Thursday, December 9, 2010

Sang Arnab dan Sang Kura-Kura The Return

30 tahun lalu, Sang Arnab kalah dalam perlumbaannya dengan Kura-Kura. Sang Arnab sangat malu bukan kepalang akibat sifatnya yang bongkak itu. Sampaikan kisah kekalahannya di tayangkan berulang kali di Stesen TV Sang Kancil yang kuat menipu itu.

Mujurlah Sang Arnab itu kuat larinya. Boleh lah lari jauh membawa dirinya yang telah malu itu ke benua yang lain.

Di benua baru itu, Sang Arnab bermuhasabah diri sedalam-dalamnya. Mengalir air mata keinsafan di matanya yang memang berwarna merah sejak azali.



Di sanalah Sang Arnab menemui kehidupannya yang baru. Sang Arnab telah ditemukan pasangannya di bumi hijrahnya itu.

Lahirlah Anak Sang Arnab yang selayaknya dipanggil Sang Arnab juga. Sang Arnab mendidik Anak Sang Arnab menjadi makhluk yang tawaduk agar tidak mengulangi kesilapan sepertinya.

Sampailah satu ketika anak Sang Arnab meminta izin untuk mengembara. Mahu juga dia melihat kampung halaman tempat 'Abi'nya diaibkan yang sebenarnya memang akibat bongkak 'Abi'nya dahulu. Sememangnya Sang Arnab sangat2 menyesali hidup silamnya,tiada apa yang disorok untuk anaknya, semata-mata mahu anaknya mengambil pelajaran.

Dengan fitrah arnab kurniaan Pencipta, sekejap saja, sampai lah anak sang arnab ke kampung lama Abinya dahulu. Dan nak disedapkan cerita, berjumpalah Anak Sang Arnab dengan generasi baru sepertinya, Anak Sang Kura-Kura. Dah dapat gelaran baru sebenarnya, Dato' Sang Kura-Kura.

Anak Sang Arnab gembira berjumpa generasi sebayanya. Niat di hatinya, dengan generasi baru ini, lupakan saja perbezaan bapak-bapak mereka yang melarat 30 tahun lamanya. Berkawanlah yang lebih baik untuk dia dan anak Sang Kura-Kura.

Akan tetapi, Anak Sang Kura-Kura sudah lupa diri. Atau dia memang tak tahu bagaimana sebenarnya abahnya yang lembap itu boleh menang. Entahlah..

Abahnya seorang wira, abahnya dah dapat dato'. Apa kelasnya nak berkawan dengan Anak Sang Arnab yang kalah ini? Dah la kalah, berdosa pula tu, bongkak!!! Terkejut besar Anak Sang Arnab atas penolakan persahabatan oleh Anak Sang Kura-Kura.

Persahabatan yang dihulurkan, perlawanan pula yang di balas. Sang Kura-Kura mencabar Sang Arnab berlumba dengannya Seperti bapak-bapak mereka dahulu. Anak Sang Arnab yang telah dididik Abinya menjadi seorang yang tawaduk, menolaknya dengan baik. Tetapi dengan kuasa Anak Dato' yang dimiliki Anak Sang Kura-Kura, perlawanan paksa itu tetap diadakan juga. Terpaksalah Anak Sang Arnab memenuhinya demi menjaga adab di tempat orang.

Dengan Tembakan Pistol pengampu-pengampu anak Dato' Kura-Kura itu, berlumbalah mereka di atas trek yang sama digunakan ayah-ayah mereka 30 tahun dahulu. Dan zaman telah berubah. Allah Maha Penerima Taubat. Allah senantiasa membela yang benar.

Dengan Penuh rasa kehinaan kerana merasa dirinya adalah hamba, Anak Sang Arnab berlumba dengan penuh fokus. Sementara Anak Sang Kura-Kura yang pada mulanya bongkak di awal perlumbaan kini berlumba dengan penuh susah payah dan kehairanan, hakikatnya fitrahnya yang lembap itu memang tidak boleh berlari laju pun!!!

Tersenyum saja generasi bapak-bapak mereka yang menonton perlumbaan itu. 30 tahun dahulu, bapa Sang Kura-Kura menang perlumbaan bukan kerana berapa laju dia lari, tetapi kerana tingginya tawaduk bapanya.

Hari ini, alangkah malangnya. Anak Kura-Kura tidak kenal dirinya, dia lupa kekalahan Sang Arnab dahulu adalah kerana sifat bongkaknya. Hari ini, kekalahan itu berbalik kepada dirinya, beralaskan sifat yang sama, sifat bongkak yang melampau.

Moral 1: Jangan bangga sangat dengan pencapaian keturunan kita. Hakikatnya kita sendiri belum tentu boleh atau tidak member pencapaian yang sama.

Moral 2: Orang agresif yang bertaubat insyaAllah berpotensi menjadi manusia yang lebih hebat asalkan ditambah lagi dengan sifat tawaduk.

Moral 3: Kenali diri anda.

Moral 4: Orang yang sudah la lemah, bongkak pula. Memang mengundang kemurkaan Allah..

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud, "DAN janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)


Tulang Rusuk Takkan Tertukar..

ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, bila ukhti dah lulus.

untuk apa antum katakan itu sekarang akhi?... Jika belum bersedia adalah jawapannya, lalu mengapa harus akhi katakan rencana tersebut pada ana? Tahukah akhi, kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yang susah payah ana bangunkan?

Ketika akhi mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti.”

Lantas, apakah dengan akhi berkata seperti itu, lalu prilaku akhi yang sering menelefon ana itu tidak bererti mengotori hati? Akhi memang sudah seharusnya menjaga hati, hingga tiba saatnya nanti untuk akhi berikan seutuhnya kepada wanita yang berhak.”


Ketika akhi mengatakan: hati hati, di sana.. jaga diri baik baik..”

Bukannya ana tidak suka diperhatikan dan dijaga, tapi cukuplah Allah yang akan menjaga..
Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?

Ketika akhi mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana.

ana tak mampu menjanjikan apapun, kerana ana tidak tau apa yang akan terjadi nanti..

Sebuah pengajaran,

Wahai akhwat, jika datang kepadamu lelaki baik-baik yang melamarmu, maka bisa jadi dialah pasanganmu.

Wahai ikhwan, jika gadis pujaanmu telah dikhitbah lelaki lain, maka ikhlaskanlah. Boleh jadi dia bukanlah bidadarimu.

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk yang keji pula dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik juga diperuntukkan bagi perempuan-perempuan yang baik….” (QS.24:26)"

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh, mungkin ana tak cukup baik untukmu, pasti ada wanita lain yang lebih baik untukmu.. Dan yakinlah, jika memang ana adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak ta’aruf dengan orang lainpun, ana akan tatap menjadi pendampingmu..


Kerana ana yakin  TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR


Biarkan Ia Tetap Diam..

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..


 
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...


bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...


 

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)

Kita Bukan Hipokrit

"Eleh, kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!"

"Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!"

"Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!"

Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini.


Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit?


Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka,izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang  berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan.


Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan terus diuji hingga diyakini, siapa yang dalam kalangan kita yang benar-benar 'bulat' hatinya untuk mencari wajah-Nya.

Ujian ini Allah timpakan kepada kita seperti tangga. Selepas kita memanjat satu tangga, kita akan memanjat satu lagi. Kemudian, satu lagi, dan satu lagi. Hinggalah kita mencapai puncak iaitu wajah redha-Nya. Antara ujian yang paling berat ialah penerimaaan masyarakat, ahli keluarga dan kawan-kawan kita.

Bagi yang lemah, pasti mereka akan berhenti memanjat hanya kerana label munafik atau hipokrit yang diberikan orang. Tuduhan yang tersangat salah! Saya tertarik dengan satu hadis:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" - Hadis riwayat At-Tabrani.

Saya paling tertarik dengan perkataan 'buat-buatlah menagis'. Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah?

Tidak. Sama sekali tidak. Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu dan Paling Faham akan manusia. Dia tahu, bahawa untuk manusia menjadi hamba yang baik, dia tidak akan dapat terus jadi baik. Dia harus melalui proses yang panjang. Sedikit demi sedikit, perubahan akan berlaku.

Allah tahu segalanya. Dia tahu bahawa kita ada limit atau batasan. Kita tidak akan mampu terus berubah dengan mendadak. Kita hanya akan mampu berubah, sedikit demi sedikit. Kerana itu, Allah tak memberatkan kita dengan 'mesti menangis', sebaliknya Allah sediakan kita keringanan, jika kita tak mampu, buat-buatlah menangis.

Dengan erti kata lain, jika kita tidak mampu jadi manusia yang terbaik, maka kita latihlah diri menjadi manusia yang baik! Lama-kelamaan, pasti kita akan dapat jadi yang terbaik. Bukankah mentol yang ada pada hari ini adalah hasil daripada ratusan kegagalan Thomas Edison? Saya pasti, kalau Thomas Edison berjiwa kecil, pasti dia akan putus asa apabila dicaci.

Untuk mencapai kesempurnaan iman, jangan takut mencuba menerima cacian.


Kesimpulan

Jangan peduli cakap orang. Bukankah kita mahu berubah kerana Allah? Allah pasti akan suka, jika kita mahu berubah. Cuma syaitan saja yang tak suka. Jadi, rasanya tidak melampau jika saya kata manusia yang menghalang orang buat baik, dia tu macam syaitan. Ada bantahan?

Selepas ini, jika ada lagi orang kata 'kau munafik', maka balaslah, "So what?"


http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1269-kita-bukan-hipokrit.html

Mari Jogging!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ceritera kami bersambung lagi..



Disebabkan kami semua dah dapat barang-barang isu, seluar loreng, kasut spike, kasut kawat, kasut sukan dan semua yang berkaitan, rasa teruja dan excited melebihi segalanya. Tanggal 16 Oktober 2010, alhamdulillah, ada la beberapa warga intake yg sanggup turun padang melawat makhluk-makhluk ciptaan Allah di Bukit Ekspo. Bunyi macam ADUN je kan..


Start dari pukul 7.30 pagi, warming up dulu sementara menunggu yang lain. Agak-agak badan pundah bersedia, kami meneruskan langkah menuju ke bukit ekspo. awal-awal memang semangat. tapi bila dah kat tengah, nak naik bukit, bertambah-tambah semangat nak berhenti rehat. mental kena kuat. selagi tak capai tempat matlamat, kami takkan menyerah. cewah! (insyaAllah)


Ha, gambar kat atas ni salah satu bukti kami agak penat la sangat. maut soghir namanya. tapi, aktiviti ni bukan lepas jogging. tapi lepas segala macam pt (physical training) yang kami dah buat. ni pun lepas buat sit up atau dalam bahasa inggeris di panggil bangkit tubi.


Ni pulak, gambar IC skuad kami. cuba bayangkan kalau kita boleh buat macam ni. hmm.. subhanallah.. andai manusia itu hebat, Pencipta kita pasti lebih hebat. kan? Allahurabbi..


Sebenarnya, budak-budak ni nak buat side roll (guling) tapi tempat awam kan, tak mau la buat. alasan je ni..


Yang ni pun salah satu pt yang kami kena buat. angkat kawan sendiri. ni pun dah dalam perjalanan balik ke food court


Jogging, jogging jugak. makan jangan lupa. kena tambah balik kalori yang dah terbakar tadi. :)


Bila sampai kolej, main bola tampar pulak. alhamdulillah. pastu, apa lagi, mari la kita berposing. tukang ambik gambar ok je.. :)


Tamat cerita untuk jogging 16 Oktober 2010. Sambung yang lain pulak..



Gambar ni, pada hari yang berbeza, hari yang berbeza. kalau tak silap, 17 haribulan. Kat gambar ni, (kalau nampak la) ada YO (Young Officer, Leftenan Muda) kat belakang tu. Sekali jogging dengan kami.

Sekadar gambar hiasan. :)


Jogging 8 Disember 2010. Sesi cooling down la ni. Kanak-kanak ribena jumpa taman permainan.


 What's on your mind?


"Mak, beshnyer! Esok ite datang shini lagi ea."


Model pagar.


Weeeee.... eh, eh.. gayat!


Agak-agak, siapa lagi berat?


Pohon beringin.. bla, bla, bla..
Aku nak kahwin anak raja..
lalalala~
(jodoh, pertemuan, ajal dan maut, Allah dah settlekn dah..)

Inilah kisah kami yang tak seberapa untuk diceritakan. bukan untuk bermegah, cuma nak simpan, jadikan kenangan sesama kami, warga INTAKE 32.

"Akal yang cerdas berada dalam badan yang sihat." (pepatah arab)

maaf andai terkasar bahasa, gambar tak cantik, ayat tak kena. saya insan biasa.. :)

wassalam.

Wednesday, December 8, 2010

Kisah K.A.M.I.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ceritera Warga INTAKE 32 PALAPES UPM..


Kisah ini bermula pada 24 Julai 2010 bersamaan 12 Syaaban 1431. Temuduga akhir dan angkat sumpah bagi warga INTAKE 32. Macam-macam kerenah ada. Terutama waktu nak temuduga. Nama menteri pertahanan negara, rukun-rukun tentera semua dah hafal. Muka masing-masing ketat. Hakikatnya, 2,3 soalan yang lebih berkaitan tentang peribadi di tanya. Alhamdulillah. Melangkah keluar dari bilik pemeriksa, hembusan kelegaan kedengaran. Nervous yang tak boleh nak digambarkan..

Kamilah junior yang masih cekal mentalnya untuk terus stay dalam ROTU. (Reserve Officer Training Unit).

1.PKW Amelaafiyani bt. Selamat
2.PK Muhammad Salahudin Aslami b. Dollah
3.PK Muhammad Hafiz b. Yahaya
4.PK Shahril b. Saidi
5.PKW Haslinda bt. Hashim
6.PKW Rosmina bt. Somidin
7.PK Mohd. Shukri b. Mohd Ghani
8.PK Ahmad Alfan Hidayat b. Ahmad Khadir
9.PK Hanif b. Ahmad
10.PK Mohamad Asri b. Ismail
11.PK Muhamad Shukri b. Mohamad Hasri
12.PK Muhamad Nor Syazwan
13.PK Mohd Shahrul Nizwanshah
14.PK Mohd Shafiq b. Zairi
15.PK Muhamad Fitriazizi b. Milin
16.PK Mohamad Solehin b. Hamdan
17.PK Muhamad Zairani b. Hussin
18.PK Muhammad Nur Ezzaq b. Abd. Aziz
19.PK Izzudin b. Jamaludin
20.PK Mohd Harith b. Mohd Ridzuan Khaw
21.PK Mohammad Faizul b. Nasri
22.PK Mohd. Nasrudin b. Awang
23.PK Andrew Siau Tjuannen
24.PK Faiq Hamzan b. Mohd Azri
25.PK Mohd Aminul Fikri b. Ahmad Jalalin
26.PK Mohd Jabal b. Mukhtar
27.PKW Noratira bt. Abdullah
28.PK Mohd Makram b. Mahassan
29.PK Mohd Sukri b. Mohd Daud
30.PKW Sharifah Nurul Izzati bt. Syed Ahmad Kamal
31.PK Azmi b. Azman
32.PK Abu Huzaifah b. Baharudin
33.PK Mohd Ridwan
34.PK Mansor b. Mohd Zin
35.PK Shamsudduha b. Junaidi
36.PK Saiful Islam b. Adnan
37.PKW Nur Fazlina Hanum bt. Che Hashim
38.PKW Nur Amirah Auni bt. Md Yusof
39.PKW Naquiah bt. Abd Rahman
40.PKW Nurul Afiza bt. Abdullah
41.PKW Raja Nurhidayatus Syakirah bt. Raja Omar
42.PKW Sumaiyah bt. Zainal
43.PKW Noorazah bt. Keria
44.PKW Nur Izzati bt. Mohd Nawawi
45.PKW Nor Amira bt. Mahadan
46.PKW Noorasikin bt. Mohd Amin
47.PKW Nur Munira bt. Adzman
48.PKW Maziyatul Karimah bt. Masrur
49.PKW Nur Syahirah bt. Isa
50.PKW Hafizah bt. A.Rahim
51.PKW Nurul Haqiqah bt. Sanadi
52.PKW Siti Radiah bt. Abu Samah @ Hamidun
53.PKW Siti Qhadijah bt. Salleh
54.PKW Nurul Izza bt. Soaid
55.PKW Noris Kartika Sari bt. Islahuddin
56.PKW Hulma Najwa bt. Awaludin
57.PKW Nurul Isnaini bt. Mohd Rozali
58.PKW Nur Aimi Syahida bt. Abdul Roni
59.PKW Faten Amalina bt. Azman
60.PKW Nurul Hidayah bt. Yaacob
61.PKW Noor Farizah bt. Sufian
62.PK Nasrudin

Apapun, hidup kami kembali dicorak. Rintangan dan dugaan perlu kami hadapi bersama. Susah sama susah, senang sama senang. Meminjam kata Abu, kita junior 62 orang, kita tauliah 62 orang. Ameen, insyaAllah..


"Ya Allah, rahmatilah perjuangan kami. Redhailah ukhwah antara kami. Kurniakan kami kejayaan bukan sahaja dalam dunia PALAPES, tetapi juga dalam pelajaran dan kehidupan, dunia dan akhirat."

Tuesday, December 7, 2010

Riya'

Ibnu Mas’ud dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau bersabda :

“Ertinya : Tidaklah masuk syurga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji dzarah (atom) sekalipun”. 

[Hadith Riwayat Muslim bab Iman 91 1/93 dan At-Tirmidzi bab Al-Birru was-shilah 1998-1999 4/360-361] 

Jenis-Jenis Riya'

1). Riya Yang Berkaitan Dengan Badan
Misalnya dengan menampakkan kekurusan dan wajah pucat, untuk menampakkan bahwa ia rajin berpuasa.

2). Riya Dari Sisi Pakaian

Misalnya, mengenakan pakaian jenis tertentu agar dikatakan sebagai orang alim atau seorang ulama.

3). Riya Dengan Perkataan
Umumnya, riya’ seperti ini dilakukan oleh orang-orang yang menjalankan agama. Yaitu dengan memberi nasihat, memberi peringatan, menghafalkan hadits-hadits dan riwayat-riwayat, dengan tujuan untuk berdiskusi dan melakukan perdebatan, menampakkan kelebihan ilmu, berdzikir dengan menggerakkan dua bibir di hadapan orang banyak, menampakkan kemarahan terhadap kemungkaran di hadapan manusia, membaca Al-Qur’an dengan merendahkan dan melembutkan suara. Semua itu untuk menunjukkan rasa takut, sedih, dan khusyu’ kepada Allah.

4). Riya’ Dengan Perbuatan
Seperti riya’nya seseorang yang solat dengan berdiri sedemikian lama, memanjangkan ruku, sujud dan menampakkan kekhusyu’an, riya’ dengan memperlihatkan puasa, perang (jihad), haji, sedekah dan semacamnya.





Perkara Yang Disangka Riya' Tetapi Bukan


1). Pujian Manusia Untuk Seseorang Terhadap Perbuatan Baiknya
Dari Abu Dzar, dia berkata : Ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Beritakan kepadaku tentang seseorang yang melakukan amalan kebaikan dan orang-orang memujinya padanya!” Beliau bersabda : “itu adalah khabar gembira yang segera bagi seorang mukmin” [HR Muslim, no. 2642,)

2). Giatnya Seorang Hamba Melakukan Ibadah Pada Saat Dilihat Oleh Orang-Orang Yang Beribadah
bahwasanya setiap mukmin menyukai beribadah kepada Allah Ta’ala, tetapi terkadang banyak kendala yang menghalanginya. Dan kelalaian telah menyeretnya, sehingga dengan menyaksikan orang lain itu, maka kemungkinan menjadi faktor yang menyebabkan hilangnya kelalaian tersebut, kemudian ia dapat menguji urusannya itu, dengan cara menggambarkan orang-orang lain itu berada di suatu tempat yang dia dapat melihat mereka, namun mereka tidak dapat melihatnya. Jika dia melihat jiwanya ringan melakukan ibadah, maka itu untuk Allah. Jika jiwanya merasa berat, maka keringanan jiwanya di hadapan orang banyak itu merupakan riya’. Bandingkan (perkara lainnya) dengan ini”
Oleh karena itu hendaklah kita berada dalam jama’ah.

3). Membaguskan Dan Memperindah Pakaian, Sandal Dan Semacamnya
Di dalam Shahih Muslim, dari Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda.

“Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada kesombongan seberat biji sawi”. Seorang laki-laki bertanya : “Ada seseorang suka bajunya bagus dan sandalnya bagus (apakah termasuk kesombongan?)”. Beliau menjawab : “Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” [HR Muslim no. 2749,]

4). Tidak Menceritakan Dosa-Dosanya Dan Menyembunyikan
Ini merupakan kewajiban menurut syari’at atas setiap muslim, tidak boleh menceritakan kemaksiatan-kemaksiatan berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Semua umatku akan diampuni (atau : tidak boleh dighibah) kecuali orang yang melakukan kemaksiatan dengan terang-terangan. Dan sesungguhnya termasuk melakukan kemaksiatan dengan terang-terangan, yaitu seseorang yang melakukan perbuatan (kemaksiatan) pada waktu malam dan Allah telah menutupinya (yakni, tidak ada orang yang mengetahuinya, Pent), lalu ketika pagi dia mengatakan : “Hai Fulan, kemarin aku melakukan ini dan itu”, padahal pada waktu malam Allah telah menutupinya, namun ketika masuk waktu pagi dia membuka tirai Allah terhadapnya” [HR Al-Bukhari, no. 6069, Muslim no. 2990,]

5). Seorang Hamba Yang Meraih Ketenaran Dengan Tanpa Mencarinya..




http://www.facebook.com/profile.php?id=100001242724834#!/imantakwa

Saturday, December 4, 2010

Bibit-Bibit Cinta Teragung

Hari-hari yang ku lalui penuh dugaan. Sebagai pelajar agama, dugaan 'virus merah jambu' menjadi salah satu faktor aku bermuram durjana. Pergi ke sekolah dengan keadaan tidak selesa dan muka masam mencuka. Kawan-kawanku ada juga yang bertanya. Pernyataan mereka tidakku jawab. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah rahsia.

Kawan-kawanku ada yang mula memerhatikan sikapku. Sama sekali berubah. Daripada banyak berceloteh, menjadi senyap. Mereka tanya sepatah, aku jawab sepatah. Dalam hatiku, entah kenapa. Rasanya seperti tiada pengisian.

Hal-hal cinta ini semakin rancak apabila umurku 15 tahun. Kata orang umur 15 tahun memang zaman mencuba. Tapi adakah aku perlu mencuba bercinta? Sesekali soalan itu menjengah ke dalam kotak fikiran. Sebagai seorang remaja, sememangnya soalan sebegitulah yang menemaniku setiap hari. Namun aku biarkan tanpa jawapan.

Seawal tingkatan 4, aku mengenali seseorang. Pastinya dia adalah seorang lelaki. Saat itu aku rasa duniaku berbunga-bunga. Seperti 'Aku Yang Punya' . Oh, indahnya cinta. Aku mula mengenalinya.
Mula-mula kawan. Aku mengajak dia ke arah kebenaran. Malangnya, sekadar kata-kata kosong, aku rasa dia langsung tak ikut. Aku tak tahu nak buat apa. Kata dia, dia nak berubah kalau aku yang ajar dia jadi baik. Ok. Aku ajar dia, cakap elok-elok. Berdakwah. Dalam diam-diam aku juga turut menyimpan perasaan.

Semakin hari, hubungan kami semakin rapat. Akhirnya, dia meluahkan perasaan. Tanpa pengetahuan yang begitu mendalam, aku solat hajat banyak-banyak, minta ketenangan. Tapi, keresahan yang aku dapat.
Lalu aku memutuskan untuk menukar nombor telefon. Aku tinggalkan dia di belakang. Tapi, aku tekad. Ini adalah cara yang terbaik. Dan selepas itu, aku tidak lagi berpaling ke belakang, tidak lagi menghubunginya kembali atau mengingati. Semuanya telah aku lupakan. Pertolongan Allah. Siapa tahu?

**********

Tahun berikut.
Aku rasa diriku semakin terisi dengan nilai-nilai agama. Alhamdulillah, berkat kesungguhanku untuk berubah lebih baik. Namun, dugaan tidak terhenti di situ saja. Sampai satu masa, aku mengenali seorang lelaki yang bernama 'E' (bukan nama sebenar).

Meskipun dia lebih tua dariku, tapi bagiku dia banyak ilmu. Sejak itu aku rasa ingin 'berguru' dengannya. Seringkali dia menghantar 'wasiat Islam' kepadaku. Membuatkan aku hampir jatuh cinta. Siapa tak nak orang soleh kan? Tapi satu hari, dia berkias menyatakan perasaannya kepadaku. Aku jadi serba salah. Kebetulan ayahku baru pulang dari majlis ilmu. Membawa pulang buku '1001 Soal Jawab Wanita Dan Agama.'
Ku belek buku setebal 2 inci itu, dan membacanya.

"Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM? Berdosa?"

Sebenarnya, aku juga tahu tentang hal itu, tapi tidak menyeluruh. Mungkin, buku ini penyumbang hidayah kepada diriku yang selalu lalai ini. Terasa sangat berdosa rasanya! Bagaimana akanku hadapi neraka nanti? Sungguh, hal itu membuka mataku seluas-luasnya agar terhindar dari perbuatan zina hati terutamanya.

**********

Esoknya.
Aku memberitahu E bahwa aku ingin mengutus sepucuk emel kepada dia. Sebelum itu, aku menghulurkan kata maaf atas segala silapku. Ku taip emel itu. Memang terasa beratnya. Lalu ku tekan send.
Antara isi emel tersebut :

Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Mukmin dan perempuan Mukmin apabila Allah dan rasulnya menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan rasulnya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah Al Ahzab 33:36)

Ku tundukkan wajah, tanda puas. Keredhaan Allah mesti aku cari.

Selama 2 jam duduk berbalas Twitter tiba-tiba kepalaku terasa berat. Pening. Sakit tekak. Yang penting, demam! Ya Allah, demam yang jadi? Apakah diriku terlalu berat atau ini cuma kafarah dosa sahaja? Natijahnya biar Allah yang tentukan.

********

2 hari selepas itu.
Entah kenapa, selepas kesembuhanku dari demam, aku hanya mengingati mati. Tiada yang lain. Aku termenung, duduk, bangun, semuanya terlintas hal MATI. Mungkinkah aku akan mati sekejap lagi? Masyaallah! Berandaian itu membuka pintu syaitan!

Ku ubah hala niatku, mungkin akalku inginkan 'makanan' hari ini. Nabi juga ada bersabda:

"Orang yang mengingati mati adalah orang yang bijak."

Aku dan keluarga berangkat ke majlis ilmu yang berlangsung di Kelantan. Kami sampai di rumah jam 11 malam. Oh, penat. Adik-adikku semuanya sudah tidur dibuai mimpi. Aku yang masih belum menunaikan solat Isyak, cepat-cepat menunaikanya. Ku sentuh dahiku. "Oh, masih demam lagi rupanya."

Sesudah solat Isyak, aku duduk di antara dua sujud, dan berdoa, kemudian mengaminkan. Tiba-tiba, hatiku sakit. Rasa derita. Teringat mati lagi. Ingatanku pada hari itu sungguh kuat, lain daripada biasa. Memandangkan wudhu'ku yang masih lagi belum terbatal. Segera aku menunaikan solat Isyak untuk kali kedua. Untuk mengqada'kan solatku yang lepas. Sungguh berdosa diriku ini.

Alunan doa syahduku perdengarkan, kepada Tuhan aku pohonkan.

"Ya Allah, sesungguhnya kaulah yang Maha Pengasih lagi mengetahui tentang diriku. Hamba seperti fakir miskin yang meminta diberikan sedekah. Sungguh hina diri hamba di hadapan-Mu ya ALLAH. Ampuni segala dosa-dosa hamba. Ampuni segala dosa kedua ibu bapa hamba. Permudahkanlah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, entah kenapa, hamba hanya mengingati mati saja malam ini. Adakah hamba sudah ditakdirkan untuk bertemu denganmu? Ya Allah, dengarlah rintihan hambamu ini ya Allah. Hamba tidak sanggup berada di dalam neraka-Mu. Tapi hamba juga tidak layak bersama para wali-Mu. Hamba terlalu miskin. Miskin beribadah pada-Mu ya Allah. Berikanlah hamba hidayah dan sinar kebahagiaan. Tempatkanlah hamba dikalangan orang yang kau kasihi.

Amiin Ya Rabbal Alamin..."

Linangan air mata membasahi kain sembahyangku. Sungguh tidak tertahan. Malam itu benar benar menjadi saksi antara aku dan Tuhanku. Terasa berdosa saat berhadapan dengan-Nya, layakkan aku ke syurga tanpa amalan yang sempurna? Linangan air mata jatuh berjurai lagi, memang benarlah firman Allah : 

"Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

Ku teruskan lagi malam pengabdianku. Sungguh, aku merasa belum sempurna ibadahku. Aku membuka buku Solat-Solat Sunat, untuk kali pertama aku menunaikan solat sunat hajat dengan sepenuh hati. Kemudian, aku melakukan solat sunat tasbih. Rasulullah s.a.w menganjurkan umat Islam mengamalkannya pada setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali ataupun paling kurang sekali seumur hidup. Dengan izin Allah hendaknya.

"Semoga Allah menerima taubatku pada malam ini."
************
Pada rakaat pertama, aku mulakan bacaan. Bacaanku tartil hari itu. Tajwid yang elok. Aku bangun, untuk rakaat kedua. Aku mulakan dengan Al-Fatihah, air mata ini tidak dapat ku tahan, kerana terasa kesyahduan solat malam kemudian aku membaca Surah Al-Asr. Ketika mengalunkan bacaan, terasa kakiku seperti ditarik. Tiada siapa yang mendengar pekikanku. Hanya Allah s.w.t. sahaja.

Terasa nyawaku dicabut. Bermula dari hujung kakiku, menjadi bersimpul kemudian naik ke pinggang. Ya Allah, ketika itu aku menjerit semahunya! Namun, jeritan yang tidak dapat didengari oleh orang lain sama sekali. Nyawaku di hujung helaan, aku sama sekali tidak dapat bernafas panjang. Suaraku tersekat-sekat. Adakah Allah bakal menarik nyawaku malam ini?

Aku berlawan dengan nafas pendek itu. Aku menangis semahunya. Menangis kerana nyawaku yang bakal dicabut Allah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Berkali-kali. Dalam keadaan hanya aku seorang yang berada di dalam bilik, tanpa ditemani sesiapa, aku melawan sendirian.

Selepas membaca 40 kali tasbih, aku rukuk. Tiba-tiba nafas pendek itu berhenti. Suaraku tidak lagi tersekat-sekat, nyawaku bukan lagi di hujung helaan. Alhamdulillah! Allah mengkehendaki aku untuk terus hidup lagi di bumi fana ini.

Demamku turut hilang serta-merta. Sungguhku tak sangka. Aku melakukan sujud syukur berkali-kali. Aku menangis semahunya. Inilah hidayah yang diberikan Allah.
Hatiku hiba, bertambah sayu. Malam itu, ku mengabdikan diriku hanya pada-Nya. Dan aku pasti tidak akan dikurniakan 'nyawa ketiga' oleh Tuhanku.

Untuk hari-hariku yang mendatang, aku berazam untuk menjadi ketua muslimat, yang membawa syiar Islam ke serata dunia. Dan akulah penyambung generasi ummah! Insyaallah! Doakanku semoga jadi muslimah yang berjaya.





Wahai hati yang leka, Allah sedang menegurmu!

http://www.iluvislam.com/karya/cerpen/1258-bibit-bibit-cinta-teragung.html

Sanggupkah kita?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Ali Imran:14)

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang silam, Abdullah bin Abu Bakar r.a. baru saja melangsungkan perkahwinan dengan Atikah binti Zaid. Atikah adalah seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, bijak dan berkedudukan tinggi. Tentu ini membuatkan Abdullah sangat mencintai isterinya yang amat sempurna menurut pandangan manusia itu.


Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar r.a. singgah ke rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama solat berjemaah di masjid. Namun, apabila terlihat anaknya sedang bermesraan bersama isterinya dengan lembut dan romantis, Abu Bakar membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid. Setelah selesai menunaikan solat, Abu Bakar r.a. sekali lagi melalui jalan di hadapan rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar r.a. apabila beliau melihat anaknya masih bergurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid tadi.

Kemudian Abu Bakar r.a. segera memanggil Abdullah.

Dia bertanya, "Wahai Abdullah, apakah kamu solat berjemaah?"

Tanpa berhujah panjang Abu Bakar r.a. berkata, "Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melupakan kamu dari solat fardu, ceraikanlah dia!" Demikian perintah Abu Bakar r.a. kepada Abdullah.

Suatu perintah ketika Abu Bakar r.a. mendapati anaknya melalaikan hak Allah. Ketika beliau mendapati Abdullah mulai sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau melihat Abdullah terpesona dengan keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juang beribadah semakin luntur.

Tanpa membuat dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus mengikuti perintah ayahnya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya.. subhanallah!

Pengajaran.
1. Betapa zaman dulu dan kini berbeza. Apabila si ayah menegur perbuatan anak, si anak terus menurut. tapi sekarang, bila ayah melarang bercouple (bukan suruh bercerai dengan isteri) tapi dah membantak-bentak. tunjuk protes sehinggakan sanggup bunuh diri. Sebagai lambang kesetiaan dengan pasangan. Allahurabbi..

2. Apabila kita mendapat yang kita suka, belum tentu ianya yang terbaik untuk kita. Allah bersabda,

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

salam selamanya Islam.

Friday, December 3, 2010

Tolong Sampaikan Pada Si Dia

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia,
cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia,
cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia
aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..