati..
sebab ada satu part dalam alat pekerja yang tersangat la kecik..
kalau hilang......

front support position DOWN!
1..
2..
............
1390..
1391..

aktiviti tampar lalat..
lalalalala..

ha, yang belakang tu..
kenapa tak buat?

bila la musuh nak datang ni..
penat dah meniarap..

fokus.. fokus..

hmm.. kalau nak cerita, ilmu medan perang ni bukannya senang..
tapi, bila dah faham, memang best..
lagipun, ilmu ni bukan senang nak dapat..
tak de jual kat kedai basikal..
alhamdulillah..
dikurniakan nikmat belajar ilmu ni..

cerita WOW! dah habis.. insyaAllah akan ada sambungan lagi..
wassalam..

Sunday, January 2, 2011

Kiri Kanan Kiri..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


diteruskan lagi dengan kisah kawad kaki..

macam-macam kerenah ada..
ha, cerita sikit la pasal kawad kaki ni..
kalau belajar taktik, biasanya boleh berubah dan diubah..
contoh, taktik untuk menyerang musuh, bila cara A tak boleh, kita boleh guna cara B..
mudah lagi..
nak serang gol lawan, kita boleh guna macam-macam cara.. asalkan, GOL..
tapi, kawad kaki ni berbeza dengan taktikal..
sebab, arahan dan bentuk perlakuannya dah tak boleh ubah..
kalau arahan keluar baris, memang akan pusing sebelah kanan..
tak mungkin akan pusing belakang..

kawad kaki ni jugak, nak tunjukkan disiplin kita masa berkawad..
tunjukkan kekemasan dan kesegakkan kita masa berkawad..
waktu ni la kita akan dinilai..

ni tengah ujian kekemasan pakaian..
semua di ambil kira..
baju, kasut.. belt..


sakit kaki??
takde alasan kasut tak boleh kilat..

kumpulan pertama yang diuji..
segalanya dimulakan dengan doa..
bukan ke Allah dah janji,
Allah akan beri kepada hambaNya yang meminta..
doa, bermaksud kita online terus dengan Allah secara wireless!

penantian itu satu penyeksaan..
betul ke?

kawad, kawad jugak..
posing jangan lupa..
hmm..

team penilai..
ada YO, Encik RSM, Kpt. Abidin pun turun padang..

KSMJ kitorang..
ada GAYAA..

kiri kanan kiri..

angkat kaki, lutut bengkok, peha paras, hentak padat, jangan malas..
WOW!

senang diri!
yang ni, bersedia untuk di uji..
tenang.. tenang..

err..
anda mampu mengubahnya..


haa.. ni persembahan yang ditunggu..
the coin..

wajah-wajah penat lepas kawad..
legaa..

dah lama tak pt la ni..
jangan mintak, dapat?

waktunya bergambar bersama..

waktu ni, semua orang macam gembira je..
muka semua muka lega..
subhanallah..
best!

macam biasa, last-last mesti kena gotong-royong bukak khemah..
ada yang balik naik 3 tan..
tak kurang yang balik jalan kaki sambil berkawad.. of corz..

ewah, IC berjaya sedang tersenyum dalam trak..
tinggalkan anak buah dy jalan kaki..
(",)v

ayuh pulang..
makan tengahari sudah menanti..
nantikan sambungannya..
wassalam..

Kem Asahan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Cerita kami bersambung lagi, lagi dan lagi..
7 disember, buat medical check up.
berat badan naik!
takpe, tunggu annual camp.
berapa banyak berat badan turun..


8 disember, kena hell dengan SUO..
badan memang terkejut habis.
dah la duk rumah membela lemak, tiba-tiba dapat pt tahap tak ingat..
tapi tak pe, persediaan mental dan fizikal untuk hari mendatang..

9 disember, salam perkenalan dari YO..
bawang, kongsi ramai-ramai..


sos tomato, pun kena kongsi ramai-ramai..
kicap pun ada..
macam-macam la.. tapi best.
sebab first time buat benda ni sume..
subhanallah..

ok, masuk pulak cerita kem asahan..
menembak di gemas..
ni tengah menunggu tibanya pukul 9..
awal-awal lagi dah berkumpul..
macam-macam kerenah ada time ni..
tak percaya, tengok ni..

2 dari kiri tu YO..
Tuan Yuslan..
sempat lagi la bergambar dengan kami..


ada GAYAAA...

posing la.. bersama kekasih hati.. M16..



mari berkenalan..
ni la tuan punya kamera..
aminul..
awal-awal ni, memang dia la yang tukang snap..
tapi lepas ni, tukang tulis ni jadi tukang tangkap gambar..
(",)v

gelagat dalam bas..
biasa la..
bas semuanya perempuan, macam ni la..
posing sana, posing sini..
dari depan sampai belakang, sume gambar perempuan..

time ni, dah sampai kat asahan..
alhamdulillah..
tanpa sebarang kecederaan..
melainkan sakit belakang sebab kena bawak beg pack yang berat..
tapi tak pe, sakit sikit bukan penghalang kami untuk menuntut ilmu..


latihan kawad tempur platun.. 
bersedia untuk berperang!!

sebelum tu, belajar dulu dalam kelas..
practice make permanent..

ni gambar atas 3 tan..
first time naik ni..
tengok la, muka-muka excited..
tambah-tambah lagi bila jumpa kamera..


geng-geng benteng..
inter menembak masa ni..
kitorang ni jadi tukang kira la..

memang mengantuk..
bunyi pum pam pum pam pun kitorang boleh terlena..

kroohh.. kroohh.. ZzzZzz

benteng people..

hasilnya....

benteng terbaik kot..
cayalah..

ni pulak lawatan ke kem alteleri diraja..
nak cerita lebih-lebih pun tak reti..
sebab tak pergi..
jadi, tengok je la ye..

senior..

ni gambar trak..

ni pulak, gambar bawah trak..

yang ni best, gambar atas trak..

bergaya disamping trak..
encik hamidon pun ada sekali..

 bila kejadian ni berlaku, saya pun tak tau..
best kot baring macam ni..
tapi kalau tambah side roll 2,3 pusing, mesti lagi best..

ada cerita waktu menembak, tapi tak dapat la nak tunjuk..
sebab takde sape nak ambikkan gambar..
kamera tu pun terbiar je..
kitorang kena rendam dalam lubang..
memang best..
sebab semua rasa..
baju dah tak payah nak cerita la..
memang kotor habis..
kalau rendam setakat pinggang takpe, ni kena selam sampai kepala pun tak nampak..
air memang confirm-confirm kaler teh tarik..
coklat..

dalam banyak-banyak gambar waktu kem ni, satu yang paling saya suka..
ni diaa..

penat, gembira macam mana sekalipun,
yang utama tetap utama..
alhamdulillah..

rasanya, gambar terakhir tu penutup tirai cerita kami di kem asahan..
balik kolej 15 disember..
nantikan cerita yang lain pulak..
wassalam..